Sehari Menghadiri Bengkel E-Usahawan Anjuran MDEC

  • Saturday, February 25, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam sempat join bengkel sehari e-usahawan anjuran MDEC, yang kali ini diadakan di Wisma Al-Amin, Pasir Hor.

Program ni sungguh padat. Bermula daripada pukul 9 pagi dan berakhir pukul 5 petang. Break sekejap je waktu tenghari. Sessi minum pagi ke minum petang ke, pun takde. Punyalah padat jadual.

Banyak yang kami belajar semalam. Antaranya, cara untuk kenali pelanggan, cara menentukan target pelanggan, cara untuk buat iklan, faktor-faktor yang memainkan peranan tentang cara pemasaran. Contohnya, produk yang sama, tapi harus gunakan cara yang berbeza terhadap pelanggan yang berbeza. 

Selain daripada itu, kami juga turut diajar serba sedikit tentang teknik membuat pemasaran di Google, di Facebook dan juga di Instagram. Seronok betul. Banyak sangat ilmu yang boleh kami dapat dalam jangkamasa yang singkat ni.

mdec, bengkel e-usahawan, salwa saleh



Bersama trainer bengkel, Puan Salwa Saleh


So, semalam dah berlalu. Ilmu-ilmu yang dapat kena praktikkan, baru kita lebih mahir. Kalo peram je, apa pun tak jadi kan.

So now, tengah dalam perjalanan ke kelas Blogging Dari Jiwa pula, anjuran Salwa Saleh. Kelas ni adalah kelas untuk belajar cara menulis, atau lebih dikenali sebagai kelas Copywriting.

Jom, mari kita timba ilmu banyak-banyak lagi.. ;-)




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments