Friday, 27 February 2015

Anak Lelaki Ke Anak Perempuan?

Sejujurnya, saya terima apa sahaja yang Allah kurniakan kepada kami. 

Sebab tu, sejak dari awal kehamilan, saya takdelah dok ulang alik ke klinik untuk scan jantina anak. Jauh berbeza, jika dibandingkan dengan zaman mengandungkan Ammar dan Ajlaa' dulu. Kalo dulu, macam setiap bulan kot pegi scan... Hehehe... Mungkin disebabkan Allah dah kurniakan saya sepasang cahayamata, membuatkan saya terima apa sahaja kurniaan Dia buat kali ni..



Namun, bila masuk 37 minggu ni, tetiba rasa teringin la pulak nak tau jantina anak. Tambah-tambah, bila kawan-kawan asyik dok tanya je... Lepas tu, diorang pulak dengan macam-macam tekaan. Ada yang kata lelaki, ada yang kata perempuan...

 Ammar & Ajlaa' pulak, kalo tanya diorang nak adik lelaki ke perempuan, Ammar jawab nak lelaki, Ajlaa' pulak bagitau nak perempuan.. Biasa la kan.. Masing-masing nak geng masing-masing.. Hehhehe....

Cuba lah pulak pegi scan lagi sekali,

Thursday, 26 February 2015

8 Tips Mudah Bersalin!

Hari ni, genap 37 minggu kehamilan saya...

Masa semakin hampir.. dup dap dup dap makin terasa, walaupun ini anak ke 3.. rasa macam sama je gementarnya setiap kali nak bersalin..

Sape setuju dengan saya? heheheh...

Jadi, saya mula mencari teknik-teknik yang boleh saya amalkan, untuk memudahkan proses bersalin nanti...


Di sini, saya kongsikan bersama kawan-kawan semua...

Sama-sama kita amalkan, moga sedikit sebanyak dapat membantu mempermudahkan proses kita bersalin nanti...

Sunday, 22 February 2015

Strok Haba: Apa Yang Kita Perlu Tahu

Sama seperti tahun lepas, Februari dan Mac menyaksikan suhu di Malaysia sangat tinggi. Kepanasan yang agak luar biasa. Bahang kepanasan ni, menyebabkan ramai yang merasa resah, berpeluh dan ada yang hampir pitam, terutama sekiranya mereka yang bekerja di luar, ataupun yang kerap berurusan di luar.


Namun, walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.
Situasi itu lebih dirasai di sekitar Lembah Klang dengan catatan purata 35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering itu dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.
Keadaan ini dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun yang diramal membawa lebih banyak hujan. 
 
 
 

Apa Yang Berlaku Bila Suhu Tinggi? 

 

Monday, 16 February 2015

Bahayakah Perut Mengeras Semasa Hamil?

Perut yang asyik mengeras ketika hamil, kadangkala membuatkan kita sedikit risau. Bagaimana keadaan bayi kat dalam? Ok ke? Kenapa asyik sangat mengeras ni? Tak bahaya ke? Tu mungkin persoalan-persoalan yang timbul, dalam fikiran kita kan..


 Kenapa Kejang Perut Terjadi?


Petua Kurangkan Loya Semasa Hamil

Rata-rata ibu hamil, kerap alami loya dan muntah-muntah, terutama peringkat awal kehamilan. Orang putih kata 'morning sickness'. Hehehhe... Walaupun namanya 'morning', tapi tak semestinya morning je tau. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa, atau sepanjang masa bagi mereka yang alami alahan yang teruk.

alahan


Alhamdulillah, saya tak diduga dengan ujian ini. Sepanjang ketiga-tiga kehamilan ni, saya memang tak alami sebarang alahan, cuma setakat loya-loya biasa dan berangin. Itu pun kadang-kadang je. Dan takdelah sehingga menyebabkan saya melepek je sepanjang hari.

Kenapa Loya Boleh Berlaku?



Wednesday, 11 February 2015

Perkembangan Kehamilan Minggu ke 35

Seronok bila update tentang kehamilan ni..

Pertamanya, kita tau tentang progress diri kita sendiri, serta bayi dalam kandungan kita..
Yang kedua, dapat berkongsi dengan teman-teman di luar, yang tengah hamil sama dengan kita.. Mungkin diorang takde masa untuk mencari info tentang kehamilan kan.. At least, bila baca artikel kat sini, akan dapat tau lah sedikit sebanyak...

Hari ni, alhamdulillah, masuk minggu ke 35 kehamilan saya...


Pejam celik pejam celik kejap je kan masa berlalu.. Dalam tempoh lebih kurang sebulan je lagi, saya akan dapat  menatap bayi yang saya usung ke hulu ke hilir dalam rahim saya ni sepanjang 35 minggu yang lepas.. saya akan dapat menatap bayi yang sering menendang-nendang perut saya tak kira masa.. saya akan dapat menatap bayi yang kepalanya sering menekan pundi kencing saya, sehingga menyebabkan hampir setiap jam saya perlu ke tandas.. insya Allah..

Jom kita tengok apa perkembangan terhadap ibu dan bayi, pada minggu ke 35 ini...

Tuesday, 10 February 2015

Ajlaa' Qaisa: Selamat Hari Lahir ke 4

Alhamdulillah, semalam merupakan ulangtahun ke 4 anak kedua saya, Ajlaa' Qaisa. 
Syukur atas kurniaan terindah dari Allah ini..

Kek surprise untuk Ajlaa' petang semalam

Ketahui Permasalahan Pangkal Rahim Longgar Semasa Hamil Dan Cara Rawatannya

Sesetengah wanita, mempunyai pangkal rahim yang terbuka (cervical incompetence) walaupun tiada kontraksi. Selalunya, ini akan berlaku sekitar minggu ke 16 hingga minggu ke 24 kehamilan. Kemungkinan akan berlaku pendarahan, dan bila pemeriksaan dilakukan doktor akan mendapati pintu rahim telah pun terbuka. Ini boleh membawa kepada keguguran.

incompetence cervix


Biasanya, keguguran akan berlaku secara tiba-tiba, tanpa rasa sakit yang keterlaluan.

Wanita-wanita yang berisiko ialah:

Sunday, 8 February 2015

Gigi Reput Tulang Rapuh Bila Tak Cukup Kalsium!

Ada seorang sahabat saya, dia suka like status saya kat FB, terutamanya bila saya buat perkongsian mengenai kepentingan ataupun akibat apabila kekurangan kalsium. Padahal, dia sendiri tak makan suplemen, takut nak telan pil besar-besar katanya.. heheheh...

Saya takutkan dia, search gambar gigi reput kat Google, kemudian saya tag beliau...

Hehehe cantik tak?

Persediaan Pengurusan Rumahtangga Sebelum Bersalin

Bukan hanya keperluan berkenaan diri dan bayi yang bakal lahir yang harus kita fikirkan, namun tentang pengurusan rumahtangga selepas bersalin pun kita kena fikir jugak tau..

Tambah-tambah lagi, sekiranya kita bersalin dan berpantang di rumah sendiri, tanpa kehadiran orang tua untuk membantu, ataupun tanpa pembantu untuk membantu menyelesaikan urusan rumahtangga.. Nak-nak pulak, suami jenis yang sibuk memanjang, atau yang tak biasa bantu isteri dalam urusan rumahtangga, jadi semestinya urusan rumahtangga sedikit sebanyak akan terganggu...

Urusan barang dapur laa...
Urusan pakaian laa..
Urusan masakan laa..
Dan macam-macam lagi..

Maklumlah, kita kan ibu rumahtangga merangkap domestic engineer, semua urusan rumahtangga boleh dikatakan 90% terletak pada bahu kita...



Thursday, 5 February 2015

Petua Best Untuk Diamalkan Bila Mengalami Kejang Kaki Semasa Hamil

Kadang-kadang saya tertanya-tanya, kenapa kejang kaki biasa menyerang semasa hamil? 
Masa tak hamil, takde pulak terganggu dengan kejang kaki ni...

Kemudian saya cuba buat sedikit pembacaan..

Apa yang saya dapat simpulkan adalah begini, hasil dari pembacaan saya tu...

Penyebab Kejang Kaki Semasa Hamil


Semasa hamil, otot kaki terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah, maka ianya kadangkala boleh menjadi kejang pada malam hari. Kekurangan kalsium, potassium dan kalium dalam aliran darah juga boleh menyebabkan kekejangan, kerana pembesaran uterus akan menekan saraf sekitar yang membawa ke kaki.


 Petua Untuk Kurangkan Serangan Kejang Kaki


Wednesday, 4 February 2015

Cara Kurangkan Senggugut Dengan Berkesan

Seingat saya, masa sekolah dulu saya mengalami senggugut yang teruk. Bila kena tu, memang terguling-guling la menahan sakit. Masa tu saya dalam Form 2 kot. Serius, memang sakit sangat.

Biasanya, masa awal remaja ataupun pertengahan remaja, majoriti wanita akan mengalami kesakitan senggugut semasa haid. Namun, orang kata, bila dah kahwin senggugut itu akan hilang dengan sendiri. Saya sekarang ni pun dah takde senggugut dah, namun saya tak pasti bilakah senggugut itu hilang. Samada sebelum atau selepas berkahwin. Jadi, tak dapatlah saya buktikan bahawa apa yang orang kata tu benar ke tak. Hihihi...

Tapi kita taknaklah kesakitan senggugut yang melampau sampai menyebabkan segala kerja-kerja kita terganggu kan? Anak-anak tak dapat hadir ke sekolah, wanita yang dah bekerja terpaksa amek cuti bila diserang senggugut. Tak pasal-pasal kan. Padahal, kesakitan senggugut ni, insya Allah boleh dikawal, tanpa mengganggu aktiviti harian kita.

Taknaklah jadi macam hantu kak limah ni kan.. heheheheh...

Basikal Ke 3 Untuk Anak-anak

Ini merupakan basikal ke 3 untuk anak-anak saya...Padahal, anak baru je umur 6 tahun dan 4 tahun... Hmmm...

Sebenarnya, basikal anak-anak saya dah 2 kali dicuri.. huhuhu kesian diorang kan...

Kali pertama, kejadian berlaku waktu siang.. Masa tu saya ada je kat umah.. Cuma pintu pagar tak tutup.. saya pun ada je kat ruang tamu, dan pintu sliding rumah pun bukak je.. Tetiba tengok petang tu, basikal 2 beradik ni dah takde.. Innalillah...

Maka, tak lama selepas itu, belilah basikal lain...

Kali kedua, kejadian berlaku waktu malam... Masa tu kami balik tidur kat kampung.. Basikal park je kat tepi rumah.. Esoknya bila balik rumah, tengok basikal dah takde... hmmmm...

Rasa macam serik.. Serik nak beli basikal lagi...

Kawasan rumah saya ni boleh dikatakan hot area.. even dulu-dulu masa mula-mula masuk ke rumah ni, kami ada beli tong sampah letak kat luar pagar, pun boleh hilang tong sampah tu.. padahal tong sampah je kan.. masa tu ingat nak mudahkan lori sampah yang masuk untuk kutip sampah-sampah kat depan rumah, hmmm sekali dengan tong pun hilang...

Selalu jugak la berlaku kejadian kes pecah rumah.. Alhamdulillah, rumah saya masih lagi selamat setakat ni.. moga Allah jauhkan dari perkara-perkara sebegitu... setakat hilang tong sampah dan basikal anak, still boleh terima lagi la.. oh ya, lagi satu yang pernah hilang.. sangkar burung.. sangkar tu bukanlah sangkar kecik macam biasa sangkar burung tu, agak besar la boleh je nak letak anak ayam ke apa ke.. sangkar tu letak kat depan beranda rumah.. pun hilang jugak...

Ok, back to the story pasal basikal...

