Resepi Nasi Ayam Sedap Tanpa Bahan Perisa Tambahan

  • Sunday, December 17, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Adakalanya, kita buntu nak masak apa kan? Nak fikir lauk berkuah lagi, lauk yang tak berkuah lagi.. Kadang-kadang tu, sampai dok rotate resepi sama je kan, sampai kita sendiri pun dah jemu.. Hihi.. 

Saya ada cadangan!  

Apakata kali ni kita masak nasi ayam. 
Simple. 
Cuma perlu 1 jenis lauk je.
Saya memang suka lah masak nasi ayam sebab tak payah pikir banyak-banyak.
Kejap je, setel! Hihihi..

Jom saya share cmane resepi nasi ayam versi saya. Yang penting, tanpa apa-apa perasa tambahan lah. Saya kalau boleh memang nak elak seboleh mungkin lah daripada guna perasa tambahan ni. 



Resepi Nasi Ayam Tanpa Bahan Perasa


Sup
Ayam 1 ekor yang dah dipotong >>>  masak sup (saya masukkan je sup bunjut + ketuk halia sikit).. Kemudian saya tumis hirisan bawang merah + bawang putih + halia, dan masukkan ke dalam kuah sup ni bila sup dah masak.. Baru rasa dia akan jadi sedap. Sebab saya memang tak guna kiub ayam ke cukup rasa ke ataupun ajinomoto ke memang tak guna. Bila nak hidang tu, masukkanlah sedikit daun sup + daun bawang.

Kuah sup ni kena lebih, sebab nanti nak guna untuk masak nasi jugak.

Nasi
Basuh beras seperti biasa
Masukkan kuah sup tadi sebagai ganti air - secukupnya
Sedikit bawang dan halia yang dihiris
Sedikit pewarna kuning

Ayam
Ayam yang dah masak sup tadi kita toskan.
Kemudian perap dengan sos tiram + kicap
Goreng dengan api perlahan. 
Goreng sekejap je sebab ayam tu dah masak dah pun kan.
Jangan lama + api kuat, nanti ayam jadi keras tak sedap.

Sambal merah
Kisar tomato + cili merah + 2 ulas bawang putih

Sambal kicap
Kuah sup + kicap

Ulam
Salad + tomato + timun

Ok, dah siap 😍😍😍

Selamat mencuba!!!


*************************************************

Nak beli Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments