Anak Selsema? 2 Benda Ni, WAJIB Ada Kat Rumah!

  • Sunday, April 16, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments


Assalamualaikum...

Pagi-pagi Ahad ni Efie nak kongsi satu  benda dengan ibu-ibu.. Benda biasa-biasa je, tapi mungkin ramai ibu yang masih tak tahu..

Macam Efie sendiri pun, masa anak dah no 3 baru tau benda ni.. Masa anak sulung dan yang ke 2, serius memang tak tau.. Kalo tahu, senang sikit kot.. Ohhh, bukan senang sikit, senang banyak jugak lahh...


Anak-anak kita mudah kan kena jangkitan.. Demam, batuk, selsema semua tu asyik benor lah menyinggah.. Sama macam anak Efie jugaklah.. Masa yang sulung dan yang ke 2 dulu lagi la.. Macam hampir setiap bulan kena. Umur belumpun capai setahun, dah berkali-kali kena masuk wad. Sedih kan...

Masa Asyfa (anak No 3), alhamdulillah daya ketahanan badan dia agak kuat sikit berbanding dengan abang kakak dia.. Mungkin, disebabkan Efie amalkan suplemen Set Hamil Shaklee + Set Bersalin & Menyusu Shaklee turut menyumbang kepada kuatnya tubuh bayi kita jugak..

Bila anak dah umur setahun ni, dah boleh start makan suplemen dah diorang ni. Alhamdulillah, dah nampak lebih kuat dah antibodio badan diorang, especially Ammar & Ajlaa' yang mudah sangat sakit masa diorang kecik-kecik dulu... Sekarang ni tiap-tiap hari nak makan Omega lah, Ostematrix pil kalsium tu la (kadang-kadang beli jugaklah fresh milk
)

Sekarang ni, anak dah masuk 4.. #MakAnakRamai dahhh.. hihihihi... Affaf (No 4 - baru 4 bulan) pun Alhamdulillah nampak beza antibodi tubuh dia agak kuat berbanding Ammar (No 1) dan Ajlaa' (No 2)...

Namun, ada jugak time selsema + batuk datang menyinggah.. Cuma, ianya tak melarat lah.. Syukur sangat-sangat..

Ok, back to 2 benda tadi yang kita nak cerita tu...



Ibu-ibu pernah tengok tak benda alah ni?

Nasal Aspirator

Yang tiub panjang tu namanya Nasal Aspirator.. Gunanya, untuk sedut hingus baby.. Baby ataupun anak yang masih kecik ni kan diorang tak pandai lagi nak hembus hingus sendiri.. Bila hingus penuh dalam hidung, nak bernafas pun mesti tak selesa.. Lagi la cranky kan bila tak sihat + badan tak selesa ni..  Kita yang dewasa ni pun bila selsema asyik-asyik nak hembus hingus keluar kan?

So, Nasal Aspirator ni memang lah sangat-sangat membantu.. Cara nak guna - yang hujung runcing tu kita masukkan ke dalam lubang hidung anak, yang hujung belash sini kita sedut. Nanti hingus tu akan keluar dan berkumpul kat bahagian runcing tu lah.. Takdenya masuk ke dalam tiub tu dan masuk ke mulut kita pun. So, toksah nak geli-geli ok? Hihihi... Lepas dah sedut tu, konfem kita akan nampak baby lebih selesa...

Garlic Oil

Baby - kalo boleh kita taknaklah bagi makan ubat lagi kan.. kecik sangat lagi.. So, selagi boleh ikhtiar dan keadaan tak merisaukan sangat, kita buat je apa yang patut guna natural remedies ni..

Salah satunya buat garlic oil.. Caranya - 3 ulas bawang putih dibakar (bakar dengan kulit je).. Bila macam dah layu da bawang putih tu, tutup api - tunggu sejuk sikit - kupas - lenyek-lenyekkan. Guna garfu boleh, guna lesung pun boleh. Lepas tu, kita masukkan dalam 2 sudu minyak Zaitun (takde minyak zaitun - guna minyak masak pun boleh), dah siap.

Minyak ni - kita lumurkan pada baby. Kat dada dia, kat belakang dia, kat tapak kaki dia. Insya Allah, tak lama lah batu selsema tu akan berhenti.

Ada 2 lagi cara yang boleh kita buat untuk redakan anak punya batuk selsema ni. 
1. Calit kunyit hidup kat batang hidung baby.
2. Buat Teknik Steam Percussion especially bila anak batuk berkahak.

Selamat mencuba ya ibu-ibu ;-)


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments