Watercolor Homemade: Mudah Je Sebenarnya...

  • Wednesday, October 15, 2014
  • By efie muhamad
  • 2 Comments

Semalam, balik sekolah anak-anak mintak watercolor.. nak mengecat katanya.. diorang berdua ni memang macam tu, ada je benda yang nak dibuat, tak boleh duduk diam agaknya.. tapi saya suka sebenarnya, daripada diorang dok mengadap TV ke gajet ke jauh lebih baik diorang bereksperimen kat rumah.. Sepahkan rumah pun takpela, nanti kita suruh diorang kemas balik... heheheh....

Malas nak keluar beli kat kedai, saya decide untuk cuba buat sendiri.. biasala, menggugel la cari resepinya.. hehe..

Terus decide untuk cuba resepi ni.. bahan-bahan pun senang je, benda-benda yang biasa ada kat dapur je..

Jom saya share..


Watercolor Homemade


Cuka makan
Soda bikarbonat
Tepung jagung
Pewarna makanan

Mula-mula, campurkan cuka makan dengan soda bikarbonat.. nanti nampakla hasil campuran tu berbuih dan bunyi berdesis.. jangan takut pulak ye.. walaupun ala-ala buat eksperimen sains kat makmal, tapi tak meletupnya insya Allah.. hehehe..

Kemudian masukkan tepung jagung tu dan kacau sampai sebati (semalam saya just campur macam tu je, lepas tu pagi ni baru saya terfikir patutnya kena panaskan kacau atas api, baru campuran tu pekat sikit, tak cair.. takpe next time buat kita panaskan pulak).. 

Bila dh campur semua bahan tu, then kita asingkan siap2 campuran tu ke dalam bekas kecik-kecik dan bubuh kaler yang kita nak..

Dahpun siap untuk digunakan..

Senang kan?

Selamat mencuba ya ;-)

Happy Kids At Home
Oh ya, saya ni merupakan Pengedar Sah Shaklee.. Kalo perlukan apa-apa suplemen untuk tingkatkan nilai kesihatan diri, boleh lah roger ya ;-)

Efie Muhamad
019-9890707

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah wah wah.. kusyuknya 2 beradik tu mengaler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang bila ada keje nak dibuat memang khusyuk.. bila takde keje nak buat barula bermasalah.. so kena bagi keje banyak2...heheh

      Delete