Resepi Popia Homemade Semudah ABC

  • Sunday, August 06, 2017
  • By efie muhamad
  • 2 Comments

Anak-anak dan suami suka makan popia. Tapi saya tak pernah try buat sebelum ni. Memang beli yang dah siap, ataupun beli yang frozen pastu goreng je bila nak makan.

Tiba-tiba tah cmane baru terpikir kenapa aku tak buat sendiri? 
Padahal rasanya macam senanggggg je kot..

Teruslah meng'gugel' resepi cara nak buat inti popia. Syaratnya - mestilah yang simple dan nampak macam sedap. Kalo sedap tapi renyah macam malas jugak nak buat kahkahkah...

Maka jumpalah resepi yang berkenan di hati. Terus buat dan memangggggg lah sedap. Petang tu goreng dalam 12 batang kot, sekali hadap je terus habis. Esoknya rasa macam nak makan lagi, so buat lagi. Dan sekali hadap jugak terus habis hihihihi... Nanti next time boleh buat lebih sikit, simpan frozen. Nanti bila nak makan, goreng je kan?


Jom kita cek resepi tu..


Senang dan sedap - konfem!


Resepi Inti Popia 

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih - diracik halus
Sekeping dada ayam - dicincang halus 
1/2 batang carrot - diparut halus
1/2 biji sengkuang - diparut halus
Sedikit garam
Sedikit lada sulah




Cara-cara:
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam cincang tadi.
Masukkan garam dan lada sulah.
Kacau bagi sekata.
Agak-agak dah masak ayam tersebut, masukkan carrot dan sengkuang.
Kacau lagi bagi sekata dan terus tutup api carrot dan sengkuang tu just nak bagi layu je, tak perlu lama sangat)

Ok, dah siap dah inti popia kita.



So, dah boleh mulakan sesi menggulung popia. Kulit popia tu boleh beli kat mana-mana pasaraya biasanya memang ada jual. Apa-apa jenama pun boleh.


Amatur menggulung memang macam ni..
Senget benget herot merot semua ada hihihi..


Once dah siap gulung, terus goreng dan boleh makan dengan pencicah. Macam saya kat Kelantan ni, memang ada banyak sos pencicah yang dijual kat kedai-kedai. Jenama yang saya suka MH Mohd. Sedap sos pencicah nya.

Gambar ihsan Google - Sos Pencicah MH Mohd


Jemput makan ;-)
Rangup di luar, lembut di dalam



***************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. A ah simple sangat kan.. bahan asas yang memang dah ada kat rumah dah pun ;-)

      Delete