Cairkan Kahak Dan Redakan Batuk Dengan OmegaGuard Shaklee

  • Tuesday, January 20, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Kadang-kadang saya ditanya apa suplemen favourite saya sebagai pengedar sah Shaklee.. Jawapan saya pastilah Ostematrix.. Tapi kalo ditanya apa suplemen ke 2 yang jadi pilihan? Pasti saya akan jawab OmegaGuard..

Kisah saya dengan OmegaGuard bermula dengan anak saya Ajlaa' Qaisa.. Dialah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan kebaikan yang ada pada OmegaGuard..

Ajlaa' masa bayi, sering keluar masuk wad.. 3x pernah diwadkan kerana serangan asthma / bronchiolitis.. sedih pilu hati, bila tengok anak asyik kena neb, asyik kena cucuk amek darah dan macam-macam lagi.. tidur malam tak boleh, batuk berkahak, nafas tak lepas.. huhu sedih sangat saya rasa.. dia baru je berusia 8 bulan masa tu.. sangat tak berdaya lagi masa tu...

asthma
Bronchiolitis



  Kisah Ajlaa' keluar masuk wad ni, pernah saya tulis dalam entry ini...

Sehinggalah usia dia dalam setahun setengah kalo tak silap saya, bila dia mula makan OmegaGuard.. itupun secara tak sengaja, sebab saya underestimate keupayaannya untuk mengunyah kapsul minyak ikan tu..

Ajaibnya, selsema Ajlaa' yang dah berlarutan sebulan, kering selepas ambil OmegaGuard. Saya memang jenis yang tak suka bagi anak ubat, kalo setakat selsema biasa. Unless kalo macam dia demam yang panas sangat, baru bagi PCM. Kalo suam-suam badan biasa-biasa je, setakat sponging, bagi minum air banyak2 pun dah memadai. So, setakat selsema biasa ni, saya biar je..

Sejak Ajlaa' mula kenal dengan OmegaGuard, tahap kesihatan dia mula meningkat. Takde dah nak kena warded. Kalo macam ada batuk-batuk, dan mula bunyi macam nak lelah tu, saya bagi terus bagi OmegaGuard dan Nutriferon. Alhamdulillah, setakat ni masih terkawal.

Yang saya perasan, bila dia amek OmegaGuard time batuk-batuk berkahak ni, memang dia akan muntah.. Terus selambak muntah keluar, dengan kahak-kahak sekali..  Bila dah muntah tu, batuk akan berkurangan sikit.. Ye lah, sebab kahak dah kurang kan? Rasa lega....

Itulah pengalaman terbaik saya dengan OmegaGuard.. Kesihatan anak yang meningkat, memang tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Syukur sangat-sangat..

Kebaikan OmegaGuard Shaklee



Beza OmegaGuard Shaklee Dengan Minyak Ikan Yang Lain


OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
 OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
(so, tak perlu nak risau-risau dah kata minyak ikan ni ada logam bahaya.. minyak ikan Shaklee memang dah tertapis)

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
(makan OmegaGuard untuk redakan batuk, banyak pulak kebaikan lain yang dapat.. tak ke untung tu?)

Entry pasal Ajlaa' dan serangan asthma ni memang saya takkan jemu untuk kongsi berkali-kali, takkan jemu untuk sebarkan kebaikan OmegaGuard ini, kerana saya tau di luar sana ada ramai ibu bapa yang resah sama seperti saya satu ketika dulu, bila anak kerap jatuh sakit akibat serangan asthma... 





Insya Allah, berikhtiarlah untuk anak-anak kita...


1 botol OmegaGuard = 90 biji (RM136)

 Kalo ada yang nak cuba OmegaGuard ni..


Boleh isi borang ni..
Ataupun boleh je hubungi saya melalui cara-cara di bawah..



❤ Efie Muhamad ❤


SMS/Whatsapp: 019-9890707




You Might Also Like

0 comments