Resepi Nasi Ayam Yang Sungguh Simple Tapi Sedap!

  • Monday, January 19, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Hahahahah bukan nak puji masakan sendiri...

Tapi memang encik suami cakap sedap... itu yang paling penting kan?

So, perkara yang baik ni, eloklah jika kita kongsi.. tak gitu? Eheheheheh....



Let's check it out!



Bahan-bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
-   1 ekor ayam dipotong 4
- 2 ulas bawang putih, diketuk
                  - 2 cm halia,diketuk
-   1 bunjut sup 
- garam secukup rasa 

Bahan untuk ayam (diperap) :
·         1 sudu besar kicap pekat
·         1 sudu besar sos tiram
·         1 sudu besar kicap cair

Bahan untuk nasi:
·         3 cawan beras
·         air rebusan ayam secukupnya
·         1 cm halia diketuk
·         1 ulas bawang merah dimayang
·         Sedikitpewarna kuning

Bahan untuk sup:
·         Air rebusan ayam tadi
·         Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk sos (kisar):
·         2 biji cili merah
·         3 ulas bawang putih
·         2 biji tomato
-    sedikit air 

Bahan untuk kuah kicap:
·        Sedikit air rebusan ayam
·         Kicap manis cap kipas udang

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
1.      Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2.      Rebus ayam bersama sup bunjut, halia, bawang putih dan garam secukupnya.
3.      Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 10 minit (rujuk bahan perap untuk ayam)
4.      Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika. Jangan garing nanti tak sedap.

Cara untuk memasak nasi:
1.      Basuh beras dan tos air.
2.     Masukkan air rebusan ayam, halia, bawang dan pewarna kuning secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
1.       Air rebusan ayam tadi, taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup. 

Siap!!!

Hidangkan bersama salad, hirisan timun dan tomato..
Terangkat!!!

Nah, belanja gambar Nasi Ayam untuk lunch kami tadi... Presentation tak berapa menarik, maklumlah perut dah lapar... ehehehe....


Ok, selamat mencuba ;-)

************************************************

Nak order Shaklee?

❤ Efie Muhamad ❤


SMS/Whatsapp: 019-9890707



You Might Also Like

0 comments