Thursday, 17 April 2014

Part 1: Kenapa Grup Shaklee Saya Namanya CHEESE

Wahhhhhh ini RAHSIA BESAR saya ni...
Rahsia bagaimana CHEESE boleh bermula dalam kehidupan saya... Rahsia bagaimana Cheese mula menjadi nadi kekuatan saya... Rahsia besar yang bakal didedahkan dalam julung-julung entry saya ni...

Cheese bukan sebarang Cheese... Bukan Cheesecake, bukan Cheesekut, bukan Cheesechocolate.. Dan yang paling pasti bukan cis bedebah!! Ahahahha....Dan rasanya ramai yang tertanya-tanya, terutama anak-anak Shaklee saya sendiri (team Shaklee di bawah saya), mengapa Cheese yang menjadi pilihan.. Mengapa bukan Chocolate ke Aiskrim ke Laici ke... hahahah....

Sedapppnya Cheesecake ni... Gebu sungguhhh... nyum nyum nyum.....

Ok, sebenarnya nak pilih nama grup ni bukan senang tau.. Tambah-tambah lagi bagi orang yang tak berapa nak kreatif seperti saya ni... Punya laaaa lama masa diambil untuk semata-mata fikir nama grup...

 Sehinggalahhhhhhhhh...............



Ya, sehinggalah saya baca buku ni, dan saya cukup terinspirasi dengannya...

 
Who Moved My Cheese?

It's all about CHANGES!

"CHEESE" di sini bermaksud apa sahaja tujuan manusia. Boleh jadi duit, kekayaan, kerjaya atau apa sahaja tujuan  seorang manusia. Kerana semua itu sentiasa berubah. Ianya tak statik. Mungkin pada satu masa kita kaya, ada duit yang banyak tapi tanpa sedar seiring dengan masa berlalu ianya akan semakin susut. Bagaimana cara kita nak uruskan masalah tersebut. Takkan nak tengok je kan?

 Ataupun  kita sudah selesa dengan kerjaya kita, dah berjawatan besar tapi tak mustahil andai suatu hari nanti kita tiba-tiba dipecat kerana adanya perubahan dalam syarikat. Takkan kita nak berpeluk tubuh je kan? Masih berharap dan kekal dengan cara yang sama. Mustahil la kan....

Jadi, perubahan memang akan sentiasa berlaku. Perubahan adalah di luar kawalan kita. Jadi, untuk seiring dengan perubahan itu, maka kita juga harus berubah. 


"CHEESE" yang dicari ada dalam "maze"..
 Tau maze kan... Berliku-liku.. Ada lorong yang menuju ke jalan mati.. Ada lorong yang menuju tepat ke arah Cheese.. Jadi, inilah cabaran untuk kita bertemu dengan Cheese kita.. Kena lalui pelbagai halangan dalam maze tu, sebelum kita jumpa Cheese kita.. Kalo jumpa jalan mati, kena pusing balik.. Cari jalan lain... Berapa lama masa yang diambil, berapa tenaga yang kita korbankan memang kita kena buat jugak... Kalo tak baki Cheese yang kita ada akan habis.. Dan kita akan kelaparan...



Jadi, itulah yang ingin saya terapkan dalam diri saya sendiri, dan juga team Shaklee saya, bahawa kita kena berubah. Nak tak nak, kita kena paksa diri kita untuk berubah. keluar dari zon selesa kita. Kerana di luar sanalah terletak Cheese kita. Paksa diri untuk berubah.

Dalam buku ini, ada 4 watak utama. 

Sniff ➨ yang dapat menghidu perubahan awal
Scurry ➨ yang pantas bertindak
Hem ➨ yang menafikan dan menolak perubahan kerana takut perubahan menjadikan keadaan lebih buruk
Haw ➨ yang belajar menyesuaikan diri apabila melihat perubahan dapat menjadikan keadaan lebih baik

Yang mana satu adalah kita??

Jadi, pilihan di tangan kita.. Nak tungguuuuuu je atau nak buat perubahan? Jika nak berubah, nak Cheese yang baru, yang lebih sedap, yang lebih besar mari sertai Cheese Team kami, dan sama-sama kita membuat perubahan yang besar dalam hidup kita.

Jangan takut untuk melepaskan keju lama...

Ingin bersama-sama saya dalam Cheese???

Boleh call saya sekarang!!
iR Efie Muhamad 
ID Shaklee: 869620
019-9890707

No comments:

Post a Comment