Wednesday, 23 April 2014

Tips Lahirkan Anak Cerdik & Comel

Setiap ibu bapa pasti nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Maka tak hairanlah ramai ibu bapa yang berusaha sedaya upaya dalam memastikan hanya yang terbaik tersedia untuk anak-anaknya, seawal bayi tersebut masih lagi dalam kandungan si ibu. Impian mereka, biarlah anak yang dilahirkan nanti sihat, cukup sifat dan dapat membesar dengan sempurna.

Ada beberapa tips yang biasanya sering diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil, dalam berusaha untuk memastikan anak yang dilahirkan itu sempurna. Nak tau???

Jom kita cek....

Khatamkan Al-Quran Ketika Hamil

Setiap hari mengaji dari awal hamil sampai bersalin. Amalkan macam kita mengaji di bulan Ramadhan. Istiqomah membaca setiap hari walaupun gagap atau lambat. Sambil tu baca juga terjemahan quran,agar kita faham  apa yang kita baca. Sebelum mengaji tekad dalam hati moga anak yang dikandung ini akan dapat mengahfal quran suatu hari nanti. 


Amalkan Juga Surah-surah Pilihan

Tau kan surah-surah yang disarankan untuk kita amalkan semasa hamil. Boleh tengok di sini, saya pernah tulis dulu. Tapi jangan dok baca surah-surah ni je, kena khatamkan jugak Al-Quran macam saya tulis kat atas tadi.
• Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
• Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
• Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
• Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
• Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu dan sebagainya.
 
 
 Sentiasa berdoa


Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

 
Makan Makanan Yang Baik

Apa yang kita makan, itulah yang sampai kepada anak dalam kandungan kita. Maka, makanlah makanan yang berkhasiat, yang dapat membantu perkembangan fizikalnya, merangsang pembentukan otak dan mindanya. Janganlah dok makan jajan, fastfood, air bergas je masa hamil ni.

Suplemen juga perlu, sebab apa yang kita dapat dari pemakanan seharian kita memang tak mencukupi dari segi nutrisinya. Kenyang memangla kenyang, tapi berapa jumlah asid folik yang kita dapat, berapa jumlah kalsium yang masuk ke tubuh kita tu kita tak tau kan? Jadi, kenalah tambahkan melalui suplemen. Tak cukup nutrisi ni bukan setakat membahayakan bayi dalam kandungan, tapi juga boleh memudaratkan kita.


Cadangan Suplemen Shaklee Semasa Hamil












Jaga Tingkahlaku

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, termasuk juga si ayah, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.
 
Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan.
 
 Amalan ini juga harus diteruskan walaupun kita sudahpun melahirkan. Janganlah bila dah tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf , surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut terkena pada anak. Tak betul la macam tu.

Sepatutnya, bila anak dah lahir, lagi la perlu untuk kita jaga peribadi kita sebagai ibu bapa. Anak-anak ni otaknya seperti span, serap je semua benda yang dia nampak, yang dia tengok, yang dia dengar. Jadi, nak ke anak kita membesar dengan  peribadi yang tak elok, yang semuanya diwarisi dari kita. Tak nak kan? Jadi, sama-samalah kita jaga akhlak kita setiap masa, insya Allah.

Semoga zuriat kita ini bukan sahaja cerdik dan comel sebagai penyejuk mata, namun juga membesar hebat sebagai pejuang dan pembela agama Allah, insya Allah.

Nak order vitamin Shaklee semasa hamil?

Boleh call saya sekarang..   
iR Efie Muhamad 
ID Shaklee: 869620
019-9890707

1 comment: