Monday, 30 November 2015

Shaklee Collagen Powder & Lecithin: Promo December


Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.. 


Semoga semuanya sihat-sihat aja ya 😍

Kita dahpun melangkah masuk ke bulan December, bulan terakhir pada tahun ini.. Rasa macam sekejaapppp je kan masa berlalu.. Rasa macam baru je masuk tahun 2015, dahpun nak habis dah... sob sob sob... azam yang kita pasak masa nak masuk tahun baru haritu dah tercapai? Erkkk...hihihi...

Okla, taknak buang masa dah merapu meraban...

Ni nak bagitau ni, produk promo Shaklee untuk bulan ni Shaklee dan announce dah..

Shaklee Collagen Powder 
&
Lecithin

Haaaa, saya tau pasti ramai yang suka ni kan? Yela, harga lebih murah pada zaman yang serba mahal ni pastilah mendatangkan kegembiraan buat kita kan?

Shaklee Collagen Powder



Monday, 23 November 2015

Free Trip Shaklee: Cantiknyaaaaaa Itali

Kawan-kawan seShaklee saya yang lain, sekarang tengah ber'riang gumbira' di Itali. Mengumpul momen-momen indah, untuk dibawa ke masa hadapan dan bakal dikenang sebagai saat-saat terindah dalam hidup nanti. Saya pasti... 

Apatah lagi, sebahagian daripada mereka, memang angkut seluruh ahli keluarga. Mak, ayah, anak-anak.. Maka, apa lagi yang lebih best berbanding itu? Menikmati saat-saat indah, bersama seluruh ahli keluarga.. Itu memang terbaik!

Trip Shaklee ni, memang ada setiap tahun. 

2013 - Paris/London
2014 - US
2015 - Itali

Setakat ni, saya belum berpeluang untuk join diorang ke trip antarabangsa. Masa tahun lepas, yakni ke US tu sebenarnya saya layak, tapi disebabkan beberapa pertimbangan yang diambil masa tu, saya melepaskan peluang keemasan tersebut, dan memilih untuk ke trip tempatan sahaja. Belum diizinkan Allah...

Setakat ni saya telah join trip tempatan Shaklee sebanyak 3 kali, Alhamdulillah. Dan, ianya memang superb! Memang 5 star trip!


Semoga Allah izinkan saya lagi, untuk beerpeluang ke trip antarabangsa bersama Shaklee pulak nanti.

Apapun, jom kita layan dulu gambar-gambar diorang kat Itali.. Serius bestttt sangat! Tengok gambar diorang je pun saya dah dapat rasa best, apatah lagi diorang sendiri kan? Syokkk gila...

Diorang pergi ke 3 3 tempat ni - Milan, Florence & Rome


Cara Bakar Lemak Pada Musim Hujan

Tempat korang hujan tak?


Kat sini, dah masuk hari ke 3 dah hujan... Dah nak masuk musim tengkujuh kot...

Sejukkk...

Memang dok berhibernasi je la jawabnya..


Perut pulak asikkklaaa lapar... berkeriuk je manjang..hahahah...

Lemak pulak yang dah tepu bertambah-tambahlah tepunya.. Maklumlaa, takde ruang nak berpeluh pun..hihihi....





Haaaa, kalo korang pun sama macam saya, better korang amek ni jugak.. Atleast, takdela tepu sangat lelemaks tu...hihihihi...

Kebaikan Lecithin Shaklee


Saturday, 21 November 2015

Projek Beg Sekolah: Kutipan 1 Beg Untuk 1 Orang Pelajar Miskin


Kawan-kawan...

Saya bersama 93 lagi rakan, sedang mengumpul beg sekolah preloved yang masih elok @ beg baru, untuk diagihkan kepada anak-anak yang kurang berkemampuan..




Sekiranya ada sahabat2 yg nak menyumbang beg preloved, berikut adalah senarai focal person.. Lokasi saya sendiri pula, adalah di Pasir Tumboh, Kelantan serta kawasan-kawasan yang berhampiran..


Thursday, 19 November 2015

Suplemen Tak Perlu Sebab Makan Dah Cukup?


Kerapkali, orang salah faham...



"Saya ni badan pun dah gemuk, tak perlu dah vitamin vitamin ni..."

"Alaaa makan dah cukup, kenapa nak kena vitamin jugak? Tak perlu dah kot..."

"Taknakla makan vitamin, nanti selera makan naik"

" Perlu ke ambil supplement? Orang dulu-dulu sihat je tanpa supplement..."



Haaaa, apakata kita cuba bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang dulu-dulu.. Kenapa diorang boleh je sihat tanpa suplemen...

1. Dulu takde makanan rapu macam sekarang. Cuba tanya mak ayah kita, kecik2 dulu mereka ada makan tak makanan rapu macam kita sekarang ni? Mesti tak de kan?

2. Restoren makanan segera pun bukan jadi pilihan macam sekarang ni. Makan KFC, pizza pun mungkin setahun sekali. Kita sekarang hampir setiap minggu makan makanan segera.




Hapuskan Jerawat & Jeragat Dengan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memang terkenal di kalangan mereka yang sukakan kecantikan. Sebab tu, tak hairan bila wujudnya lambakan produk Vitamin C, samada secara makan atau cucuk.

Tapi, sejujurnya, saya tak berapa bersetuju tentang pilihan untuk mengambil suntikan Vitamin C ni. Malah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri, juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf suntikan Vitamin C, dan tidak membenarkan mana-mana pegawai perubatan kerajaan mengamalkannya.

Saya juga, sebagaimana orang lain, turut amalkan Vitamin C. Namun, tujuan asal saya mengambil Vitamin C ni adalah untuk tingkatkan kesihatan diri saya (vitamin C merupakan vitamin antioksidan, yang mana dapat tingkatkan kadar imuniti tubuh kita), bukan untuk nak cantik pun hihihi... Tapi bonusnya adalah 'ter'jadi cantik.. Eh? Hahahha gurau je...

Yang pasti, Vitamin  C pilihan saya pastilah, Sustained Release Vitamin C 500mg dari Shaklee ;-)

Kebaikan Vitamin C


❤ Meningkatkan penghasilan kolagen semulajadi kulit 
❤ Mencerahkan warna kulit 
❤ Menguatkan imunisasi kulit 
❤ Memudarkan jeragat 
❤ Menegangkan kulit 
❤ Mengecutkan jerawat 
❤ Memudarkan parut 

Dan, jika diambil bersama dengan Shaklee Collagen Powder ni,bertambahlah marvellous nya tau!




Koleksi Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee

Wednesday, 18 November 2015

Lebam Digigit Hantu?

Perasan tak, kadangkala bila kita bangun tidur, ada setompok lebam menghiasi tubuh kita. Biasanya, di kawasan peha ataupun lengan. Tompok lebam ni sekitar sebesar duit 20 sen, kan?



Sejak saya masih kecil, seingat saya, saya sering diomok-omokkan bahawa lebam yang terjadi itu adalah tanda gigitan jin@hantu yang suka kat kita. Wahhhh, menakutkan! Huhuhu....

Tapi, apabila dah besar ni, melalui pembacaan saya dapati lebam yang berlaku adalah disebabkan badan kita kekurangan vitamin C. Bukan kena gigit hantu jin pun.. hihihi... Mintak simpang jauh-jauh..

Selain mudah lebam, antara petanda tubuh kekurangan vitamin C yang lain adalah

Kebaikan Puri Labu Untuk Asyfa Qaisa

Semalam, masa tengah berfikir-fikir nak masak apa untuk Asyfa (stok makanan dia yang dalam fridge dah habis), terus teringatkan buah labu. Sebenarnya buah labu ni dah berminggu dah ada sebenarnya kakak ipar bagi hari tu, tapi tak tau nak masak apa so biar je.. hihihi...

Terus google cmane nak masak untuk Asyfa..

Ok, senang je.. sama je macam buah-buah yang lain.. (setakat ni Asyfa dah makan kurma, epal, carrot, pisang, ciku)..

Terus potong sikit labu tu > potong kecik-kecik > kukus > lenyekkan atas penapis > campur sedikit air > dahpun siap!

Taraaaa... Asyfa suka ♥♥♥♥♥

Gambar ihsan Google


Banyak tau kebaikan buah labu ni... Jom kita tengok satu persatu..

Wednesday, 9 September 2015

Ada Ke MLM Halal?

Bila sebut je MLM, ramai yang cebikkan bibir.

"Ooooo patutla kaya.. buat MLM amek duit orang"

"Ishhh taknak la aku join.. Pantang 7 keturunan aku buat MLM tau"

"MLM ni harammmm... mana boleh aku bagi anak bini aku makan duit haram"

"MLM? Uisyyyy tak laratla nak ber'meeting larut malam" ni.. nanti anak ke mana laki ke mana"

"Malas la join MLM.. tak pasal-pasal kena ke hulu ke hilir cari orang paksa join"

Ok, itu antara beberapa pandangan skeptikal, yang raaaaamai orang di luar sana fikir tentang MLM. Ke termasuk orang yang baca ni jugak? Heheheh... Takpe, jom kita amek tau, apa itu MLM sebenarnya...




Apa Itu MLM?

 

Korang Tau Tak? Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma..

Assalamualaikum semua...

Hehehe sempena projek "Korang Tau Tak" ni, saya buat entry blog pun guna tajuk ni.. 

Ok, hari ni nak cerita pasal cara jadi ahli secara percuma...

Sebenarnya ada banyak cara untuk jadi ahli Shaklee tanpa perlu bayar apa-apa yuran keahlian ni, tapi kali ni saya nak cerita tentang 1 cara ni je.. Agak ramai jugak yang pilih cara ni, sebab memang berbaloi-baloi...

 Caranya.....

Sunday, 6 September 2015

Sabun Basuh Shaklee Yang Selamat Untuk Bayi Ekzema

Biasanya, selalu kita cerita pasal vitamin je kan.. Asal Shaklee je, mesti vitamin.. Dah sinonim dah nama Shaklee dengan vitamin, sedangkan Shaklee ada jugak produk-produk lain seperti Set Penjagaan Kulit, Set Penjagaan Rumah, Set Penjagaan Rambut dan juga Penapis Air Shaklee

Ok, kali ni jom kita cerita tentang Sabun Basuh Shaklee dan Pelembut Fabrik Shaklee, yang termasuk dalam Set Penjagaan Rumah Shaklee, selain Basic H.
 


Sabun Basuh Shaklee (Get Clean Fresh Laundry)


SHAKLEE STAR ASIA TRIP - BANGKOK

Fuhhhhh...
Fuhhhhh...
Fuhhhhh...

Lap peluh sungguh saya, bila baca offer Shaklee yang terbaru ni.. Maklumlahhhh, tersangatlaaaahhh BEST! Best giler baq hang (hahahah betul ke tak saya cakap tu ya)..

Mana tak bestnya, kalo senang sangat syarat untuk dapat pergi ke Bangkok - bercuti secara percuma dengan Shaklee? Dan sepanjang 3 tahun saya dapat join trip Shaklee ni, apa yang Shaklee bagi memang super duper best! Memang percutian 5 6 bintang!

FREE!! Percutian Mewah di Kota Kinabalu Bersama Shaklee 

Percutian 5 Star 3 Hari 2 Malam Tajaan Penuh oleh Shaklee di Sunway Resort Hotel & Spa


Yang kat Kota Kinabalu tu, trip saya masa 2013.
Yang kat Sunway Resort tu, trip saya semasa 2014.

Untuk tahun 2015 ni, kami menginap di Palace of The Golden Horses selama 3 hari 2 malam. Tau-tau la kan berapa rate hotel Palace ni, kalo nak pergi sendiri memang tak la kan. Hihihi...


Friday, 4 September 2015

Soya Yang Merbahaya Untuk Kesihatan

Ramai kawan-kawan saya yang pada mulanya takut-takut untuk mencuba ESP Shaklee. Sebabnya, ada khabar-khabar yang mengatakan soya itu tak bagus untuk kesihatan. Tak bagus dari segi begitu, tak bagus dari segi begini (panjang pulak kalau saya nak huraikan kan). Jadi, mereka pun ragu-ragu adakah ESP juga termasuk dalam khabar yang diberitakan itu..
Ok, begini..

Soya yang dimaksudkan itu mungkin adalah soya yang sebegini..

Thursday, 20 August 2015

Rahsia Kenapa Orang Eskimo Jarang Kena Penyakit Jantung

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika , yang merupakan pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia: 

Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Ya, satu kajian telah dibuat.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
 
Manakala...

Orang Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.





Sunday, 26 July 2015

Awas! Lemak Trans Beracun Dalam Juadah Raya Kita

Berhari raya memang best kan? Selain daripada dapat balik kampung, dapat jumpa sanak saudara, antara yang paling best adalah dapat makan macam-macam makanan sedap-sedap. Juadah pulak banyak dan beraneka jenis pulak tu, sampai tak muat hidang kat meja kan.. hihi.. Rendang, lemang, ketupat, tapai, nasi dagang, lontong, sate, kuah kacang dan baaaanyak lagi lah memang tak larat la kalo nak tulis semua.. Sampai esok pun belum siap entry ni kot.. hihi..

Tapi, yang tak bestnya, kebanyakan daripada kita berat memang akan naik selepas raya. Puasa turun sekilo dua, raya 5 hari naik berkilo-kilo huhuhu... tak kata orang lain, saya lah tu empunya orangnya... uwaaaa...

Ok, tu bab berat.. ada lagi yang lebih tak best.. sebab ianya melibatkan kesihatan kita..

Ya, juadah yang kita makan itu sikit ini sikit tu sebenarnya mengandungi lemak trans yang merbahaya untuk tubuh kita. Huiii takut pulak rasanya!

Biasanya, raya-raya ni kan mesti banyak kita dok pulun makan kek biskut segala.. Ya la, raya macam tak sah kalo takde biskut raya kan.. semperit, tart, sarang semut, choc chip, makmur, suji dan macam-macam lagi lah...biskut-biskut ni sendiri pun dah namanya biskut raya hihi... 


Wednesday, 1 July 2015

Promo Julai Shaklee: Vivix Shaklee Sebagai Tonik Anti-Penuaan Terhebat

Alhamdulillah...

Pejam celik pejam celik dahpun kita melepasi setengah tahun bagi tahun2015 ni. Kejap sangat kan masa berlalu..

Rasa macam baruuuu je dok ulang alik klinik ibu mengandung untuk buat checkup, baruuuu je admitted kena denggi masa 38weeks pregnant, baruuuu je bersalin, tup tup baby Asyfa Qaisa dahpun berusia 3 bulan dah.. dahpun pandai mengekek-ngekek ketawa bila diagah.. dan dia, sememangnya sangat murah dengan senyuman.. memang cair je sape-sape tengok dia.. hihi...

Kakak Ajlaa' diberi peluang pegang baby Asyfa


 Ehehe melalut pulak..

Memang kalo bab anak ni, sukaaa sangat kita nak bercerita kan.. 24 jam dok bercerita non-stop pun boleh.. begitulah hati seorang ibu.. sangat dekat, sangat riang bila berbicara tentang anak...

Ok, balik kepada apa yang Shaklee tawarkan pada bulan ni..


❤ VIVIX ❤

Saturday, 9 May 2015

Shaklee May Special: Deretan Tawaran Menarik Khas Untuk Anda

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak bersiaran.. huhuhu... mentang2lah baru beranak kecik kan.. hehehe tapi bukan salah anak kecilku itu.. dia sungguh baik, takde nak menangis berjaga malam pun...nangis bila nak susu je.. alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dalam menjaga amanah Dia..

Ok, nak cerita promo yang Shaklee offer bulan Mei ni... 
Ada banyak tau...

  • Omega & Phytocol ST Buy 6 Free 1 (bagus sangat untuk kontrol kolestrol dalam badan)


 Lagi satu yang super duper menarik pada bulan ni..

Sunday, 12 April 2015

Asyfa Qaisa....

Lama sungguh blog ini saya tinggalkan..
Sebulan lebih..

Bukan merajuk..
Bukan berjauh hati..
Cumaaa.... Entahlahh...

Takpelah..
Kita abaikan je..

Kini saya dahpun kembali..
Mewarnai kembali dunia blogging..
Yeayyy!!

Alhamdulillah, saya dahpun selamat melahirkan anakanda ke 3 saya, seorang puteri.. Alhamdulillah.. Ingat tak dalam entry dulu (Anak Lelaki Ke Anak Perempuan), sampai sudah memang tak tau jantina kan masa scan.. hehehe.. kini, persoalan itu dahpun terjawab.. anak perempuan rupanya.. geng umi & kak Ajlaa'...

