Kebaikan Puri Labu Untuk Asyfa Qaisa

  • Wednesday, November 18, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Semalam, masa tengah berfikir-fikir nak masak apa untuk Asyfa (stok makanan dia yang dalam fridge dah habis), terus teringatkan buah labu. Sebenarnya buah labu ni dah berminggu dah ada sebenarnya kakak ipar bagi hari tu, tapi tak tau nak masak apa so biar je.. hihihi...

Terus google cmane nak masak untuk Asyfa..

Ok, senang je.. sama je macam buah-buah yang lain.. (setakat ni Asyfa dah makan kurma, epal, carrot, pisang, ciku)..

Terus potong sikit labu tu > potong kecik-kecik > kukus > lenyekkan atas penapis > campur sedikit air > dahpun siap!

Taraaaa... Asyfa suka ♥♥♥♥♥

Gambar ihsan Google


Banyak tau kebaikan buah labu ni... Jom kita tengok satu persatu..


Nutrisi Buah Labu

Labu mengandung banyak sekali nutrisi, seperti Vitamin A dan beta carotene. Terkandung juga dalam labu vitamin B, C, Kalsium, besi, folat, serat, karbohidrat, potasium, dan protein. Dan hebatnya buah labu termasuk buah yang rendah lemak, rendah kalori tapi kaya akan serat.

Manfaat Buah Labu


Melihat dari kandungan nutrisinya yang sangat kaya, maka tak hairan jika buah yang bertekstur lembut ini memiliki banyak manfaat. 
Beta Carotene
Kandungan beta carotene yang banyak sangat baik untuk  membantu mengurangi kemungkinan dari resiko kanker dan penyakit hati. Khasiat beta carotene bukan hanya itu saja, tapi juga dikenal dapat melawan penuaan.
Karbohidrat
Kandungan karbohidrat yang terdapat dalam labu dapat  menggantikan konsumsi nasi.
Gula
Buah labu merupakan sumber kalori yang baik, tapi juga memiliki kadar gula yang rendah. JIka memakan buah labu secara teratur dapat menyeimbangkan gula darah dan mengurangi resiko diabetes tipe 2.
Kaya Serat
Labu juga merupakan buah yang kaya akan serat yang baik untuk pencernaan manusia.
Antioksidan
Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam labu menambah manfaat kebaikan manusia terutama dalam melawan kanker.
Magnesium
Magnesium yang terkandung dalam labu membuat otot di sekitar jantung dapat menjadi lebih relaks dan membantu penyerapan kalsium oleh tulang.

Dalam Shaklee pun, ada vitamin yang mengandungi labu tau..
Cuba teka produk yang mana?
Yezzaaaa...

Nutriferon!

Salah satu bahan yang terkandung dalam Nutriferon adalah biji labu. Maka, tak hairanlah Nutriferon dapat meningkatkan imuniti tubuh kita kan?

Ibu-ibu, jom kita sediakan sendiri makanan untuk anak-anak kita. Air tangan ibu itu pasti lebih baik kan, tambah-tambah masa bayi ni. Diorang sangat-sangat perlukan makanan yang berkhasiat untuk membina ketahanan badan. Tak payahla kot beli nestum segala bagai tu. Jimat pun jimat kan....
💋💋💋💋💋


You Might Also Like

0 comments