Wednesday, 9 August 2017

Part 4: 6 Hari 5 Malam Trip Kota Kinabalu - Kundasang

Sedar tak sedar, kami dah hari ke 3 di Kundasang.. 
Maknanya dah tiba masa untuk gerak balik ke Kota Kinabalu hari ni..

Untuk hari-hari terawal kami di bumi Sabah, boleh baca kat sini..




Memandangkan semalam kami tak sempat ke Poring Hot Spring, maka kami memutuskan untuk ke sana pagi ni, sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Walaupun, ianya bermaksud kami harus lalui perjalanan sejauh 60km pergi dan balik, sebelum berpatah balik ke Kota Kinabalu. Maknanya, kami dari Kundasang - Ranau - Poring - Ranau - Kundasang - Kota Kinabalu. Tapi takpelah, alang-alang dah ada kat sini baik kami pergi. Nak datang balik, tak tau bila pulak kan.

Memang kami tak silap! Kat Poring ni, anak-anak seronokkkkk sangat sebab dapat mandi kolam. Kat tempat-tempat lain tu takde apa sangat bagi diorang, kat sini yang diorang gembira sangat. Kita bercuti nak bagi anak-anak happy, so memang berbaloi bawak anak-anak ke Poring Hot Spring ni.

Kat sini ada kolam air panas + ada tempata merendam kaki dalam air panas + ada kolam air biasa siap ada slide sekali + ada private kolam. Yang kolam ada slide dan private pool tu kena bayar sikitlah. Tak mahal pun. Memang berbaloi.

Jambatan gantung untuk masuk ke Poring - cantik kan air nya...

Kolam yang ada slide

Lepas mandi kolam, kami bersiap untuk balik ke Kota Kinabalu. Singgah lunch dulu kat Ranau. Perut dah berbunyi-bunyi bagi signal mintak diisi. Lapar weiiii lepas berendam.

Oh ya, tiket untuk masuk ke Poring Hot Spring dan tiket untuk masuk ke Kinabalu Park adalah tiket yang sama. So, bila masuk ke mana-mana satu tempat tu, lepas tu jangan buang terus tau. Simpan untuk kegunaan tempat yang lagi satu. Ok?

Kami sampai ke Kota Kinabalu dah petang. Dalam pukul 4++. Terus check-in Marina Court Condominium tempat kami bermalam masa-mula-mula sampai hari tu. Kat Marina ni boleh masak dan basuh baju - ada dapur yang lengkap dan ada mesin basuh, so apa lagi mendobi lah pakaian yang dah menggunung tu. Hehehe...

Malam tu takde buat apa - just masak dan makan kat rumah je. Tapi saya dan suami sempat keluar jap ke Pasar Filipina - menyurvey untuk shopping esok. Hihihi...

Hari Isnin - hari ke 5 kami di Sabah. 

Pagi tu, kami ke SAFMA (Sabah Fish Marketing), beli seafood untuk dibawa balik ke Semenanjung. Mintak diorang packing kan terus dengan kos RM25 untuk 1 kotak. (Tapi tak puas hati, sebab bila balik Semenanjung tengok udang dah tak berapa fresh.. rasa macam diorang tak frozenkan pun huhuhu.. tertipu.. kalo tau macam ni kami frozenkan dan packing sendiri je). Tapi mungkin kat kedai tu je, kedai lain ok kot.

Lepas SAFMA, ke Pasar Filipina shopping sikit. Kalo nak beli ikan kering ke udang kering ke kuih cincin ke mutiara  ke keychain ke tshirt ke dan  banyak lagi lah - sila beli kat sini. Memang macam-macam ada jual. Tapi hati-hati tau. Takut terlebih luggage je nanti wakakakaka...

Penat shopping - kami balik ke Marina. Masak. Lunch. Berehat. 

Petang, kami ke Tanjung Aru. Niat hati nak tengok matahari terbenam kat sana. Sampai-sampai je sedang elok matahari tengah nak terbenam. Dapatlah tengok pemandangan cantik ni..

Cantik kan?
Malam last kami di Sabah, kami makan kat luar. Tak masak dah. Balik je dari Tanjung Aru , kami singgah makan di Anjung Senja, di Waterfront. Sedapnyaaaaa lobster hihihi...