Ni saya kongsikan gambar2 puteri kami, Asyfa Qaisa.. sebijik muka kak Ajlaa' masa lahir, cuma kak Ajlaa' berambut lebat, manakala Asyfa ni berambut jarang.. Alhamdulillah, kamu sihat dan sempurna, walaupun umi diuji dengan demam denggi semasa kandungan 38 minggu dan tonsilitis yang teruk semasa awal kehamilan (8 minggu)..


Day 1 of life @ HUSM Kubang Kerian
Day 7 ~ Tahnik & Akikah
Sebelum rambut dicukur
Taraaaa dah botak dahpun...
Tidur dengan abang Ammar dan kak Ajlaa'.. saya dah besar hehehe..


Sebenarnya ada banyak lagi gambar ni, tapi takleh nak upload la pulak.. blog ni dah merajuk dengan saya kot.. problem.. huhuhu.. takpela, kita jumpa in the next article..

Nak selesaikan masalah kenapa takleh nak upload ni dulu...

Bye...


*************************************************
Nak order Shaklee?

❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707

Friday, 27 February 2015

Anak Lelaki Ke Anak Perempuan?

Sejujurnya, saya terima apa sahaja yang Allah kurniakan kepada kami. 

Sebab tu, sejak dari awal kehamilan, saya takdelah dok ulang alik ke klinik untuk scan jantina anak. Jauh berbeza, jika dibandingkan dengan zaman mengandungkan Ammar dan Ajlaa' dulu. Kalo dulu, macam setiap bulan kot pegi scan... Hehehe... Mungkin disebabkan Allah dah kurniakan saya sepasang cahayamata, membuatkan saya terima apa sahaja kurniaan Dia buat kali ni..



Namun, bila masuk 37 minggu ni, tetiba rasa teringin la pulak nak tau jantina anak. Tambah-tambah, bila kawan-kawan asyik dok tanya je... Lepas tu, diorang pulak dengan macam-macam tekaan. Ada yang kata lelaki, ada yang kata perempuan...

 Ammar & Ajlaa' pulak, kalo tanya diorang nak adik lelaki ke perempuan, Ammar jawab nak lelaki, Ajlaa' pulak bagitau nak perempuan.. Biasa la kan.. Masing-masing nak geng masing-masing.. Hehhehe....

Cuba lah pulak pegi scan lagi sekali,

Thursday, 26 February 2015

8 Tips Mudah Bersalin!

Hari ni, genap 37 minggu kehamilan saya...

Masa semakin hampir.. dup dap dup dap makin terasa, walaupun ini anak ke 3.. rasa macam sama je gementarnya setiap kali nak bersalin..

Sape setuju dengan saya? heheheh...

Jadi, saya mula mencari teknik-teknik yang boleh saya amalkan, untuk memudahkan proses bersalin nanti...


Di sini, saya kongsikan bersama kawan-kawan semua...

Sama-sama kita amalkan, moga sedikit sebanyak dapat membantu mempermudahkan proses kita bersalin nanti...

Sunday, 22 February 2015

Strok Haba: Apa Yang Kita Perlu Tahu

Sama seperti tahun lepas, Februari dan Mac menyaksikan suhu di Malaysia sangat tinggi. Kepanasan yang agak luar biasa. Bahang kepanasan ni, menyebabkan ramai yang merasa resah, berpeluh dan ada yang hampir pitam, terutama sekiranya mereka yang bekerja di luar, ataupun yang kerap berurusan di luar.


Namun, walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.
Situasi itu lebih dirasai di sekitar Lembah Klang dengan catatan purata 35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering itu dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.
Keadaan ini dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun yang diramal membawa lebih banyak hujan. 
 
 
 

Apa Yang Berlaku Bila Suhu Tinggi? 

 

Monday, 16 February 2015

Bahayakah Perut Mengeras Semasa Hamil?

Perut yang asyik mengeras ketika hamil, kadangkala membuatkan kita sedikit risau. Bagaimana keadaan bayi kat dalam? Ok ke? Kenapa asyik sangat mengeras ni? Tak bahaya ke? Tu mungkin persoalan-persoalan yang timbul, dalam fikiran kita kan..


 Kenapa Kejang Perut Terjadi?


Petua Kurangkan Loya Semasa Hamil

Rata-rata ibu hamil, kerap alami loya dan muntah-muntah, terutama peringkat awal kehamilan. Orang putih kata 'morning sickness'. Hehehhe... Walaupun namanya 'morning', tapi tak semestinya morning je tau. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa, atau sepanjang masa bagi mereka yang alami alahan yang teruk.

alahan


Alhamdulillah, saya tak diduga dengan ujian ini. Sepanjang ketiga-tiga kehamilan ni, saya memang tak alami sebarang alahan, cuma setakat loya-loya biasa dan berangin. Itu pun kadang-kadang je. Dan takdelah sehingga menyebabkan saya melepek je sepanjang hari.

Kenapa Loya Boleh Berlaku?



Wednesday, 11 February 2015

Perkembangan Kehamilan Minggu ke 35

Seronok bila update tentang kehamilan ni..

Pertamanya, kita tau tentang progress diri kita sendiri, serta bayi dalam kandungan kita..
Yang kedua, dapat berkongsi dengan teman-teman di luar, yang tengah hamil sama dengan kita.. Mungkin diorang takde masa untuk mencari info tentang kehamilan kan.. At least, bila baca artikel kat sini, akan dapat tau lah sedikit sebanyak...

