Checklist Keperluan Untuk Mengerjakan Umrah

  • Saturday, April 12, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Waktu-waktu begini, bermula dari Februari sehinggalah bulan Ogos ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah (bulan puasa ni lagi laaa ramai kan, insan terpilih yang dijemput Allah ke rumahNya). Alhamdulillah... Semoga kami sekeluarga pun akan segera dijemputNya.

Jadi, kali ni untuk memudahkan mereka yang ingin mengerjakan umrah maka entry kali ni kita cerita tentang keperluan asas apa yang perlu dibawa untuk mengerjakan umrah.

 

Dokumen Yang Diperlukan


  • 4 keping gambar berukuran passport
  • 4 keping gambar berukuran visa
  • Passport antarabangsa yang sah tempoh laku tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan dan 6 muka surat kosong
  • Buku suntikan ACYW 135 dari klinik swasta atau kerajaan

Dokumen Yang Diperlukan Bagi Jemaah Wanita


  • Salinan surat nikah jika pergi bersama suami
  • Salinan sijil kematian suami jika suami telah meninggal dunia
  • Salinan sijil kelahiran jemaah dan waris jika pergi bersama adik/abang/bapa
  • Salinan sijil nikah dan kad pengenalan suami jika pergi tanpa suami
  • Salinan sijil kelahiran jemaah, waris dan salinan kad pengenalan waris jika pergi tanpa adik/abang/bapa
  • Salinan sijil kelahiran anak lelaki jika pergi bersama anak lelaki berumur 18 tahun ke atas

Persiapan Material Bagi Jemaah Lelaki


  • Kain Ihram - 1 pasang
  • Kain Pelikat -2 helai
  • Tali Pinggang - 1 utas
  • Jubah - 2 pasang
  • Baju Sejuk / Sweater - 1 helai
  • Seluar Panjang - 3 helai
  • Single Poket / Zip - 2 helai
  • Tuala mandi - 1 helai
  • Songkok / kopiah / tasbih - 2 biji
  • Selipar getah / sandal - 1 pasang
  • Kasut - 1 pasang
  • Sarung kaki - 2 pasang
  • Buku panduan Haji / Umrah - 1 buah
  • Ubat gigi / Berus Gigi / Sabun Mandi
  • Gunting kecil untuk tahallul (simpan dalam kargo)
  • Buku-buku doa (mengikut keperluan)
  • Minyak angin / ubat-ubatan / suplemen
  • Cermin mata tambahan bagi yang bercermin mata
  • Keperluan-keperluan lain yang difikirkan perlu

Persiapan Material Jemaah Wanita


  • Telekung Sembahyang - 1 pasang
  • Mini telekung - 2 helai
  • Baju kurung - 1 helai
  • Jubah putih/hitam - 2 helai
  • Tshirt - 1 helai
  • Baju sejuk/ sweater - 2 helai
  • Tuala mandi - 2 helai
  • Sarung kaki - 1 pasang
  • Sarung tangan - 1 pasang
  • Selipar getah / sandal - 1 pasang
  • Buku panduan haji / umrah
  • Ubat gigi/ berus gigi/ sabun mandi
  •  Minyak angin / ubat-ubatan / suplemen

Cadangan Suplemen Shaklee Semasa Umrah


vitamin semasa umrah
 

Memandangkan cuaca sekarang tak menentu, tambah-tambah lagi suhu dan iklim yang berbeza dari Malaysia, maka elok kiranya kita mengambil langkah untuk berikhtiar dengan suplemen ni. Ya la, sakit pening tu memang Allah dah tentukan, tapi tak salah sekiranya kita berusaha kan?

Set Umrah ni boleh membantu kita kekal bertenaga, membantu mengekalkan benadalir dalam badan, dan juga bantu untuk tingkatkan imun tubuh kita. Jadi mudah-mudahan takdela kita demam ke, selsema ke pening kepala ke masa kat sana.. Salah satu ikhtiar kan?

Jadi, sekiranya anda bakal ke Tanah Suci dan masih lagi belum mendapatkan suplemen ni, boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Juga, sekiranya bercita-cita nak mengerjakan umrah, tapi tak tau nak hubungi siapa, juga boleh hubungi saya memandangkan saya merupakan ejen umrah bagi Syarikat Ukhwah Harmoni Travel & Tours Sdn Bhd. Insya Allah, saya akan bantu.

Boleh call saya sekarang!!
iR Efie Muhamad 
ID Shaklee: 869620
019-9890707

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

You Might Also Like

0 comments