Saturday, 25 February 2017

Sehari Menghadiri Bengkel E-Usahawan Anjuran MDEC

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam sempat join bengkel sehari e-usahawan anjuran MDEC, yang kali ini diadakan di Wisma Al-Amin, Pasir Hor.

Program ni sungguh padat. Bermula daripada pukul 9 pagi dan berakhir pukul 5 petang. Break sekejap je waktu tenghari. Sessi minum pagi ke minum petang ke, pun takde. Punyalah padat jadual.

Banyak yang kami belajar semalam. Antaranya, cara untuk kenali pelanggan, cara menentukan target pelanggan, cara untuk buat iklan, faktor-faktor yang memainkan peranan tentang cara pemasaran. Contohnya, produk yang sama, tapi harus gunakan cara yang berbeza terhadap pelanggan yang berbeza. 

Selain daripada itu, kami juga turut diajar serba sedikit tentang teknik membuat pemasaran di Google, di Facebook dan juga di Instagram. Seronok betul. Banyak sangat ilmu yang boleh kami dapat dalam jangkamasa yang singkat ni.

mdec, bengkel e-usahawan, salwa saleh



Bersama trainer bengkel, Puan Salwa Saleh


So, semalam dah berlalu. Ilmu-ilmu yang dapat kena praktikkan, baru kita lebih mahir. Kalo peram je, apa pun tak jadi kan.

So now, tengah dalam perjalanan ke kelas Blogging Dari Jiwa pula, anjuran Salwa Saleh. Kelas ni adalah kelas untuk belajar cara menulis, atau lebih dikenali sebagai kelas Copywriting.

Jom, mari kita timba ilmu banyak-banyak lagi.. ;-)




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

Thursday, 23 February 2017

Shaklee Business Leader National Conference (BLNC 2017) : Part 1

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Shaklee National Business Conference 2017 yang julung-julung kali diadakan, dan bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre. Conference ni bukan melibatkan semua para pengedar Shaklee tu, macam National Conference setiap tahun yang lepas-lepas tu.


Conference ni hanya melibatkan para pimpinan Shaklee sahaja. Hanya mereka yang menerima jemputan yang boleh hadir ke Conference ni. Dan Alhamdulillah, selain saya, 2 orang anak Shaklee saya iaitu Hanisah dan Dr Nurul Nurasikin Sangat bertuah rasanya diberi peluang dan kesempatan untuk menghadiri majlis yang gilang gemilang.






BUILT TO LAST

Itu tema Business Leaders Conference Shaklee.

Yes, it is!

Bisnes Shaklee, sekali kita bina, ianya akan kekal. Kerana bisnes ini adalah satu bisnes yang boleh diwarisi. Yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Syarikat dah sedia teguh.
Produk sangat berkualiti, hinggakan ada yang berusia melebihi satu abad.
Disokong pula oleh R&D yang berterusan, clinical test malahan Landmark Study yang hanya satu seumpamanya di dunia. Belum ada syarikat produk kesihatan lain yang berani untuk lakukan Landmark Study ini.

Bina tapak, dan kukuhkan.
Punya team, dan sama-sama sebarkan kebaikan produk.
That's it!
And it will BUILT TO LAST!

Sehari ber'conference', tak cukup rasanya. Apa tidaknya, conference ini penuh dengan pengisian dari saat pertama ia bermula iaitu pukul 10 pagi, sehinggalah conference berakhir kira-kira pukul 5.30 petang.

Penuh ilmu tentang di sebalik kualiti terbaik produk!
Penuh kejutan dengan apa yang Shaklee sediakan!

Penuh 'excitement' unrtuk merebut segala ganjaran yang Shaklee tawarkan!


Beberapa individu penting turut hadir ke majlis bersejarah ini.


Mr Roger Barnett (CEO Shaklee Corporation)

Beliau meluangkan masa datang ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri conference ini, dan pulang semula ke Amerika dalam masa kurang daripada 24 jam! Fuhhh, naik flight dari US ke Malaysia lagi lama kot. Punyalah pentingnya conference ini, sehinggakan beliau sanggup datang ke Malaysia untuk hadiri conference ini.



Dr Bruce Daggy

Beliau adalah ketua Saintis di Shaklee Corporation. Berpengalaman lebih daripada 30 tahun, Dr. Bruce Daggy ada memberitahu, beliau ingin menghabiskan masa tua dengan melayan cucu cucu. Bukan meminta anak cucu menjaga beliau ketika tua. Sekarang beliau berusia 70 tahun, masih sihat dan cergas untuk Tour Roadshow Landmark Study yang bermula semalam di Sunway Pyramid Convention Centre dan akan berakhir di Johor Bahru pada 22 Februari 2017.


Mr Les Wong
 
Penulis laporan Landmark Study ini telah berkhidmat bersama Shaklee selama 35 tahun dan telah mengamalkan Shaklee selama 38 tahun. Di usia 65 tahun, beliau kelihatan berusia 40an dan masih tegap! Jadi sekiranya anda terlalu percaya, yang mana makan suplemen akan menyebabkan kegagalan buah pinggang, mungkin anda boleh claim bahawa itu adalah dari jenama lain. Landmark Study telah membuktikan, mengambil Shaklee untuk masa yang lama tidak akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.





Seorang lagi tetamu jemputan istimewa, ialah Dato' Dr Rajbans Singh iaitu seorang doktor perubatan dan tiada kaitan dengan Shaklee.


Dato’ Dr. Rajbans Singh
Selalu dengar Lite FM? Pasti pernah ikuti slot Dr Rajbans. Beliau adalah President Malaysian Wellness Society, dan bertugas di Hospital Pantai Bangsar Kuala Lumpur. Yang menariknya, beliau telah berhenti mengambil gula lebih 20 tahun lepas.  Yang menarik lagi, beliau sendiri mengaku, selepas mengamalkan pemakanan sihat dan senaman rutin, diusia 50an, beliau rasakan lebih sihat berbanding ketika beliau berusia 30 tahun.

Berikut adalah petikan dari ucapan Dr Rajbans.
"Doktor sebenarnya bukan golongan terbaik untuk bercakap tentang nutrisi. Doktor cuma belajar tentang penyakit dan cara merawat menggunakan teknologi dan ubat ubatan. Untuk pencegahan penyakit dan nutrisi, perlu merujuk kepada ahli nutrisi."



Apa lagi yang menarik dalam BLNC 2017 ini?
Tungguuuuu...
Part 2 ok? ;-)





Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

Tuesday, 21 February 2017

ESP - Minuman Pencetus Kontoversi

Memang!
Minuman ni sangatlahhhhhh banyak kontroversi nya..
Macam-macam orang dok kata kat dia, kesiannn....

Tapi kan, peliknya dalam ramai-ramai yang dok mengata tu, minuman ni laku kerasssss kat Shaklee..
Among the HOTSELLING PRODUCTS lah!
Buktinya, dalam tahun ni saja dah 2x minuman ni habis stok kat Shaklee seluruh Malaysia..
Haaaa cubalah bayangkan....

Minuman ni special sangat tau..
Tak sama langsung dengan soya yang jual dalam kotak kat supermarket tu ke, ataupun soya yang jual kat tepi jalan tu..
Langsung tak sama hokay!

Nak tau sebabnya?

ESP Shaklee ni...

- Ditanam secara organik
- Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)
- Mengandungi 9 asid amino penting
- Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
- Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
- Diproses tanpa haba (haba memusnahkan protein)
- Ditambah dengan kalsium (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah





Mak-mak yang hamil ataupun menyusu memang suka sangatlah dengan ESP ni.. Minuman berkhasiat yang mudah disediakan, tak perlu ambil banyak masa. Yet, ianya sangat memberi tenaga dan jugak membantu dalam proses penghasilan susu badan.

Bonus dia?

Kulit gebu & moist, bertambahlah suka kan? ;-)




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)