Hari ni, alhamdulillah, masuk minggu ke 35 kehamilan saya...


Pejam celik pejam celik kejap je kan masa berlalu.. Dalam tempoh lebih kurang sebulan je lagi, saya akan dapat  menatap bayi yang saya usung ke hulu ke hilir dalam rahim saya ni sepanjang 35 minggu yang lepas.. saya akan dapat menatap bayi yang sering menendang-nendang perut saya tak kira masa.. saya akan dapat menatap bayi yang kepalanya sering menekan pundi kencing saya, sehingga menyebabkan hampir setiap jam saya perlu ke tandas.. insya Allah..

Jom kita tengok apa perkembangan terhadap ibu dan bayi, pada minggu ke 35 ini...

Tuesday, 10 February 2015

Ajlaa' Qaisa: Selamat Hari Lahir ke 4

Alhamdulillah, semalam merupakan ulangtahun ke 4 anak kedua saya, Ajlaa' Qaisa. 
Syukur atas kurniaan terindah dari Allah ini..

Kek surprise untuk Ajlaa' petang semalam

Ketahui Permasalahan Pangkal Rahim Longgar Semasa Hamil Dan Cara Rawatannya

Sesetengah wanita, mempunyai pangkal rahim yang terbuka (cervical incompetence) walaupun tiada kontraksi. Selalunya, ini akan berlaku sekitar minggu ke 16 hingga minggu ke 24 kehamilan. Kemungkinan akan berlaku pendarahan, dan bila pemeriksaan dilakukan doktor akan mendapati pintu rahim telah pun terbuka. Ini boleh membawa kepada keguguran.

incompetence cervix


Biasanya, keguguran akan berlaku secara tiba-tiba, tanpa rasa sakit yang keterlaluan.

Wanita-wanita yang berisiko ialah:

Sunday, 8 February 2015

Gigi Reput Tulang Rapuh Bila Tak Cukup Kalsium!

Ada seorang sahabat saya, dia suka like status saya kat FB, terutamanya bila saya buat perkongsian mengenai kepentingan ataupun akibat apabila kekurangan kalsium. Padahal, dia sendiri tak makan suplemen, takut nak telan pil besar-besar katanya.. heheheh...

Saya takutkan dia, search gambar gigi reput kat Google, kemudian saya tag beliau...

Hehehe cantik tak?

Persediaan Pengurusan Rumahtangga Sebelum Bersalin

Bukan hanya keperluan berkenaan diri dan bayi yang bakal lahir yang harus kita fikirkan, namun tentang pengurusan rumahtangga selepas bersalin pun kita kena fikir jugak tau..

Tambah-tambah lagi, sekiranya kita bersalin dan berpantang di rumah sendiri, tanpa kehadiran orang tua untuk membantu, ataupun tanpa pembantu untuk membantu menyelesaikan urusan rumahtangga.. Nak-nak pulak, suami jenis yang sibuk memanjang, atau yang tak biasa bantu isteri dalam urusan rumahtangga, jadi semestinya urusan rumahtangga sedikit sebanyak akan terganggu...

Urusan barang dapur laa...
Urusan pakaian laa..
Urusan masakan laa..
Dan macam-macam lagi..

Maklumlah, kita kan ibu rumahtangga merangkap domestic engineer, semua urusan rumahtangga boleh dikatakan 90% terletak pada bahu kita...



Thursday, 5 February 2015

Petua Best Untuk Diamalkan Bila Mengalami Kejang Kaki Semasa Hamil

Kadang-kadang saya tertanya-tanya, kenapa kejang kaki biasa menyerang semasa hamil? 
Masa tak hamil, takde pulak terganggu dengan kejang kaki ni...

Kemudian saya cuba buat sedikit pembacaan..

Apa yang saya dapat simpulkan adalah begini, hasil dari pembacaan saya tu...

Penyebab Kejang Kaki Semasa Hamil


Semasa hamil, otot kaki terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah, maka ianya kadangkala boleh menjadi kejang pada malam hari. Kekurangan kalsium, potassium dan kalium dalam aliran darah juga boleh menyebabkan kekejangan, kerana pembesaran uterus akan menekan saraf sekitar yang membawa ke kaki.


 Petua Untuk Kurangkan Serangan Kejang Kaki


Wednesday, 4 February 2015

Cara Kurangkan Senggugut Dengan Berkesan

Seingat saya, masa sekolah dulu saya mengalami senggugut yang teruk. Bila kena tu, memang terguling-guling la menahan sakit. Masa tu saya dalam Form 2 kot. Serius, memang sakit sangat.

Biasanya, masa awal remaja ataupun pertengahan remaja, majoriti wanita akan mengalami kesakitan senggugut semasa haid. Namun, orang kata, bila dah kahwin senggugut itu akan hilang dengan sendiri. Saya sekarang ni pun dah takde senggugut dah, namun saya tak pasti bilakah senggugut itu hilang. Samada sebelum atau selepas berkahwin. Jadi, tak dapatlah saya buktikan bahawa apa yang orang kata tu benar ke tak. Hihihi...

Tapi kita taknaklah kesakitan senggugut yang melampau sampai menyebabkan segala kerja-kerja kita terganggu kan? Anak-anak tak dapat hadir ke sekolah, wanita yang dah bekerja terpaksa amek cuti bila diserang senggugut. Tak pasal-pasal kan. Padahal, kesakitan senggugut ni, insya Allah boleh dikawal, tanpa mengganggu aktiviti harian kita.

Taknaklah jadi macam hantu kak limah ni kan.. heheheheh...

