Saturday, 12 November 2016

Resepi Japanese Cotton Cheesecake Yang Senang Tapi Sedap

Hai...

Bertemu kembali kita ❤❤❤

Alkisahnya, lama dah nak tulis resepi ni kat blog, tapi asyiklaaaa tak jadi je heheheh.. Kali ni baru jadi, Alhamdulillah...

Sebenarnya, malam tadi kami gi shopping barang dapur. Pastu kat supermarket tu ada la jual kek-kek kan.. Murah je belas2 ringgit je.. Ada 1 kek tu macam ala-ala Black Forest... Ammar mintak nak beli kek tu tapi saya cakap tak payahlaaaa.. Ye lah, memang nampak tak sedap pun hahahahaha.. Kek yang saya buat lagi sedap kot hihihihi..

So, disebabkan saya ni ibu mithali (ecececece), maka arini masuk dapur ketung ketang ketung ketang dan jadiklah kek ni..😍😍😍




Jom kita tengok  resepi dia jom...

Bahan-bahan:


6 keping Cheese Cheddar. (Cheese slice yang kita biasa makan dengan roti tu)
200ml susu fresh milk
4 biji telur (asingkan telur putih dengan telur kuning)
70 gram gula halus (saya guna gula biasa je, pastu kisar bagi halus eheheh)
70 gram tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder 
70 gram butter 

Cara-cara:
1. Koyakkan cheese 6 keping tu kecik2, masukkan dalam periuk dan campurkan dengan fresh milk tadi, atas api yang perlahan, kacau cheese dengan susu tu sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan pula butter 70 gram tu, dan tutup api. Kacau sehingga sebati ketiga2 bahan ni.
2. Pukul telur putih dengan gula sampai jadi stiff meringue. Lama jugak la kot, dalam 15-20 minit jugak. Biarkan sekejap.
3. Pukul telur merah hingga kembang, masukkan ke dalam adunan cheese+susu+butter tadi.
4. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan tadi sambil kacau perlahan. Saya guna whisk, so macam senang sebati sikit.. Tak berketul.
5. Bila dah betul-betul sebati, kaupkan meringue ke dalamnya. Dan sebatikan lagi adunan ni.
6. Alas kertas alas kek (baking paper) ke dalam loyang dan tuangkan adunan kek ini.
Teknik Baine Marie.
Gambar ihsan dari Google. Lupa amek gambar tadi heheheh..

Adunan ni perlu dibakar secara teknik Baine Marie/steam bath. Jadi, kita letakkan loyang yang berisi adunan kek tadi ke dalam satu lagi loyang atau bekas berisi air panas.

Masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan 20min pada suhu 170c. Bakar selama 20 minit, kemudian turunkan suhu oven kepada 140 darjah celcius dan sambung bakar lagi 40 minit.
Dahhhh pun siap. Yeayyyy!!!


Amaran:


1. Sila bertenang. Sabar dulu walaupun kek dah masak. Tunggu sejuk dulu baru potong ok. Nanti hasil potongan kek tu tak menjadi.


2. Kek ni sedap bila dimakan sejuk2. So, sila tambahkan waktu bertenang, masukkan dalam fridge dulu atleast 2 jam baru potong dan ngappp!

Ehehehehe....


Selamat mencuba!




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

Friday, 4 November 2016

Bagaimana Saya Boleh Terjebak Dalam Shaklee?

Hari ni tiba-tiba rasa nak bercerita sikit.. Bagaimana kisah saya dan Shaklee boleh bermula. Jeng jeng jeng hehehehe....
Saya konvo pada tahun 2006.. Alhamdulillah dah 10 tahun rupanya masa berlalu.. Cepat je kan.. Saya merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Perakaunan dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Taman Ilmu Dan Budi.. Takdelah tergolong dalam pelajar pandai pun, tak dapat dean list pun, tapi CGPA 3++ jugaklah heheheh...


Universiti kebanggaan saya
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Taman Ilmu & Budi

Lepas je belajar, saya terus kerja dengan abang ipar saya.. Beliau ada syarikat sewaan canopy & marquee tent.. Syokkk kerja dengan beliau.. Jalan merata.. 1 semenanjung saya pusing.. Sorang2.. travel dengan kereta.. berminggu2 outstation, sampai sebulan pun ada.. makan tido memang kat hotel lah.. memang best!

2008 saya kahwin.. Still kerja dengan abg ipar lagi, tapi dah kurang sikitlah travel.. tak selincah masa anak dara dulu.. 3 bulan lepas kahwin, saya pindah dok terengganu.. kira macam jaga job kat sini, sebab kat terengganu banyak kontrak yang bos saya dapat..

2010 saya buat keputusan untuk bukak kedai pulak.. kedai pilihan ofkoslah barang2 ibu & baby.. macam trend kot masa tu.. ya lah, kita baru ada baby, pastu pulak opt to exclusive breastfeed anak2, so saya bukak kedai Mom 2 Moms.. kedai yang jual kelengkapan ibu menyusu..


Mom 2 Moms pada peringkat permulaan buka kedai

Namun, kedai tersebut tak bertahan lama.. 2013 terpaksa saya tutup kedai.. banyak faktor yang menyumbang ke arah terpaksanya tutup kedai tersebut.. ya, sayang sebenarnya tapi tiada pilihan lain.. kesilapan saya masa tu banyak kot..hahahah..

Berbisnes tanpa mentor - bila rasa lemas, tiada tempat nak merujuk
Overhead cost yang tinggi - takde buat costing betul2 masa nak bukak, main bukak je
Takde ilmu berniaga - rasa nak bukak terus buka, padahal ilmu apa pun takde
Cashflow ke laut - nama je lulusan Accounting, tapi akaun ke laut huhuhu

Banyak lagi lah kot kalo nak cerita.. Takpelah, kita jadikan ianya sebagai satu sejarah yang boleh mematangkan lagi diri kita kan..

Apa saya buat lepas tutup kedai?

Ya, dok rumah je jaga anak..

Tapi, bukan duduk saja2 tau.. Saya bina pendapatan saya sendiri dari rumah.. Bisnes yang tidak lagi memeningkan kepala macam saya bukak kedai tu..

Takde overhead cost yang kena tanggung bulan2.. Bukan sikit, beribu2 lemon hahaha...
Takde risau barang yang mereput kat kedai sebab tak laku..
Takde pening sebab arus fesyen dan barang2 jualan yang sangatlaaa cepat sampai tak terkejar..
Takde risau kedai kena pecah ke staff tak amanah ke..
Takde pening perihal tutup bukak kedai, susah nak kemana2..
Takde macam2 lagilahhh...

.
Sekarang, saya lebih seronok.. menikmati kerja dengan cara tersendiri..

Jadual kerja yang lebih fleksibel..
Anak-anak depan mata setiap masa..
Anak-anak yang sekolah, kita boleh jadik driver pickup anak kat sekolah.. tak payah risau nak kena naik bas ke apa..
Anak sakit demam, tak perlu risau nak kena apply cuti ke, nak berangkut ke kedai sebab kena jaga kedai ke.. duduk je rumah diam2..
Maklumlah, bila jadi mak-mak ni, bab anak memang dah jadi priority kita kan..
Masa arwah mak saya masih ada dulu pun, tak jadi masalah untuk saya temani dia ke appointment klinik saban bulan.. 


Sebab, masa kerja saya fleksibel.. Saya sendiri yang aturkan.. Bukan setakat fleksibel, automated pulak tu.. Dahhh sudah, fleksibel lah automated la apa kejadahnya la kan hihihi...

Kedai saya ni pulak, memang bukak 24 jam.. tak pernah tutup.. tapi tak payah risau pencuri masuk ke apa ke heheheh.. 

Apa kedai saya?

- BLOG (blog kesayangan saya ni lah - vitaminsaya)
- FB - (efie muhamad & vitaminsaya)
- IG - efie muhamad


Haaaa 3 kedai saya ada.. tanpa sebarang kos sewa pulak tu heheheheh...

Tapi, bukan senang nak senang tau.. saya ni memang buta IT.. blog apekejadah, saya taktau pun apa satu masa dulu.. Apa saya buat? Pergi kedai buku, cari buku ni - Step by Step Blogspot.. Ni lahh tokguru saya masa tu... hehehehe...So, korang kalo taktau jugak, boleh pergi kedai buku, cari buku macam buku saya ni hehehehe... Nak seribu daya, taknak satu dalih pun dah cukup kan 



Dan alhamdulillah, dah 4 tahun saya masih setia di sini.. ;-) 

Hanya bermodalkan RM75 sahaja (masa tu, sekarang RM80 termasuk GST), saya meraih pendapatan secara tetap 4 angka setiap bulan.
Hanya dari rumah..

Panjang berjela dah nampaknya ni.. Stoplah dulu ya.. Bye ;-)
.
Terima kasih sudi baca kisah saya...



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707



Efie Muhamad (facebook)

Thursday, 3 November 2016

Resepi Doh Pizza Yang Saaaangat Senang Tapi Sedap

Saya pernah buat doh pizza sendiri, tapi asyik2 terlebih keras ke, terlebih lembik ke, pendek kata memang tak jadi lah.. Last2 fedup, malas dah buat hahahaha... Nak makan pizza mohler kita ke kedai..
.
Tapi, semalam saya try buat doh pizza guna resepi kak Najihah Ab Mutalib ni, wahhhhhh elok je rasanya.. Kalo macam ni, next time boleh buat lagi la kan...


First time saya cuba resepi Kak Jiah ialah cara2 buat tepung goreng pisang yang rangup. Fuhhh memang rangup sungguhlah resepi tu. Memang viral dah pun video tu kat FB.. Nanti saya godek balik saya paste kat sini ya..

Ok, back to resepi Pizza kita.. Jom..

Resepi asal ni saya ambil dari entry kak Najihah sendiri.. Terima kasih ya kak...

http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/2016/10/resepi-doh-pizza-lembut-yang.html


Bahan Untuk Inti Pizza

Daging cincang atau sosej

Bawang Besar di potong dadu

Sos prego atau seumpamanya

Garam gula secukup rasa

Jika nak pedas, boleh tambah cili kering kisar

Cheese mozarella @ cheddar @ pizza plus..mana yang anda gemar

Lain-lain bahan atau sayuran yang anda suka

Sedikit minyak


Cara Membuat Inti

Tumis bawang besar menggunakan sedikit minyak, sekejab je kemudian masukkan daging cincang, sos prego, bahan perasa gula garam secukup rasa.

Biarkan inti mendidih dan masak seketika, kemudian padamkan api.

Bahan-Bahan Untuk Doh

1 peket yis (akak biasa guna mauripan atau bunga raya)

1/2 kg @ 500 gram tepung gandum

1 hingga 1 1/2 cawan air suam

2 hingga 3 sudu gula (ikut rasa masing-masing)

1/2 sudu kecil garam (ikut rasa masing-masing)

1/3 hingga 1/2 cawan minyak masak


Cara Membuat Doh Pizza

1) Masukkan sepeket yis ke dalam mangkuk yang bersaiz sederhana (jangan terlalu kecil mangkuk tu ya sebab risau yis melimpah).

2) Masukkan gula dan garam serta 1 cawan air suam ke dalam mangkuk berisi yis tadi.

3) Kacau kesemua bahan tadi menggunakan sudu sampai gula sebati dan yis tidak berketul sangat.

4) Tutup mangkuk tadi selama 5-8 minit atau sehingga yis tu mengembang dan naik.

5) Dalam bekas yang lebih besar, masukkan tepung gandum, minyak dan bancuhan yis yang dah mengembang tadi.

6) Uli doh menggunakan tangan, jika doh terasa agak keras, boleh tambah baki air suam td. Boleh tuang lebihan air suam ke dalam bekas yis yang masih mempunyai sisa-sisa yis dan gunakan untuk menguli tepung tadi jika doh nampak keras.

7) Sebaliknya jika doh terlalu lembik, boleh tambah tepung gandum. Uli lah sampai doh tidak melekat lagi pada tangan.

8) Tempoh masa untuk menguli doh bergantung kepada cara anda menguli, biasanya akak uli antara 15-30 minit. Dan akak gunakan bekas tupperware yang ada biji untuk mudahkan proses menguli.

9) Lepas dah selesai menguli, rehatkan doh selama 10 minit.

10) Bahagikan doh kepada 4-5 bahagian, ikut besar loyang pizza korang. Macam akak biasa buat 1/2 kg tepung boleh dapat 5 biji pizza saiz regular, atau 3 biji saiz regular + 1 biji saiz L. Ikut ketebalan doh juga ya.

11) Canaikan sedikit doh pizza yang dibulatkan terlebih dahulu. Canai agak sebesar loyang, sapukan loyang dengan margerin, masukkan doh dan tekan-tekankan untuk samakan kedudukannya dalam loyang.

12) Sapukan atas doh dengan lebihan baki sos prego, letak dan ratakan inti atasnya. Kemudian taburlah cheese sebanyak mana mengikut kesukaan korang.

13) Buatlah sehingga habis doh tadi kemudian rehatkan sekejab doh bersama inti tadi selama 10 minit.

14) Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180 darjah selama 10 minit. Bila dah ready, masukkan pizza tadi.

15) Boleh bakar menggunakan api atas bawah selama 10-12 minit atau sehingga masak. Jangan terlalu lama masak kerana boleh menyebabkan doh dan cheese jadi keras.

16) Boleh juga masak menggunakan api bawah dahulu selama 6-8 minit dan kemudian api atas sahaja selama 5-6 minit atau sehingga masak.