Lepas dinner, balik Marina dan mula packing. Esok pagi nak balik dah. Uwaaaaaa... Sayonara Sabah yang best! Sekejap je rasa dah nak habis dah percutian kami sekeluarga. 


Esok pagi-pagi dah kena ke Airport. Flight Kota Kinabalu - Kota Bharu pukul 10 pagi. Babai Sabah. Till we meet again, panjang umur murah rezeki insya Allah.

Nice place..


Nice food..
Nice people..


No contact untuk sewa kenderaan:
Encik Fadzly: 013-5425450 / Puan Arynn: 016-5879882

No contact untuk sewa apartment di Marina Court Kota Kinabalu: 
Cik Daya: 016-8321693 / Puan Linda: 016-8325693

No contact Kiram Village: 016-6950057

**************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Petua Untuk Kurangkan Sengsara Akibat Chicken Pox

Chicken pox ataupun demam cacar adalah salah satu penyakit kanak-kanak yang semua kita dah pun lalui semasa kecil. Kalau tak kena masa kecil, demam cacar ini biasanya akan datang juga semasa dewasa. Chicken pox yang datang semasa dewasa adalah lebih kronik. (tapi saya tak ingat pulak bila masa saya kena hihihi.. Rasa macam tak pernah kena je..). 



Ammar dan Ajlaa' kena 4 tahun lepas. Masa tu Ammar umur 4 tahun, Ajlaa' 2 tahun. Masa tu, hampir separuh kawan-kawan dia kat sekolah, pun turut kena sama. Sebab, chicken pox ni boleh berjangkit. So, kalo anak kita kena chicken pox, kena kuarantinkan dan cutikan dari sekolah at least 2 minggu kot. Orang kata, masa bintik-bintik tu tengah mengering, masa tu lah ianya berjangkit kat orang lain.

Biasanya masa chicken pox, anak akan kena demam yang tinggi, kemudian ambil masa untuk surut semula. 


Ada ke Set Shaklee yang boleh bantu masa anak kena chicken pox ni?


Jom saya kongsikan pengalaman Puan Hanisah. Perkongsian beliau tentang anaknya yang pernah kena chicken pox :

"Bulan puasa tahun lepas, anak-anak saya kena chicken pox. Saya bagi mereka makan Nutriferon Shaklee sehari 2 kali - memang membuak-buak keluar segala biji air. Nutriferon juga bantu untuk demam. Kemudian sapu dengan herbal blend. Sangat berkesan untuk kurangkan gatal-gatal. 3 hari habis satu tiub Herbal Blend Shaklee. Saya mandikan juga dengan mandian lemon dan Basic H Shaklee. Tetapi Alhamdulillah cepat sembuh, dalam masa 4 hari cacar air dah kering. Dan dalam masa seminggu anak saya dah sekolah semula."

Masa Ammar & Ajlaa' kena chicken pox dulu tu, saya buat macam ni jugaklah.. Alhamdulillah memang kurang gatal, dan cepat sembuh chicken pox diorang. 

Kalo ikut petua orang kampung, mandikan dengan air rebusan daun semambu. Boleh jugaklah kalo nak cuba. Kita ikhtiar kan. Asalkan anak kurang sengsara, dan cepat sembuhnya.

Untuk dapatkan Set Chicken Pox - Nutriferon, Herbal Blend, Basic H - boleh order online kat sini.. Klik je esell kat bawah tu..




 Atau hubungi saya..




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Tuesday, 8 August 2017

Part 3: 6 Hari 5 Malam Trip Kota Kinabalu - Kundasang

Dah masuk Part ke 3 dah kita..

Nak baca kisah awal kembara kami di bumi Sabah, boleh baca kat Part 1 & Part 2..

Heheheh macam beria sungguh la kan cerita kat blog ni pasal trip kami. Padahal Kundasang je punnnn.. Bukan oversea pun..

Takpelah, kita start dengan yang dekat dulu, ada rezeki lagi kita pergi yang jauh sikit.. Aminnn..

Lagipun, sebab saya ni jenis yang suka Google untuk dapatkan tips2 nak masak ke nak travel ke, so semoga apa yang saya tulis ni sikit sebanyak boleh dijadikan panduan buat mereka yang memerlukan. Boleh jugak jadi saham pahala untuk saya insya Allah...

Hari ni hari pertama kami di Kundasang.. Orang cakap kalo nak ke Desa Dairy Farm tu, kena pergi awal-awal pagi, kalo tak nanti ramai orang. So apa lagi kami awal-awal lagi dah bersiap untuk ke farm.. tak mandi pun kahkahkahkah.. Amek wudhuk pun paksa diri, apetah lagi nak mandi... Sejukkkkk... Air paip dah macam air ais kottt... hihihi...

Dairy Farm ni dekat je dengan Kiram Village.. Sampai je kami kat farm, rupanya dah beratur panjangggg.. Orang dah ramai.. Takpelah redah je lah.. Desa Dairy Farm ni kira macam trademark kalo datang ke Kundasang.. Tak sah Kundasang kalo tak ke Desa Dairy Farm.. Haaa gittewww... Kat sinilah kita nak tengok lembu bertompok-tompok hitam putih ala-ala lembu kat New Zealand tu...

Aiskrim kat sini sedapppp.. Jangan lupa beli tau...



Nampak gunung Kinabalu kat belakang tu...



Lembu yang tengah diperah susunya kot ni hihi... Tak sure sebab masa sampai tu dah siap proses ni..

Ok, lepas je kat Dairy Farm kami terus ke Luanti - nak fish massage.. Agak jauh jugaklah sebab Luanti ni area Ranau, dalam 30km jugak dari Kundasang.. Sama jugak dengan tempat-tempat lain, nak masuk ke sini berbayar lah.. RM5 sorang.. Sekali masuk, 15minit untuk kita merendam kaki dan digigit-gigit manja oleh ikan-ikan tu.. Geli jugak hihihi tapi tahan je lah..



Kemudian kami ke Sabah Tea. Dekat je dengan tempat Fish Massage ni. Dekat tu takdelah maksudnya boleh jalan kaki je, tapi naik kereta jugaklah heheheh.. Kalo nak beli teh untuk bawak balik ke semenanjung, bolehlah beli kat sini..




Sepatutnya, kalo ikut planning kami, nak singgah ke Poring Hot Spring selepas ke Sabah Tea ni.. Tapi apakan daya masing-masing cakap tak larat dah, nak balik terus ke Kiram Village. So, kitorang terus balik lah..

Petang tu, kiranya berehat kat Kiram je lah. Dok amek gambar bunga-bunga kat Kiram. Kiram ni kiranya macam homestay dalam taman. penuh dengan bunga-bungaan. Cantikkk.. sampai bawah rumah pun ada pokok bunga jugak hihihi...




Anak saya no 3 - Asyfa Qaisa
So, berakhirlah hari ke 2 kami di Kundasang.. 
Untuk hari ke 3, kita cerita dalam Part 4 pulak.. 

Siapa-siapa yang tengah survey contact number kereta sewa ke penginapan ke di Sabah, boleh cuba contact no ni ya..

No contact untuk sewa kenderaan:
Encik Fadzly: 013-5425450 / Puan Arynn: 016-5879882

No contact untuk sewa apartment di Marina Court Kota Kinabalu: 
Cik Daya: 016-8321693 / Puan Linda: 016-8325693

No contact Kiram Village: 016-6950057


**************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Monday, 7 August 2017

Rahsia Kenapa Shaklee Memilih Ikan Laut Dalam Sebagai Sumber Minyak Ikan

American Public Health Association mengesyorkan supaya kita memakan ikan laut dalam yang mengandungi paras asid lemak Omega 3 sekurang-kurangnya sebanyak dua kali seminggu. Omega 3 akan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Ada sebab, kenapa Shaklee memilih ikan laut dalam sebagai sumber minyak ikan. Bukan ikan biasa-biasa, bukan ikan tepi pantai, tapi ikan laut dalam.

Kenapa?

Pada tahun 170, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Prize telah menemui satu rahsia. Ianya berkaitan dengan tahap kesihatan orang Eskimo.

Sama tetapi berbeza.....

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. 

Namun, orang Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan mereka yang utama adalah daging, menghadapi banyak masalah kesihatan terutamanya berkaitan dengan jantung. 

Justeru, penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut dalam menunjukkan, ikan tersebut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA & DHA yang boleh merwndahkan lemak dalam darah, menurunkan platelet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, mengawal penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.



Kita pulak macamana?

Daging merah memang kita makan, tetapi berpada-padalah. Ada hadnya.

Sebagai ikhtiar untuk jaga kesihatan, kita ambil juga minyak ikan sebagai suplemen harian. OmegaGuard Shaklee sangat tinggi dengan EPA & DHA, berbanding dengan minyak ikan jenama-jenama lain.



Sebab tu, saya memilih OmegaGuard Shaklee sebagai suplemen minyak ikan seluruh ahli keluarga saya.

Nak beli OmegaGuard Shaklee, boleh klik eSell di bawah.



Untuk order / konsultansi, boleh hubungi saya..


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Part 2: 6 Hari 5 Malam Trip Kota Kinabalu - Kundasang

Hari ke 2 kami di Sabah.. Nak baca cerita hari pertama boleh baca kat Part 1 ;-)


Lupa nak bagitau dalam Part 1, tiket flight return kami Kota Bharu - Kota Kinabalu lebih kurang RM300++ setiap seorang. Murah ke mahal eh? Rasa macam sedang-sedang je la kot kan.. Tak murah tak mahal... Ye tak?


Ok, kami plan untuk bertolak ke Kundasang seawal jam 8 pagi. Tapi biasalah bila dah ramai-ramai macam ni, pukul  baru dapat bertolak. Huhuhu...


Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, ada pelbagai tempat menarik yang kita boleh singgah. Antaranya - Cowboy Town, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Pekan Nabalu, Kinabalu Park dan banyak lagi lah.

So, our first destination adalah mengunjungi Cowboy Town di Sabandar, Tuaran. Kat sini bolehlah kalo nak menunggang kuda, tapi belah petang. Kami sampai waktu pagi, so tak dapatlah. So kalo korang ada plan nak menunggang, datang pada waktu petang ya. 


Next destination adalah Rumah Terbalik di Tamparuli. Sekarang ni dah banyak kan rumah terbalik di Malaysia. Kat Langkawi ada, kat Melaka pun ada rasanya. Tapi specialnya yang kat Sabah ni adalah merupakan Rumah Terbalik yang pertama di Malaysia dan memang tercatat dalam Malaysia Book of Records lah.


Ok, setel kat Rumah Terbalik, kami singgah pula di Jambatan Tamparuli. Masa mula-mula dapat tahu pasal Jambatan Tamparuli ni sebagai tempat tumpuan pelancongan, dok terfikir-fikir jugak apa yang menariknya pasal jambatan ni. Ye lah, jambatan je kotttt, bukan apa pun... Well, of course ada kisah di sebalik jambatan ni.. Nak tahu kena baca kat sini tau...

Masa kat jambatan ni, kami sempat tengok buaya dok berenang-renang dalam sungai kat bawah tu. Teruja jugak lah sebab tengok buaya secara live gitu. Sebelum ni tengok kat zoo je hihihi.. Try amek gambar tapi tak clear sangat. Maklumlah camera daripada henfon cabuk je pun.. Bukan DSLR bagai heheheh...

Jambatan gantung Tamparuli
Tapi, sebenarnya jambatan asal tamparuli bukanlah jambatan gantung ni. Tapi jambatan yang kat sebelahnya.

Jambatan asal Tamparuli

Nampak tak buaya kat tepi batu tu? Hihihi

Masa turun jambatan ni, ngam-ngam waktu solat Jumaat. So kami singgah solat Jumaat kat Masjid sini je. Kami yang perempuan sempat shopping kat pasar Tamparuli bersebelahan dengan masjid. Ya ampunnnnn buah dan sayur-sayuran kat sini memang murah amat. Rambang pulak mata dok membeli sayur hihihi...

Avocado yang dijual di pasar Tamparuli. RM8 je sekilo ni tau...

Lepas kaum lelaki tunaikan solat Jumaat, kami ke kedai makan dan lunch. Lepas lunch, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. 

Kira-kira sejam kemudian, kami tiba di Pekan Nabalu. Kat sini view sangat cantik. Jelas kelihatan Gunung Kinabalu dari sini. Kat sini memang port untuk posing lah.




Cantikkkkkk sangat kan? 

Kat sini pun ada pasar jugak, macam menarik jugak tapi kami dah tak sempat nak sinnggah. Sebabnya dah mula rushing untuk solat Jamak Taakhir Zuhur Asar di Kiram Village, Kundasang nanti. Lagipun, kami aim untuk singgah kat pekan Kundasang je untuk membeli barang-barang dapur untuk memasak kat homestay nanti.

Tapi rupa-rupanya, kat pekan Kundasang ni harganya agak mahal. Huhuhu.. Menyesal pulak tak beli kat Pekan Nabalu je. Nak buat cmane, terlajak perahu boleh diundur, terlajak ke Kundasang maka shopping je lah kat sini.

Oh ya, sepatutnya kami singgah ke Kinabalu Park sebelum check-in kat Kiram Village. Tapi sebab dah lambat, so tak jadi singgah. Plan untuk singgah bila kami on the way balik ke kota Kinabalu je nanti.

So, here we are. Dah selamat tiba di Kiram Village, dan disambut dengan udara yang dingin mencengkam tulang hihihihi...



Orait.. Nanti kita sambung kembara di bumi Sabah ni dalam Part 3 ya ;-)

Stay tune......

Siapa-siapa yang tengah survey contact number kereta sewa ke penginapan ke di Sabah, boleh cuba contact no ni ya..

No contact untuk sewa kenderaan:
Encik Fadzly: 013-5425450 / Puan Arynn: 016-5879882

No contact untuk sewa apartment di Marina Court Kota Kinabalu: 
Cik Daya: 016-8321693 / Puan Linda: 016-8325693

No contact Kiram Village: 016-6950057


**************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Sunday, 6 August 2017

Resepi Popia Homemade Semudah ABC

Anak-anak dan suami suka makan popia. Tapi saya tak pernah try buat sebelum ni. Memang beli yang dah siap, ataupun beli yang frozen pastu goreng je bila nak makan.

Tiba-tiba tah cmane baru terpikir kenapa aku tak buat sendiri? 
Padahal rasanya macam senanggggg je kot..

Teruslah meng'gugel' resepi cara nak buat inti popia. Syaratnya - mestilah yang simple dan nampak macam sedap. Kalo sedap tapi renyah macam malas jugak nak buat kahkahkah...

Maka jumpalah resepi yang berkenan di hati. Terus buat dan memangggggg lah sedap. Petang tu goreng dalam 12 batang kot, sekali hadap je terus habis. Esoknya rasa macam nak makan lagi, so buat lagi. Dan sekali hadap jugak terus habis hihihihi... Nanti next time boleh buat lebih sikit, simpan frozen. Nanti bila nak makan, goreng je kan?


Jom kita cek resepi tu..


Senang dan sedap - konfem!


Resepi Inti Popia 

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih - diracik halus
Sekeping dada ayam - dicincang halus 
1/2 batang carrot - diparut halus
1/2 biji sengkuang - diparut halus
Sedikit garam
Sedikit lada sulah




Cara-cara:
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam cincang tadi.
Masukkan garam dan lada sulah.
Kacau bagi sekata.
Agak-agak dah masak ayam tersebut, masukkan carrot dan sengkuang.
Kacau lagi bagi sekata dan terus tutup api carrot dan sengkuang tu just nak bagi layu je, tak perlu lama sangat)

Ok, dah siap dah inti popia kita.



So, dah boleh mulakan sesi menggulung popia. Kulit popia tu boleh beli kat mana-mana pasaraya biasanya memang ada jual. Apa-apa jenama pun boleh.


Amatur menggulung memang macam ni..
Senget benget herot merot semua ada hihihi..


Once dah siap gulung, terus goreng dan boleh makan dengan pencicah. Macam saya kat Kelantan ni, memang ada banyak sos pencicah yang dijual kat kedai-kedai. Jenama yang saya suka MH Mohd. Sedap sos pencicah nya.

Gambar ihsan Google - Sos Pencicah MH Mohd


Jemput makan ;-)
Rangup di luar, lembut di dalam



***************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Part 1: 6 Hari 5 Malam Trip Kota Kinabalu - Kundasang

Dah lama teringin nak ke Kundasang, akhirnya sampai jua.. Alhamdulillah...


Seronok sangat.. Sebabnya kami pergi beramai-ramai bukan setakat keluarga kecil saya bahkan adik beradik dan anak-anak saudara pun join sekali. Sepatutnya trip kami seramai 21 orang, tapi disebabkan ada satu maslahat yang tak dapat dielakkan, maka sorang tak dapat ikuti trip kali ni.. So, tinggal 20 orang je lah.. 13 dewasa dan 7 orang kanak-kanak..


