Anak Lelaki Ke Anak Perempuan?

  • Friday, February 27, 2015
  • By efie muhamad
  • 1 Comments

Sejujurnya, saya terima apa sahaja yang Allah kurniakan kepada kami. 

Sebab tu, sejak dari awal kehamilan, saya takdelah dok ulang alik ke klinik untuk scan jantina anak. Jauh berbeza, jika dibandingkan dengan zaman mengandungkan Ammar dan Ajlaa' dulu. Kalo dulu, macam setiap bulan kot pegi scan... Hehehe... Mungkin disebabkan Allah dah kurniakan saya sepasang cahayamata, membuatkan saya terima apa sahaja kurniaan Dia buat kali ni..



Namun, bila masuk 37 minggu ni, tetiba rasa teringin la pulak nak tau jantina anak. Tambah-tambah, bila kawan-kawan asyik dok tanya je... Lepas tu, diorang pulak dengan macam-macam tekaan. Ada yang kata lelaki, ada yang kata perempuan...

 Ammar & Ajlaa' pulak, kalo tanya diorang nak adik lelaki ke perempuan, Ammar jawab nak lelaki, Ajlaa' pulak bagitau nak perempuan.. Biasa la kan.. Masing-masing nak geng masing-masing.. Hehhehe....

Cuba lah pulak pegi scan lagi sekali,
tapi tetap takde rezeki nak tau jantina.. Baby memang nak bagi surprise sungguh.. Tetap tak nampak jugak.. Tapi sebenarnya, saya pun dah agak tak nampak sebenarnya, memandangkan baby dah besar, dah penuh so kebarangkalian untuk nampak tu memang nipis..


Ni kepala baby, pun dah tak berapa clear sebab baby dah turun bawah sangat...

Takpelah baby... Tak lama dah pun awak nak keluar... 3 minggu je lagi kan? Insya Allah....

Tips Jantina Anak


Tips ni saya ambil dari website http://www.babycenter.com.my..

Bolehlah cuba-cuba tengok kita ni mengandungkan anak lelaki ke perempuan... Heheheh... Tapi tak semestinya betul tau.. Sekadar suka-suka je...

Cara Mengetahui Jantina Bayi Mengikut Kepercayaan Masyarakat

 

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...


 Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

 

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...


Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

So, bagaimana dengan anda? Hihihihi...

Apapun, saya sebenarnya sejak awal kehamilan, dah punyai instinct sendiri sebagai seorang ibu.. Betul atau tak naluri ibu ni, kita tengok je la nanti kan? Hehehe.. Nak tau apa instinct saya? Tunggguuuuuuu.... hihihihih..
 
Tak lama dah, nanti baby akan boleh kawan dengan abang Ammar dan kakak Ajlaa'... Takleh nak manja-manja sangat dah diorang nanti..hihiih...
 
 

Saya doakan, semoga pembaca-pembaca blog saya yang tengah hamil ni akan selamat melahirkan nanti. Apapun kurniaan Allah, itu merupakan anugerah terindah buat kita suami isteri, amanah yang kita perlu jaga sepenuhnya....

*************************************************
Nak order Shaklee?

❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707

You Might Also Like

1 comments

  1. semoga sihat sampai cukup masanya dan selamat semuanya

    ReplyDelete