Gambar pun gambar asal tuan punya resepi.. Sungguh menyelerakan, kan?
Korang bolehlah try buat ya.. Musim2 gawat macam ni, berjimat itu lebih baik.. Heheheh.. Kalo makan kat kedai ke dah berapa dah kan fulus habis.. Buat kat rumah kos tak sampai separuh pun.. Mana yang boleh kita jimat, kita jimat.. Lagipun, buat sendri lagi best kot.. Ikut suka kita nak letak topping apa, berapa banyak pun kan...hihihi...

Dah lepas makan pizza tu, jangan lupa telan OmegaGuard & Lecithin. Jangan kasik lemak kolestrol segala mak nenek tu bertapak lama-lama dalam tubuh.. hihi...




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)


5 Sebab Kenapa Tubuh Kita Perlukan Makanan Tambahan

Bila cerita pasal keperluan vitamin ni, ada yang cakap..

"Alaaa, takpe.. cukuplah makan makanan yang sihat, dah ok dah"

"Saya dah makan sayur ulam semua, cukup dah keperluan vitamin dalam tubuh saya"

"Badan dah terlebih2 berat dah ni, maksudnya saya cukup dahla ni nutrisi"

Dan macam2 lagi lah yang orang cakap kan..

Padahal, tau tak sebenarnya, apa yang ada dalam makanan kita tu, mungkin sekadar makanan semata2.. sekadar memenuhkan perut yang lapar.. tapi nutrisi dah hilang entah ke mana..


Kenapa Kita PERLUKAN Vitamin?


Faktor Tanah


Tanah kita sekarang, dah tak sesubur tanah pada zaman datuk nenek moyang kita dulu.. Dengan masalah jerebunya, dengan pencemaran sisa kilang dan sebagainya, tanah kita dah jadi bertoksid. Ni belum masuk lagi kes2 GMO dan sebagainya tu.. Beras pun ada yg GMO tau... Huhhh mengerikan!


Proses Memasak

Proses memasak juga memungkinkan kehilangan zat makanan. Contohnya, haba yang panas merosakkan protein yang ada dalam ikan ke ayam ke yang kita masak tu. So, kita mungkin rasa kita makan ayam sebagai sumber protein, tapi sebenarnya protein dalam ayam tinggal berapa persen je lagi... Tak cukup untuk keperluan harian tubuh kita..


Kerap Makan di Luar
Rasanya fakta ni memang tak boleh kita nak sangkal. Kalo, tak, masakan kedai2 makan kat tepi jalan tu tumbuh macam cendawan lepas hujan kan. Banyak sangat. Sebab apa? Sebab permintaan yang tinggi. Ya lah, balik kerja dah pukul berapa, penat lagi so senang untuk tapau je ataupun makan je kat kedai siap2 baru balik rumah kan. Bila makan kat kedai ni, paham2lah betapa banyaknya bahan perisa MSG semua yang ada kat dalam makanan tu.

Kepelbagaian Makanan Terhad

Sepatutnya dalam pinggan kita tu ada karbohidrat, protein, serat & fiber kan. Dan portion yang sepatutnya bagaimana. Tapi cuba tengok hakikat apa yang ada dalam pinggan kita tu? Huhuhu... Dan lagi sekali, adakah karbohidrat @ serat @ fiber @ protein yang kita makan itu, adalah betul2 nutrisi yang kita perlukan. Ingat ya, kita zaman sekarang ni amatlah terdedah dengan segala proses cucuk mencucuk ni. Kalaulahhh kita boleh bela ikan ayam sendiri tanam sayur sendiri kan... GMO (genetically modified food sangatlah mengancam kita sekarang)





Gaya Hidup Tak Aktif

Pekerjaan kita sekarang jauh berbeza dari kerja orang2 zaman dahulu. Atuk nenek kita dulu, pikul cangkul berkebun bersawah ladang bagai kan. Memang gaya hidup sangat aktif; Kita sekarang, masa lebih banyak dihabiskan dengan mengadap komputer dan duduk di kerusi. Sebab tu, kita perlukan vitamin untuk menyahkan apa yang tak perlu dalam tubuh kita, dan dalam masa yang sama kita masih jugak kena cuba cari jalan untuk keluarkan peluh melalui bersenam.

Sebab tu, nak tak nak kita memang memerlukan suplemen untuk mengisi lompong2 yang ada dalam tubuh kita. Suplemen ni makanan tambahan, nama pun makanan tambahan, bukannya pengganti makanan. So, kena amalkan makan secara sihat dulu, amalkan cara hidup yang sihat dan ambil suplemen untuk menampung kekurangan nutrien.

Ok? 😍😍😍



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)


Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)