Wednesday, 9 August 2017

Part 4: 6 Hari 5 Malam Trip Kota Kinabalu - Kundasang

Sedar tak sedar, kami dah hari ke 3 di Kundasang.. 
Maknanya dah tiba masa untuk gerak balik ke Kota Kinabalu hari ni..

Untuk hari-hari terawal kami di bumi Sabah, boleh baca kat sini..




Memandangkan semalam kami tak sempat ke Poring Hot Spring, maka kami memutuskan untuk ke sana pagi ni, sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Walaupun, ianya bermaksud kami harus lalui perjalanan sejauh 60km pergi dan balik, sebelum berpatah balik ke Kota Kinabalu. Maknanya, kami dari Kundasang - Ranau - Poring - Ranau - Kundasang - Kota Kinabalu. Tapi takpelah, alang-alang dah ada kat sini baik kami pergi. Nak datang balik, tak tau bila pulak kan.

Memang kami tak silap! Kat Poring ni, anak-anak seronokkkkk sangat sebab dapat mandi kolam. Kat tempat-tempat lain tu takde apa sangat bagi diorang, kat sini yang diorang gembira sangat. Kita bercuti nak bagi anak-anak happy, so memang berbaloi bawak anak-anak ke Poring Hot Spring ni.

Kat sini ada kolam air panas + ada tempata merendam kaki dalam air panas + ada kolam air biasa siap ada slide sekali + ada private kolam. Yang kolam ada slide dan private pool tu kena bayar sikitlah. Tak mahal pun. Memang berbaloi.

Jambatan gantung untuk masuk ke Poring - cantik kan air nya...

Kolam yang ada slide

Lepas mandi kolam, kami bersiap untuk balik ke Kota Kinabalu. Singgah lunch dulu kat Ranau. Perut dah berbunyi-bunyi bagi signal mintak diisi. Lapar weiiii lepas berendam.

Oh ya, tiket untuk masuk ke Poring Hot Spring dan tiket untuk masuk ke Kinabalu Park adalah tiket yang sama. So, bila masuk ke mana-mana satu tempat tu, lepas tu jangan buang terus tau. Simpan untuk kegunaan tempat yang lagi satu. Ok?

Kami sampai ke Kota Kinabalu dah petang. Dalam pukul 4++. Terus check-in Marina Court Condominium tempat kami bermalam masa-mula-mula sampai hari tu. Kat Marina ni boleh masak dan basuh baju - ada dapur yang lengkap dan ada mesin basuh, so apa lagi mendobi lah pakaian yang dah menggunung tu. Hehehe...

Malam tu takde buat apa - just masak dan makan kat rumah je. Tapi saya dan suami sempat keluar jap ke Pasar Filipina - menyurvey untuk shopping esok. Hihihi...

Hari Isnin - hari ke 5 kami di Sabah. 

Pagi tu, kami ke SAFMA (Sabah Fish Marketing), beli seafood untuk dibawa balik ke Semenanjung. Mintak diorang packing kan terus dengan kos RM25 untuk 1 kotak. (Tapi tak puas hati, sebab bila balik Semenanjung tengok udang dah tak berapa fresh.. rasa macam diorang tak frozenkan pun huhuhu.. tertipu.. kalo tau macam ni kami frozenkan dan packing sendiri je). Tapi mungkin kat kedai tu je, kedai lain ok kot.

Lepas SAFMA, ke Pasar Filipina shopping sikit. Kalo nak beli ikan kering ke udang kering ke kuih cincin ke mutiara  ke keychain ke tshirt ke dan  banyak lagi lah - sila beli kat sini. Memang macam-macam ada jual. Tapi hati-hati tau. Takut terlebih luggage je nanti wakakakaka...

Penat shopping - kami balik ke Marina. Masak. Lunch. Berehat. 

Petang, kami ke Tanjung Aru. Niat hati nak tengok matahari terbenam kat sana. Sampai-sampai je sedang elok matahari tengah nak terbenam. Dapatlah tengok pemandangan cantik ni..

Cantik kan?
Malam last kami di Sabah, kami makan kat luar. Tak masak dah. Balik je dari Tanjung Aru , kami singgah makan di Anjung Senja, di Waterfront. Sedapnyaaaaa lobster hihihi...


Lepas dinner, balik Marina dan mula packing. Esok pagi nak balik dah. Uwaaaaaa... Sayonara Sabah yang best! Sekejap je rasa dah nak habis dah percutian kami sekeluarga. 


Esok pagi-pagi dah kena ke Airport. Flight Kota Kinabalu - Kota Bharu pukul 10 pagi. Babai Sabah. Till we meet again, panjang umur murah rezeki insya Allah.

Nice place..


Nice food..
Nice people..


No contact untuk sewa kenderaan:
Encik Fadzly: 013-5425450 / Puan Arynn: 016-5879882

No contact untuk sewa apartment di Marina Court Kota Kinabalu: 
Cik Daya: 016-8321693 / Puan Linda: 016-8325693

No contact Kiram Village: 016-6950057

**************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

No comments:

Post a Comment