Basikal Ke 3 Untuk Anak-anak

Ini merupakan basikal ke 3 untuk anak-anak saya...Padahal, anak baru je umur 6 tahun dan 4 tahun... Hmmm...

Sebenarnya, basikal anak-anak saya dah 2 kali dicuri.. huhuhu kesian diorang kan...

Kali pertama, kejadian berlaku waktu siang.. Masa tu saya ada je kat umah.. Cuma pintu pagar tak tutup.. saya pun ada je kat ruang tamu, dan pintu sliding rumah pun bukak je.. Tetiba tengok petang tu, basikal 2 beradik ni dah takde.. Innalillah...

Maka, tak lama selepas itu, belilah basikal lain...

Kali kedua, kejadian berlaku waktu malam... Masa tu kami balik tidur kat kampung.. Basikal park je kat tepi rumah.. Esoknya bila balik rumah, tengok basikal dah takde... hmmmm...

Rasa macam serik.. Serik nak beli basikal lagi...

Kawasan rumah saya ni boleh dikatakan hot area.. even dulu-dulu masa mula-mula masuk ke rumah ni, kami ada beli tong sampah letak kat luar pagar, pun boleh hilang tong sampah tu.. padahal tong sampah je kan.. masa tu ingat nak mudahkan lori sampah yang masuk untuk kutip sampah-sampah kat depan rumah, hmmm sekali dengan tong pun hilang...

Selalu jugak la berlaku kejadian kes pecah rumah.. Alhamdulillah, rumah saya masih lagi selamat setakat ni.. moga Allah jauhkan dari perkara-perkara sebegitu... setakat hilang tong sampah dan basikal anak, still boleh terima lagi la.. oh ya, lagi satu yang pernah hilang.. sangkar burung.. sangkar tu bukanlah sangkar kecik macam biasa sangkar burung tu, agak besar la boleh je nak letak anak ayam ke apa ke.. sangkar tu letak kat depan beranda rumah.. pun hilang jugak...

Ok, back to the story pasal basikal...

Tuesday, 3 February 2015

Tips Mengatasi Tidur Yang Sering Terganggu Semasa Hamil

Masuk trimester terakhir kehamilan ni, terutama bila kandungan dahpun mencecah 8 bulan ke atas, nikmat tidur malam sering terganggu. Bukan saya je kot, tapi mungkin dihadapi oleh ramai ibu hamil yang lain. Bukan bila bayi dah lahir je tidur malam kita terganggu, tapi dari sekarang lagi. Mungkin sebagai latihan untuk kita tak cukup tidur malam, bila bayi dah lahir nanti kan? Allah Maha Mengetahui...


Beberapa keadaan yang memungkinkan tidur kita terganggu..

Posisi tidur yang tak selesa lantaran perut yang makin membesar
Kerap terganggu dengan mimpi-mimpi aneh
Kejang kaki / simpul biawak / cramp
Pedih hulu hati
Kerap terjaga untuk buang air

5 perkara ini pun sudah cukup untuk menyebabkan tidur kita yang hanya beberapa jam itu terganggu. Dahla kuantiti tidur sikit, kualiti pun berkurang. Kesian kita kan.. hihihi.. sebab tu lah banyak pahala yang Allah kurniakan buat kita, para ibu hamil ni.. Insya Allah...

Tips Mengatasi Tidur Yang Sering Terganggu

Selamat Ulangtahun Ke 1 Abad Vitalea Multivitamin Shaklee

Special!!

Sungguh special bulan ni kerana bulan ni merupakan bulan promosi bagi multivitamin yang tertua di dunia iaitu VITALEA SHAKLEE. Ya, Vitalea Shaklee merupakan  multivitamin yang pertama dicipta didunia iaitu pada tahun 1915. Maka, pada tahun ini, tahun 2015 maka genaplah ulangtahun ke 100, usia multivitamin terbaik di dunia ini.

Vitalea yang mula-mula dicipta pada tahun 1915

 Vitalea yang mula-mula dicipta pada tahun 2015 dahulu adalah dalam bentuk cecair. Ianya menggunakan nama Vitalized Minerals, yang kemudiannya dipendekkan menjadi V-I-T-A-M-I-N. Maka, terciptalah perkataan vitamin yang kita sebut sehingga ke hari ini. Asal usul perkataan vitamin ini adalah dari perkataan Vitalized Minerals, iaitu nama asal bagi Vitalea. Bangga tak? Hehehehe.. belajar sejarah pulak ari ni..

Sunday, 1 February 2015

Lawatan Pertama Ke HQ Shaklee Yang Baru Memang Best!

Lama dah teringin nak jejakkan kaki ke HQ Shaklee yang baru.. Asyik tengok gambar je kan.. Jeles betul.. Tapi nak buat cmane, hajat ingin memeluk gunung apakan daya tangan tak sampai.. heheheh.. saya dok KB, so ke branch Shaklee KB je la jawabnya kalo nak restock barang kan...

Kebetulan hujung minggu lepas, suami ada urusan di Kuala Lumpur.. jadi sebagai isteri solehah, haruslah saya mengikut suami kan.. heheheeh... saya pun banyak urusan tertangguh kat KL.. nak makan ABC kat Seksyen 2 Shah Alam, nak borong buah banyak2 kat Chow Kit, nak makan sate kajang hj samuri, nak tu nak ni... mostly, pasal makan hahahaha.... satu je yang bukan  pasal makan > melawat HQ Shaklee...

Best sangat!!

Anak-anak pun suka,sebab ada tempat untuk diorang bermain.. Lepas bagi main sejam pun, still tak puas tak nak balik jugak..hohoho...

