Monday, 23 June 2014

DIY : Resipi Mudah Buat Sosej Sedap & Bebas Pengawet


daging ayam

Entry kali ni, saya share resepi. Actually resepi ni saya amek dari blog adik beradik Shaklee saya, Anida Ae (mom-station.com). Sebab utama saya masukkan resepi ni dalam blog sendiri supaya senang nak refer nanti2.. Anak saya Ajlaa' Qaisa tu suka sangat makan sosej, tapi saya jarang sangat beli sebab tau tak bagus kan makan makanan terproses ni selalu... So bila dah ada resepi sosej secara homemade ni, memang kena buatlah untuk anakanda tercinta..


Dah lama duk kumpul resipi home made sausage, homemade nugget, homemade fishcake, homemade keropok lekor dan macam-macam lagi. Pendek kata semua nak homemade (kalau boleh). Kesedaran tentang banyaknya bahan pengawet dan perasa dalam makanan segera yang sedap tu menyebabkan saya rasa perlunya kebolehan untuk buat sendiri kat rumah. Lagi pulak sejak Nuha tengok video mat saleh yang tunjuk nugget ayam di buat daripada campuran perut dan usus ayam sekali. Yakkkks.
Senang je nak buat sosej ni. Saya pun dah lupa resipi dapat dari blog mana. Memang hobi kumpul-kumpul resipi :p

 DIY : Sosej Ayam Sedap :-)

Ni bahan-bahan nak buat sosej :

  • Daging ayam bahagian dada / mana2 bahagian tanpa tulang
  • bawang besar
  • bawang putih
  • lada hitam (optional)
  • serbuk lada putih (optional)
  • cheese (optional)
  • serbuk oregano / thyme / rosemary (optional) – saya tak letak
  • carrot 1 batang – disagat halus
  • tepung ubi 1 sudu (saya guna tepung gandum je).
  • garam secubit
  • plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit / daun pisang – saya guna plastik aiskrim :-)

Cara- caranya :

  • kisar daging ayam ( basuhlah siap2 ya) bersama bawang, bawang putih,  lada hitam dan carrot. (guna food processor mudah, tapi saya guna blender sebab takde food processor)
  • tambahkan garam,  serbuk lada putih dan tepung. Gaul sebati.
  • bentukkan bulat dan leperkan. isi cheese di atasnya.
  • Gulung menggunakan plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit/ daun pisang. Ikat kedua2 hujung dengan benang / getah. – dalam kes saya sebab guna plastik aiskrim so masukkan sikit2 adunan sampai separuh plastik, padat2kan dan ikat.
  • Jika bungkus menggunakan aluminum foil / daun boleh terus rebus atau kukus. Jika guna plastik wrap bekukan dahulu semalaman untuk dapatkan bentuk sosej tu. Bila dah beku, buka plastik tadi baru rebus / kukus. * Jangan rebus dengan plastik untuk mengelakkan bahan kimia pada plastik tu memudaratkan kita pulak.
  • Dah siap rebus / kukus boleh simpan dalam freezer. Bila2 nak makan bolehlah goreng atau bakar.
Memang senang & sedap. Tanpa pengawet yang memudaratkan. Kalau tak nak letak cheese pun boleh, gulung je terus.
Saya tadi tak sabar nak tunggu semalaman, baru beku ala2 saya dah ambil 2 ketul dan rebus. Memang sedap. Rasa sosej black pepper dengan cheese leleh kat tengah-tengah. Fuhh!!
Selamat mencuba. 
Ewahh.

Tq nida... Mesti akak cuba ni!! Tak sabar... ;-)

iR Efie Muhamad 
ID Shaklee: 869620

019-9890707

8 comments:

  1. Bagus resepi ni..anak saya pun suka makan sosej..dh tahu resepi ni bleh la buat sendiri..

    ReplyDelete
  2. Tenkiu! Mmg nak beralih dari yg segera ke homemade ;)

    ReplyDelete
  3. Thank you.. semalam dah try buat... arini nak tengok dia suka tak makan hehe

    ReplyDelete
  4. Daa 2 kali buat tp ttp jd mcm lembik masa rebusss...mcm mne erk

    ReplyDelete