Tuesday, 3 February 2015

Tips Mengatasi Tidur Yang Sering Terganggu Semasa Hamil

Masuk trimester terakhir kehamilan ni, terutama bila kandungan dahpun mencecah 8 bulan ke atas, nikmat tidur malam sering terganggu. Bukan saya je kot, tapi mungkin dihadapi oleh ramai ibu hamil yang lain. Bukan bila bayi dah lahir je tidur malam kita terganggu, tapi dari sekarang lagi. Mungkin sebagai latihan untuk kita tak cukup tidur malam, bila bayi dah lahir nanti kan? Allah Maha Mengetahui...


Beberapa keadaan yang memungkinkan tidur kita terganggu..

Posisi tidur yang tak selesa lantaran perut yang makin membesar
Kerap terganggu dengan mimpi-mimpi aneh
Kejang kaki / simpul biawak / cramp
Pedih hulu hati
Kerap terjaga untuk buang air

5 perkara ini pun sudah cukup untuk menyebabkan tidur kita yang hanya beberapa jam itu terganggu. Dahla kuantiti tidur sikit, kualiti pun berkurang. Kesian kita kan.. hihihi.. sebab tu lah banyak pahala yang Allah kurniakan buat kita, para ibu hamil ni.. Insya Allah...

Tips Mengatasi Tidur Yang Sering Terganggu

Selamat Ulangtahun Ke 1 Abad Vitalea Multivitamin Shaklee

Special!!

Sungguh special bulan ni kerana bulan ni merupakan bulan promosi bagi multivitamin yang tertua di dunia iaitu VITALEA SHAKLEE. Ya, Vitalea Shaklee merupakan  multivitamin yang pertama dicipta didunia iaitu pada tahun 1915. Maka, pada tahun ini, tahun 2015 maka genaplah ulangtahun ke 100, usia multivitamin terbaik di dunia ini.

Vitalea yang mula-mula dicipta pada tahun 1915

 Vitalea yang mula-mula dicipta pada tahun 2015 dahulu adalah dalam bentuk cecair. Ianya menggunakan nama Vitalized Minerals, yang kemudiannya dipendekkan menjadi V-I-T-A-M-I-N. Maka, terciptalah perkataan vitamin yang kita sebut sehingga ke hari ini. Asal usul perkataan vitamin ini adalah dari perkataan Vitalized Minerals, iaitu nama asal bagi Vitalea. Bangga tak? Hehehehe.. belajar sejarah pulak ari ni..

Sunday, 1 February 2015

Lawatan Pertama Ke HQ Shaklee Yang Baru Memang Best!

Lama dah teringin nak jejakkan kaki ke HQ Shaklee yang baru.. Asyik tengok gambar je kan.. Jeles betul.. Tapi nak buat cmane, hajat ingin memeluk gunung apakan daya tangan tak sampai.. heheheh.. saya dok KB, so ke branch Shaklee KB je la jawabnya kalo nak restock barang kan...

Kebetulan hujung minggu lepas, suami ada urusan di Kuala Lumpur.. jadi sebagai isteri solehah, haruslah saya mengikut suami kan.. heheheeh... saya pun banyak urusan tertangguh kat KL.. nak makan ABC kat Seksyen 2 Shah Alam, nak borong buah banyak2 kat Chow Kit, nak makan sate kajang hj samuri, nak tu nak ni... mostly, pasal makan hahahaha.... satu je yang bukan  pasal makan > melawat HQ Shaklee...

Best sangat!!

Anak-anak pun suka,sebab ada tempat untuk diorang bermain.. Lepas bagi main sejam pun, still tak puas tak nak balik jugak..hohoho...

Jom kita layan gambar-gambar HQ Shaklee yang baru...


Promo Februari Shaklee: Multivitamin dan Set Kesihatan Sendi

Bulan Februari tiba lagi..

Bulan ni, Shaklee offer 4 produk promo, dengan 3 jenis promo yang berbeza..

Beli 6 Percuma 1


❤ Ostematrix
❤ Vitalea

Beli 2  Diskaun 5%


❤ Ostematrix
❤ Vitalea

Beli 3 Percuma 1


❤ Advanced Joint Health Tablet
❤ Vitalea for Kids