Mengapa Anda RUGI Jika Tak Menjadi Ahli Shaklee Bersama iReach?

  • Thursday, April 10, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Alhamdulillah, Jom Hebat Pantai Timur dah berlangsung dengan jayanya pada 5 April yang lepas walaupun tidak berpeluang untuk menyertai Jom Hebat Mega (Jom Hebat untuk kesemua susur galur di bawah Master Lyna Noh yang telahpun berlangsung pada 15 Mac 2014) disebabkan kami anak beranak demam betul-betul sehari sebelum Jom Hebat Mega berlangsung. Tiket Jom Hebat dah dibeli awal-awal lagi, tiket perjalanan pergi dan pulang pun dah dibeli, tapi apa daya bila Allah tak mengizinkan tetap jugak tidak berpeluang kan?

Apapun, ini tidak langsung membantutkan semangat kami warga iReach bahagian pantai timur untuk menganjurkan program yang serupa di negeri kami. Alhamdulillah, ianya telahpun menjadi kenyataan.

Jom  Hebat Pantai Timur telah diadakan di Dewan Seminar Ukhwah Harmony Travel & Tours Agency di Jalan Pasir Hor, Kubang Kerian, Kelantan.


Jom Hebat Pantai Timur ini bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Sehari program ini dibahagikan kepada 4 slot yang dikendalikan oleh para speaker yang hebat. Selepas sessi pendaftaran, para peserta dijemput untuk minum pagi terlebih dahulu. Caj dulu, bagi tenaga masuk sebelum serap ilmu banyak2 kan.. Hehehehe....

Slot 1 dimulakan dengan intro mengenai kerjaya Doktor vs SID oleh Dr Nurul Nurasikin Othman. Secara asasnya, Doktor Syikin menerangkan mengenai latarbelangkang perbezaaan kerjaya sebagai doktor dan dalam masa yang sama juga merupakan Shaklee Independent Distributor. Juga, sedikit sebanyak perbezaan antara ubat-ubatan dan suplemen.

Dr Syikin

Slot ke 2 pula oleh Master Lyna Noh. Penuh dengan aura seorang master, beliau membangkitkan semangat kami meluap-luap untuk turut sama bergelar master sebagaimana beliau. Cabaran dan dugaan memang dihadapi oleh semua orang, bezanya adalah cara kita mengubah cabaran itu kepada peluang. Bestttt sangat!!!

Slot ke 3 pula oleh Master Zainul Anuar, yang menerangkan tentang iReach (iReach baru dilancarkan pada 15 Mac 2014 bagi menggantikan Lady & Boss). Apa itu iReach??? Haaaaaa, inilah rahsia dan keistimewaan bagi mereka yang bersusurgalurkan Master Lyna dan Zainul ni. Kami semua berpeluang untuk akses ke webportal khusus sebagai pusat sehenti yang menyediakan segala maklumat mengenai teknik pemasaran, kepimpinan, blogging dan macam-macam lagi. Eksklusif untuk kami sahaja tau! Best betul kan?? Alhamdulillah, kami semua berada dalam grup yang betul, tepat dan hebat ni.. Segalanya disediakan tinggal kami je untuk memanfaatkan dan mengorak langkah untuk berjaya seperti mereka.

Pasangan suami isteri yang hebat, Master Lyna & Zainul
Slot ke 4 merupakan slot kemuncak bagi program Jom Hebat Pantai Timur ni. Maklumlaaa, jemput selebriti kan? Bukan senang tau... hihihi....

Nak tau sape, nah ni dia orangnya...

Saudara Amin Idris sedang melaksanakan modulnya

Besttt sangat dapat jemput Amin Idris. Penuh dengan kata-kata motivasi dan semangat buat kami. Beliau turut berkongsi pengalaman bagaimana beliau membuat KEPUTUSAN untuk bermula dalam bidang motivasi ini, dan bukan bergelar sebagai seorang peguam sesuai dengan kelayakan beliau yang berkelulusan undang-undang. Juga, beliau turut berkongsi tentang bagaimana beliau memasang impian yang BESAR yang harus dicapai sebelum usia beliau 45 tahun.

DREAM BIG!!! 
Selagi orang tak katakan kita GILA, 
maka impian itu BELUM CUKUP BESAR!!

Slot beliau diakhiri dengan kejutan kek harijadi dari pihak Jom Hebat Pantai Timur (beliau menyambut ulangtahun ke 33 sehari sebelum JHPT). Memang terkejut & terharu lah beliau. Heheheh...

Sengihhhh dapat kek...eheheh...

Pengiring semasa memotong kek...ehehehe



Inilah rupanya kek itttewww.....
Dah dapat kek, dapat hadiah lagi.. Best jadi Amin nih...




Besttt!!! Grup Shaklee kami memang awesome, sebab selalu buat program2 sebegini. Bulan  6 ni, Jom Hebat Selatan pulak. jom kita gegar kat sana pulak. Gegar bukan sebarang gegar tau, gegar menuntut ilmu.. Alhmadulillah..

Jom kita tengok lagi gambar-gambar yang sempat diambil semasa JHPT.

Aktiviti anak-anak

Ibu-ibu BF.. BF tak menghalang join program tau...

Meja diubahsuai jadi gelongsor.. Punyala seronok diorg main..

Bergambar kenangan sebelum pulang..

Anda ingin menjadi sebahagian dari ahli kumpulan kami??
Menjadi ahli iReach??

Jom call saya sekarang!!

Efie
019-9890707


You Might Also Like

0 comments