Jom kita layan gambar-gambar HQ Shaklee yang baru...


Promo Februari Shaklee: Multivitamin dan Set Kesihatan Sendi

Bulan Februari tiba lagi..

Bulan ni, Shaklee offer 4 produk promo, dengan 3 jenis promo yang berbeza..

Beli 6 Percuma 1


❤ Ostematrix
❤ Vitalea

Beli 2  Diskaun 5%


❤ Ostematrix
❤ Vitalea

Beli 3 Percuma 1


❤ Advanced Joint Health Tablet
❤ Vitalea for Kids


Monday, 26 January 2015

Vivix Shaklee Hitamkan Rambut Yang Beruban!

Ok, Vivix Shaklee bukan bahan pewarna ya..

Bukan macam pergi kat kedai, pastu cakap dekat amoi tu..

"Amoi aaaa, saya mahu hitamkan rambut saya.. Lu bikin cantik-cantik ok..."

Ok, bukan macam tu... heheheh...

Tapi Vivix Shaklee ni, mampu untuk hitamkan rambut yang dah beruban secara semulajadi, insya Allah...

Kerana apa?
Kerana ada 1 bahan yang terkandung dalam VIVIX ni yang SANGAT SPECIAL!

Bahan Rahsia VIVIX >> Polygonum Cuspidatum


akar polygonum cuspidatum
Polygonum Cuspidatum

Friday, 23 January 2015

Risiko Pecah Ketuban Sebelum Masanya

Bayi didalam kandungan dikelilingi air ketuban, di dalam lapisan amnion yang nipis tetapi kuat. Lapisan ini akan melindungi bayi dari sebarang gegaran, hentakan dari luar dan juga sebagai medium perkumuhan. Apabila tiba masa untuk bersalin, lapisan ini akan pecah dan air ketuban akan mengalir keluar. Ini dinamakan SROM (Spontaneous Rupture Of Membrane)

Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, lapisan amnion ini pecah dengan sendiri dan mengalirkan air ketuban sebelum masanya (sebelum tiba waktu bersalin). Kita mungkin terasa ada air yang mengalir ke kaki, ataupun  terdapat tompokan air di tempat tidur.Warna air ketuban biasanya jernih dan tidak berbau, beza dengan air kencing.

risiko pecah ketuban


Risiko Pecah Ketuban Awal

Ketahui Sebab Bengkak Dan Kebas Semasa Mengandung

Biasanya berlaku bila kandungan dah memasuki trimester ke 3.

Kita mula menyedari bengkak pada kaki dan tangan ini apabila tetiba sandal / selipar yang biasa kita pakai mulai menjadi ketat. Ataupun, cincin yang biasa berada pada jari kita, juga tiba-tiba menjadi sangat ketat.



Bagaimana Ini Boleh Berlaku?

Wednesday, 21 January 2015

Perkembangan Kehamilan Minggu Ke 32

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dahpun masuk minggu ke 32. Sekejap je kan. Insya Allah, dalam masa 8 minggu sahaja lagi, bayi yang dikandung ini akan lahir menjengah ke dunia. Perasaan bercampur aduk. Gembira risau semua ada. Berdebar-debar memang takleh nak elak, walaupun ini merupakan anak ke 3 kami. Namun, perasaan tetap sama seperti ingin menimang anak sulung...

Perkembangan Kehamilan Minggu ke 32 Buat Ibu

 


Kawal Berat Badan Dari Naik Mencanak-canak Semasa Hamil

Bila mengandung ni, banyak yang kita kena ambil berat. Semuanya takleh nak main belasah je macam zaman tak mengandung. Makan kena jaga, berat kena jaga, hemoglobin darah kena cantik, gula dalam darah takleh tinggi, tekanan darah pun kena normal, urin kena ok dan berjela-jela lagi yang kena jaga semasa hamil. 

Tu baru bab kesihatan luaran. Bab kesihatan dalaman pun lagi la kena titikberat. Amalan rohani, tuturkata tingkahlaku tu semua kena jaga. Bukan nak kata masa hamil je kena jaga, masa lain tak payah (kang ada pulak yang silap paham statement aku ni hehehehe), tapt masa hamil ni la yang betul-betul kena jaga kan...

Ok, kali ni kita cerita pasal berat yang naik mencanak-canak ni.. Bila naik sangat, memang misi bising kan? Tak naik pun tak boleh jugak, bising jugak.. heheh.. takpelah, tu keje misi.. biar je diorang buat keje diorang.. kita redha je lah... hehehe..

Apa yang kita nak, berat kita naik cantik je semasa hamil. Tak nak la naik banyak sangat kan. Nanti nak turunkan lepas bersalin nanti susah..

kawal berat badan semasa mengandung


Jumlah kenaikan berat sepatutnya sekitar 11-16kg sahaja, sepanjang tempoh kehamilan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah kat bawah.


Tuesday, 20 January 2015

Cairkan Kahak Dan Redakan Batuk Dengan OmegaGuard Shaklee

Kadang-kadang saya ditanya apa suplemen favourite saya sebagai pengedar sah Shaklee.. Jawapan saya pastilah Ostematrix.. Tapi kalo ditanya apa suplemen ke 2 yang jadi pilihan? Pasti saya akan jawab OmegaGuard..

Kisah saya dengan OmegaGuard bermula dengan anak saya Ajlaa' Qaisa.. Dialah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan kebaikan yang ada pada OmegaGuard..

