Part 2: 6 Hari 5 Malam Trip Kota Kinabalu - Kundasang

  • Monday, August 07, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Hari ke 2 kami di Sabah.. Nak baca cerita hari pertama boleh baca kat Part 1 ;-)


Lupa nak bagitau dalam Part 1, tiket flight return kami Kota Bharu - Kota Kinabalu lebih kurang RM300++ setiap seorang. Murah ke mahal eh? Rasa macam sedang-sedang je la kot kan.. Tak murah tak mahal... Ye tak?


Ok, kami plan untuk bertolak ke Kundasang seawal jam 8 pagi. Tapi biasalah bila dah ramai-ramai macam ni, pukul  baru dapat bertolak. Huhuhu...


Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, ada pelbagai tempat menarik yang kita boleh singgah. Antaranya - Cowboy Town, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Pekan Nabalu, Kinabalu Park dan banyak lagi lah.

So, our first destination adalah mengunjungi Cowboy Town di Sabandar, Tuaran. Kat sini bolehlah kalo nak menunggang kuda, tapi belah petang. Kami sampai waktu pagi, so tak dapatlah. So kalo korang ada plan nak menunggang, datang pada waktu petang ya. 


Next destination adalah Rumah Terbalik di Tamparuli. Sekarang ni dah banyak kan rumah terbalik di Malaysia. Kat Langkawi ada, kat Melaka pun ada rasanya. Tapi specialnya yang kat Sabah ni adalah merupakan Rumah Terbalik yang pertama di Malaysia dan memang tercatat dalam Malaysia Book of Records lah.


Ok, setel kat Rumah Terbalik, kami singgah pula di Jambatan Tamparuli. Masa mula-mula dapat tahu pasal Jambatan Tamparuli ni sebagai tempat tumpuan pelancongan, dok terfikir-fikir jugak apa yang menariknya pasal jambatan ni. Ye lah, jambatan je kotttt, bukan apa pun... Well, of course ada kisah di sebalik jambatan ni.. Nak tahu kena baca kat sini tau...

Masa kat jambatan ni, kami sempat tengok buaya dok berenang-renang dalam sungai kat bawah tu. Teruja jugak lah sebab tengok buaya secara live gitu. Sebelum ni tengok kat zoo je hihihi.. Try amek gambar tapi tak clear sangat. Maklumlah camera daripada henfon cabuk je pun.. Bukan DSLR bagai heheheh...

Jambatan gantung Tamparuli
Tapi, sebenarnya jambatan asal tamparuli bukanlah jambatan gantung ni. Tapi jambatan yang kat sebelahnya.

Jambatan asal Tamparuli

Nampak tak buaya kat tepi batu tu? Hihihi

Masa turun jambatan ni, ngam-ngam waktu solat Jumaat. So kami singgah solat Jumaat kat Masjid sini je. Kami yang perempuan sempat shopping kat pasar Tamparuli bersebelahan dengan masjid. Ya ampunnnnn buah dan sayur-sayuran kat sini memang murah amat. Rambang pulak mata dok membeli sayur hihihi...

Avocado yang dijual di pasar Tamparuli. RM8 je sekilo ni tau...

Lepas kaum lelaki tunaikan solat Jumaat, kami ke kedai makan dan lunch. Lepas lunch, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. 

Kira-kira sejam kemudian, kami tiba di Pekan Nabalu. Kat sini view sangat cantik. Jelas kelihatan Gunung Kinabalu dari sini. Kat sini memang port untuk posing lah.




Cantikkkkkk sangat kan? 

Kat sini pun ada pasar jugak, macam menarik jugak tapi kami dah tak sempat nak sinnggah. Sebabnya dah mula rushing untuk solat Jamak Taakhir Zuhur Asar di Kiram Village, Kundasang nanti. Lagipun, kami aim untuk singgah kat pekan Kundasang je untuk membeli barang-barang dapur untuk memasak kat homestay nanti.

Tapi rupa-rupanya, kat pekan Kundasang ni harganya agak mahal. Huhuhu.. Menyesal pulak tak beli kat Pekan Nabalu je. Nak buat cmane, terlajak perahu boleh diundur, terlajak ke Kundasang maka shopping je lah kat sini.

Oh ya, sepatutnya kami singgah ke Kinabalu Park sebelum check-in kat Kiram Village. Tapi sebab dah lambat, so tak jadi singgah. Plan untuk singgah bila kami on the way balik ke kota Kinabalu je nanti.

So, here we are. Dah selamat tiba di Kiram Village, dan disambut dengan udara yang dingin mencengkam tulang hihihihi...



Orait.. Nanti kita sambung kembara di bumi Sabah ni dalam Part 3 ya ;-)

Stay tune......

Siapa-siapa yang tengah survey contact number kereta sewa ke penginapan ke di Sabah, boleh cuba contact no ni ya..

No contact untuk sewa kenderaan:
Encik Fadzly: 013-5425450 / Puan Arynn: 016-5879882

No contact untuk sewa apartment di Marina Court Kota Kinabalu: 
Cik Daya: 016-8321693 / Puan Linda: 016-8325693

No contact Kiram Village: 016-6950057


**************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments