Perlu Ke Suntikan Kancing Gigi Semasa Hamil?

  • Tuesday, January 06, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Masa pre-antenatal checkup yang lepas, misi kat klinik desa tu dah bagitau, nanti saya punya next visit ke klinik nanti nak kena cucuk.. Suntikan untuk cegah kancing gigi semasa bersalin.. Suntikan ni katanya bila dah 28 minggu ke atas, baru kena cucuk..

Makanya, semalam lah harinya... Mula-mula check up biasa, cek urin cek hb cek tekanan darah cek berat semua... pastu misi cek perut dan ketinggian rahim.. last sekali baru la kena cucuk...

Waaaaaa sakit jugak sebenarnya...

suntikan anti tetanus semasa hamil
Ini pastinya bukan saya... sekadar gambar ehsan google.. hehehe


Misi kata, takde respon pun masa jarum tu masuk kat bahu saya... amboi amboi amboi misi, mentang-mentang la ai comel kan.. heheh... takkanlah nak meraung macam budak kecik kan... steady la sikit.. hehheh...

Effect daripada suntikan ni lagi best.. Lengan lenguh sepanjang hari.. huhuhu... nasib baik bila bangun pagi ni, dah ok sikit.. Misi kata, ada orang yang boleh sampai demam bila kena cucuk ni.. nasib baik saya cuma lenguh-lenguh je la...

Apakah Suntikan Kancing Gigi?

 

Suntikan  kancing gigi atau suntikan anti tetanus (ATT) ini adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat tetanus (kancing gigi).Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun yang dibawa oleh kuman yang dikenali sebagai Clostridium Tetani.

chlostridium tetani


Kuman tetanus ni akan memasuki tubuh melalui bahagian tubuh luka yang terbuka. Ia akan merosakkan sistem saraf dan seterusnya boleh membunuh pesakit. Perkara inilah yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin ini.

Asal Usul Suntikan Kancing Gigi

 

Zaman dulu-dulu, tidak banyak hospital yang dibuka di Malaysia. Kebanyakan hospital yang ada cumalah di bandar-bandar besar, walhal kebanyakan penduduk masih tinggal di ceruk-ceruk pedalaman yang memang mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar.

Maka, ramai bayi yang dilahirkan di kampung-kampung dengan disambut oleh bidan kampung (mungkin kita salah sorang kan?). Bidan kampung ni menggunakan gunting dan pisau yang dikhuatiri tidak bersih dan mempunyai kuman. Ketika itu, banyak kes jangkitan tetanus berlaku di kalangan bayi dan ibu.

Gambar hiasan


Jadi, WHO telah merangka satu polisi yang mewajibkan suntikan vaksin tetanus kepada ibu hamil. Polisi ini telah berjaya mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

Perlu Ke Suntikan Kancing Gigi Pada Zaman Moden Ni?

 

Sebenarnya, suntikan vaksin tetanus ini semakin tidak relevan pada zaman sekarang kerana banyak hospital telah dibina. Boleh dikatakan setiap daerah mempunyai hospital masing-masing. Peralatan yang digunakan di hospital juga bersih dan telah 'basmikuman'. Maka, risiko untuk mendapat tetanus hampir tiada langsung.

Kebanyakan hospital swasta telah mentiadakan amalan ini. Namun, di klinik-klinik kerajaan amalan ini masih dilakukan. Mungkin untuk membendung risiko bagi mereka yang tinggal di pedalaman.

Ibu-ibu hamil mempunyai pilihan samada untuk mengambil atau menolak suntikan ini. Namun, bagi saya, kita tak tau apa yang akan berlaku kan? Manalah tau terbersalin dalam kereta ke kat rumah ke tak sempat nak ke hospital, maka risiko untuk mendapat jangkitan kuman adalah tinggi. Eloklah sekiranya kita mengambil suntikan ni siap-siap, apatah lagi ianya secara percuma je kan? ;-)



Betul, hidup mati tu di tangan Allah, namun Allah pun suruh kita berikhtiar kan? Tak salah untuk kita berikhtiar...

Amalkan Set Hamil Shaklee, untuk keperluan nutrisi semasa hamil...

Untuk Set Bersalin Shaklee pula, boleh saksikan perkongsian hebat ni...



Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?


Boleh isi form ni untuk tempahan..

Atau boleh je hubungi saya di sini..

❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707




You Might Also Like

0 comments