Tuesday, 19 April 2016

Detox... Perlu Ke?

Apa kebenda detox mendetox ni ya?

Sana sini orang asek cakap pasal detox je sekarang ni..

Ok, taknak tertinggal keretapi, jom kita amek tau pasal detox..


Detox ialah nyahtoksin iaitu satu proses membuang toksin atau bahan-bahan beracun dan membahayakan dari badan kita. Bagi mendapatkan detox yang berkesan, kita bukan saja kena buang toksin, malah lebih utama menghentikan kemasukan toksin ke dalam tubuh kita!

Masalahnya, dari mana datangnya toksin2 ni?

Friday, 15 April 2016

Nak Keahlian Percuma? Ini Masanya...

Antara suplemen yang paling HOT dalam Shaklee adalah OmegaGuard. OmegaGuard ni adalah minyak ikan yang rata-rata orang dah tau memang banyak sangat kebaikan yang  boleh kita dapati dari minyak ikan.

Salah satu contoh kebaikan minyak ikan adalah seperti di bawah; sangat diperlukan untuk kesihatan jantung.

Mari Terbang Lebih Tinggi

Jumaat lepas, kami geng-geng Shaklee Kelantan ada buat program sesama kami.. Dah lama rasanya tak berkumpul sama-sama macam ni.. Memang seronok...

Nak dijadikan cerita, saya aritu macam dah tak boleh nak join dah sebenarnya.. Khamis tu tiba-tiba demam.. seram sejuk badan tak payah nak cakap..suami pulak takde, outstation masa tu.. maka bergigihlah nak kena hantar amek anak sekolah dengan demam-demam macam tu kan.. Sekolah anak pulak bukannya dekat.. Eh cop, ni bukan nak mengeluh, saje je nak cerita untuk jadi kenangan esok2..hihi...

Malam tu almost tak boleh nak tidur.. So dalam hati cakap 'hmmm tak dapatla join esok punya program ni..takde rezki..memang nak kena ke klinik jugak nampak gayanya ni"..

Tapi kuasa Allah kan, memang kita takleh nak duga.. Pagi Jumaat tu tiba-tiba rasa sihat dah.. terus siap-siap pergi program.. hihihi.. Ammar pergi tinggal umah nenek, Ajlaa' dan Asyfa angkut sekali join program...

Best!


Mari Terbang Lebih Tinggi


Haa ni la program saya.. 

FLY SUCCESS WORKSHOP

~ Bengkel sehari suntuk yang dianjurkan oleh rangkaian Master Shaklee untuk membantu kami para pengedar Shaklee supaya dapat terbang lebih tinggi.. hoyeahhhh!




Monday, 11 April 2016

Ikhtiar Seorang Isteri Untuk Rawat Buah Pinggang Suami Yang Bocor

Orang cakap, kesetiaan seorang isteri itu teruji apabila suaminya sakit. Tapi bukan isteri je kot, kesetiaan suami pun sama jugak kan, teruji bila isterinya sakit. Bahkan, memang kesetiaan dan kesabaran kita teruji bila berdepan dengan orang yang kita sayang menderitai apa-apa penyakit.. Pahala berganda-ganda buat yang sedang diuji, insya Allah...



Puan Tinie Badri, seorang isteri yang menerima ujian Allah bilamana suaminya disahkan menghidap penyakit Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor. 


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu sebenarnya buiah pinggang bocor ni kan?


Jom kita tengok sikit berkaitan penyakit ni...


Apa Itu Nephrotic Syndrome?

Nephrotyc Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli iaitu sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
Di dalam Nephrotyc Syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.



Punca Masalah Nephrotic Syndrome