Perlukah Episiotomi Semasa Proses Melahirkan?

  • Tuesday, September 23, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Apa itu episiotomi sebenarnya?


Mungkin ramai lagi bakal-bakal ibu, terutamanya yang sedang hamil buat kali pertama yang tertanya-tanya tentang apa yang dimaksudkan dengan episiotomi..

Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia lebih mengenali episiotomi sebagai 'gunting di bawah'. Kedengaran amat menakutkan, bukan? Maka tak hairanlah ada ibu-ibu yang lebih takutkan episiotomi daripada proses melahirkan itu sendiri.




Episiotomi sebenarnya adalah satu cara untuk memudahkan ibu bersalin dan bayi dapat keluar dengan kecederaan minima. Ia dilakukan ketika kepala bayi sedang 'crowning' iaitu ketika diameter terbesar kepala bayi berada di kawasan perineum. Perineum adalah kawasan di antara lubang faraj dan lubang dubur. Pada waktu ini, kawasan perineum sedang di'stretch' pada kadar maksimum dan akan koyak pada bila-bila masa. Pada masa inilah episiotomi dilakukan.

Sekiranya episiotomi tidak dilakukan, regangan pada bahagian ini boleh menyebabkan koyakan dan luka berlaku tanpa kawalan. Ini dinamakan perineal tear. Dan jika luka ini lelibatkan salur darah, maka ia akan menyebabkan pendarahan yang banyak. Sekiranya koyakan ini tidak dikawal, ia akan menyebabkan luka yang besar dari faraj ke dubur. Maka di sinilah terletaknya fungsi episiotomi, iaitu untuk mengawal luka agar lebih kecil dan terkawal.

Bagaimana Episiotomi Dilakukan?


Sewaktu episiotomi, torehan dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Ini akan memberi ruang yang lebih kepada kepala bayi untuk keluar.


Episiotomi merupakan torehan yang bersih dan lurus, dibandimg dengan koyakan yang mungkin dalam pelbagai arah dan sukar dijahit. Selalunya episiotomi dilakukan ke arah mediolateral iaitu ke arah kanan. Ada juga doktor yang melakukan arah median atau di tengah-tengah.

Berita Gembira....

Walaupun episiotomi ini penting, namun ianya bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan. Selalunya ia dilakukan pada kandungan pertama dan kedua. Ia juga banyak bergantung kepada penilaian mereka yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran. Ada kalanya, sekiranya kawasan perineum itu kelihatan longgar atau 'stretchable' maka episiotomi mungkin tidak perlu dilakukan.


  • Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan di sekitar luka menjadi 'rasa kebas' dan ini mengurangkan sakit serta bengkak.
  • Rendamkan punggung ke dalam besen yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi membasuh kekotoran di sekitar luka.
  • Jika berpeluang bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah kering. Pastikan kipas dibuka untuk peredaran udara yang baik.
  • Jangan terlalu lama duduk atau berdiri. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak apabila seorang wanita tidak cukup rehat atau berbaring terlalu lama. Cuba sesekali bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan.
  • Jika luka kelihatan berair atau mengeluarkan air yang jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih ke tempat luka. Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain kasa. Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau darah, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  • Jika rasa sakit dan tidak selesa atau mungkin rasa demam, bolehlah terus telan ubat Paracetamol 500mg setiap 6 jam. Jika tidak alami sakit, ubat perlu dielakkan terutama jika menyusukan anak.
  • Luka episiotomi dijangka akan sembuh antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak perlu ditanggalkan  oleh doktor kerana ia akan tanggal dengan sendiri. Jika luka masih tidak sembuh selepas sebulan, atau mengeluarkan nanah, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

 

Suplemen Shaklee Untuk Membantu Penyembuhan Luka Episiotomi


Set berpantang Shaklee, dah cukup untuk membantu, tak perlu dah nak tambah dengan yang lain. Terutamanya zink, sangat membantu untuk mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi.


Perkongsian superb daripada pengamal Set Bersalin Shaklee...



Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?

Boleh dapatkan Set Bersalin Shaklee ini di sini...

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=786e9ac2a91abc685e169b38d7e19df4

Atau boleh hubungi saya di sini..


You Might Also Like

0 comments