Ajlaa' masa bayi, sering keluar masuk wad.. 3x pernah diwadkan kerana serangan asthma / bronchiolitis.. sedih pilu hati, bila tengok anak asyik kena neb, asyik kena cucuk amek darah dan macam-macam lagi.. tidur malam tak boleh, batuk berkahak, nafas tak lepas.. huhu sedih sangat saya rasa.. dia baru je berusia 8 bulan masa tu.. sangat tak berdaya lagi masa tu...

asthma
Bronchiolitis

Kelas Hafazan Untuk Anakanda Ammar Qayyum

Alhamdulillah, tahun 2015 ni Ammar dah masuk 6 tahun. Rasa macam baruuuuu je lagi mengandungkan dia, bersalinkan dia, susukan dia, trauma tak tidur malam bila dia asyik menangis sampai subuh masa dalam pantang dan banyak lagi kenangan lain.. Setiap anak, punya pengalaman yang berbeza-beza kan?

Ni nak jadi anak teruna dah pun.. Kejap betul masa berlalu...



Ammar tahun ni, kat sekolah beliau, beliau layak masuk ke kelas untuk menghafaz Al-Quran. Gembira sangat hati saya bila dapat tau. Ye la, rasanya impian setiap ibu bapa kan nak tengok anak-anak berdamping dengan al-Quran, mempelajari ayat-ayat Qurang, mengamalkan ajaran al-Quran insya Allah..

Saja saya tulis entry ni, untuk ingatan sampai bila-bila. Bila Ammar dah besar nanti, dia pun boleh baca blog saya. Moga dapat memberi dia kekuatan untuk jadi anak soleh, yang patuh dan menjadi pejuang agama kita bila dia besar nanti, insya Allah.

Surah Hafazan Untuk Ammar


Sejak akhir tahun lepas, masa mula-mula tau Ammar layak masuk kelas hafazan ni, pihak sekolah dah bagi senarai siap-siap surah apa yang Ammar kena hafal. 


Terdapat 24 surah yang Ammar kena hafaz (17 surah + 7 surah)... Hohoho agak mencabar jugak ni.. Saya memang rasa tercabar, sebab saya pun tak hafaz.. huhuhu..

Jadi, doakan saya untuk saya pun dapat turut hafaz surah-surah ni.. 

Selain tu, rasanya Ammar pun perlu saya latih di rumah kan, takleh nak serah sepenuhnya kat pihak sekolah.. lagipun tugas untuk didik anak tu, tugas kita sebagai ibu bapa sebenarnya.. bukan semata-mata outsource kat orang lain...

Doakan saya berjaya ya... amiiiiinnnnnnn....

************************************************

Nak order Shaklee?

❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707


Monday, 19 January 2015

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya

Masa saya mula-mula bersalinkan Ammar 6 tahun dulu, masa tu trend untuk breastfeeding masih belum meluas di kalangan masyarakat kita. Sebaliknya, amalan menyusukan anak dengan susu formula memang menjadi warisan turun temurun, termasuklah di kalangan surirumah sepenuh masa.

Saya sendiri pun tak pasti macamana saya buat keputusan untuk susukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Mungkin hasil dari pembacaan kot. Maklumlah, sebagai ibu muda, kita terdedah dengan pelbagai ilmu yang boleh didapati hanya melalui hujung jari kan. Maka, saya memang buat keputusan untuk susukan anak sepenuhnya, tanpa langsung fikir untuk topup dengan susu formula.

Kalo masih ragu-ragu untuk menyusukan anak sepenuhnya, jom baca artikel ni dahulu..

3 Sebab Kenapa Mesti Susu Ibu

Lepas baca ni, mesti teruja dan bersemangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya kan?


Tips Untuk Susukan Anak Sepenuhnya Dengan Susu Ibu


Resepi Nasi Ayam Yang Sungguh Simple Tapi Sedap!

Hahahahah bukan nak puji masakan sendiri...

Tapi memang encik suami cakap sedap... itu yang paling penting kan?

So, perkara yang baik ni, eloklah jika kita kongsi.. tak gitu? Eheheheheh....



Let's check it out!

Makanan TAK SELAMAT Semasa Hamil

Tak semua makanan boleh diambil semasa hamil. Ada makanan yang boleh dimakan semasa biasa, namun tak selamat untuk dimakan semasa hamil. Ada yang selamat diambil jika dalam kuantiti yang sedikit, namun berbahaya sekiranya diambil secara berlebihan.

Jom kita cek...

Makanan Tak Selamat Untuk Ibu Hamil




Sunday, 18 January 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Banjir Di Manik Urai Baru, Kuala Krai Kelantan

Alhamdulillah, baru berkesempatan jenguk blog arini...

2 hari yang lepas, saya begitu sibuk. Tak sempat nak menulis di blog kesayangan saya ni..

Jumaat (16 Jan 2015), saya berkesempatan untuk ke Manik Urai Baru, Kuala Krai, mengikuti misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir oleh pihak Ukhwah Harmoni Travel & Tours, yang datang jauh dari Melaka.

Keluarga dan sanak saudara saya sebenarnya ramai di sini, di Manik Urai ni. Namun, disebabkan beberapa kekangan, baru kali ini saya berpeluang untuk menziarah mereka di sana. Tambahan pula, kebanyakan dari mereka memang takde kat rumah, mereka naik ke KL rumah anak-anak mereka lepas je masa banjir aritu.

Ya, lah. Nak terus duduk kat situ memang tak selesa la kan. Dengan air takde letrik takde macamana nak bersihkan rumah semua. So, diorang amek keputusan untuk tinggalkan rumah buat seketika. Bila keadaan dah agak ok macam sekarang, baru diorang balik.

Saya kongsikan keadaan rumah makcik saya dan seorang sepupu saya...