Kami pergi selama 6 hari 5 malam.. 3 malam di Kota Kinabalu, dan 2 malam di Kundasang.. Kos sepanjang trip ini adalah RM16,000.00 termasuk tiket flight + penginapan + pengangkutan + makan + lawatan... Ok sangat la kan.. So, kiranya kos untuk seorang lebih kurang RM800. Ok sangat lahhhhh...

Flight kami dari Kota Bharu - Kota Kinabalu pada 27 Julai pada pukul 1 tengahari. Seawal pukul 11 pagi kami dahpun berada kat airport. Memandangkan kami ramai, dan abang saya menggunakan kerusi roda, so better pergi awal la kan untuk urusan check-in. If anything happen, ada masalah pape ke senang bila datang awal ni. Ada masa yang cukup. Tambah-tambah lagi kami naik Air Asia. Fuhhh memang trauma kot kalo tak sempat check-in. Hihihi...

Kanak-kanak riang tak sabar nak naik flight

Flight slightly delayed. Dalam pukul 1.20 kot baru take off. Kami selamat tiba di airport Kota Kinabalu lebih kurang pukul 3.50 petang. Nak masuk ke Sabah ni, ada nak kena lalui kaunter imigresen. Tapi takde apa pun. Just dia bagi 1 slip untuk kita simpan, dan masa nak keluar dari Sabah nanti kena cop balik. Tu je.

Sepanjang kat Sabah ni, kami sewa 2 buah van. Maklumlah, ramai kan hihihi.. Kami sewa dengan Encik Fadzly, suami kepada sahabat se-Shaklee saya. Kami sama team iReach. Alhamdulillah, sewanya sangat berpatutan dan highly recommended. Sesiapa yang nak sewa, boleh contact beliau terus. 

Encik Fadzly: 013-5425450
Puan Arynn: 016-5879882

Sebahagian daripada rombongan kami
Gambar ni Encik Fadzly yang tolong ambilkan

Sampai je kat airport, encik Fadzly dahpun siap sedia tunggu ketibaan kami. Beliau serahkan 2 buah van yang kami sewa, dan kami terus bergegas ke Marina Court. Rushing jugaklah sebab Maghrib kat Sabah kan sekitar pukul 6.30 petang. Masa tu dahpun hampir pukul 5, sedangkan kami belumpun solat Jamak Zuhur & Asar lagi. 

Oh ya, cadangan saya kalo flight korang ke Kota Kinabalu awal pagi, korang digalakkan untuk terus ke Kundasang. Balik nanti je baru stay kat Kota Kinabalu. So takdelah berpindah randah banyak-banyak kali kan.

Kes kami ni, memandangkan kami sampai ke KK dahpun petang sangat, so kami prefer untuk stay kat KK dulu la 1 malam, baru bertolak ke Kundasang esok pagi nanti. 

Ok, kat KK ni kami menginap di Marina Court Condominium. Lokasinya betul-betul dalam bandar Kota Kinabalu. Tak susah nak cari, dan akses yang mudah untuk ke mana-mana. Kami booking apartment melalui https://www.traveloka.com/. Lebih murah & lebih senang.

Sampai di Marina Court lebih kurang pukul 5.30 petang. Terus check-in dan bergegas solat. Jamak Taakhir Zuhur & Asar. Kami sewa 2 buah apartment. So ada 6 buah bilik. Ngam-ngam untuk kami 6 keluarga.

Untuk first night dinner, kami beli je dan makan kat apartment. Masih penat untuk keluar beramai-ramai makan kat luar, so sorang tukang beli bungkus bawak balik rumah. Makanan? Sedapppppp sangat! Memang thumbs up lah!



Ok, first day done. 
Nanti kita sambung lagi cerita di Part 2 ok ;-)
Banyakkkkk lagi nak cerita ni...


No contact untuk sewa kenderaan:
Encik Fadzly: 013-5425450 / Puan Arynn: 016-5879882

No contact untuk sewa apartment di Marina Court Kota Kinabalu: 
Cik Daya: 016-8321693 / Puan Linda: 016-8325693

No contact Kiram Village: 016-6950057


**************************************

Nak order Shaklee?



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)