Saturday, 12 April 2014

2 Hari 2 Malam 2 Beradik

Abi cuti pertengahan semester seminggu, bermula 4 April dan berakhir 14 April..
Maka umi pun panjanglah akal dan langkah... ehehehe...

Abi bagitau, dia nak ke pejabat KESEDAR di Gua Musang untuk interview officer kat sana.. Ni berkaitan dengan assignmentnya la.. So umi mencadangkan alang-alang dah ke Gua Musang, maka apa salahnya panjangkan sikit lagi langkah terus ke KL.. hehehe... Bukannya apa, niat untuk menggembirakan anak-anak jugak... ehehhehe..

Kami bertolak dari rumah pagi Selasa, sebelum Subuh. Singgah solat Subuh di Masjid Ketereh, kemudian singgah lagi di Manik Urai Baru, breakfast kat kedai makan sepupu kat sini. Saudara mara sebelah mak saya ramai yang tinggal kat Manik Urai ni.. So, kami selalu jugakla datang melawat saudara mara kat sini, especially time raya ataupun kenduri lah...

Nasi kerabu yang SUPER SEDAP kat kedai Kak Yah

Kami sampai ke Gua Musang lebih kurang pukul 10.30.. Masa abi pegi interview pegawai KESEDAR tu, kami tunggu dalam kereta je. Takdela lama sangat, dalam setengah jam je kot. Lepas tu singgah kat RNR Gua Musang yang baru tu, untuk mandikan anak-anak.

Sampai KL, kami terus ke Jalan Attap. Ada sedikit urusan di sini. Kemudian terus rushing ke UITM Shah Alam untuk abi ambil scroll ijazahnya kat sana. Maklumla, tak hadir masa majlis konvokesyen. Hahaha.. Lepas tu kami terus ke Seksyen 2, beli ABC Frado, ABC tersedap dalam dunia itu... heheheh....

Sedap sungguh ABC ni.. Nape la takde kat Kelantan?

Lepas tu, dari Shah Alam kami terus ke Selayang, rumah anak saudara saya merangkap anak Shaklee saya dalam bisnes. Biasa kalo ke KL, kami memang tidur kat sini. Punya la seronok 2 beradik ni dapat jumpa Abang Hadif & Kak Arissa diorang. Umi pun seronok jugak dapat jumpa anak sedara ni sampai lupa nak snap gambar... eheheh...

Pagi Selasa, seawal 7.30 pagi kami turun dari rumah menuju ke Pulau Pinang. Stop kejap kat RNR Gopeng, untuk mandikan anak-anak & rehat kejap sambil tengok anak main gelongsor. Umi sempat lagi masuk Mydin yang ada kat situ.. wakakaka... perempuan, biasa la kan....
 
Kami tiba ke Penang dalam pukul 1.30 tengahari, terus naik feri. Anak-anak memang dah lama dok sebut nak naik feri, padahal dah beberapa kali dah diorang naik feri ni. Maklumla, Kelantan kan takde feri. Maka jakunlah sikit diorang ni.. Eheheheh....

Turun je feri,  kami terus ke Cafe Indah Kembara USM untuk lunch. Umi memang niat nak ke kafe ni, sebab ni kafe yang abi selalu pegi makan sebab murah sangat. Dan memang terbukti murah! Kami 4 beranak makan 4 pinggan nasi putih, 2 ketul ayam goreng, 1 ketul ayam sup, 1 ekor ikan cencaru goreng, 1 ekor ikan keli goreng, 1 batang sosej. Cuba teka berapa harganya?? RM15?? RM20?? Salah salah salah... RM9 je uollsss.... MURAH GILOS KAN! Hahaha sedap betul makan bila harga murah je ni.... ehehe..

Lepas solat Jamak Zuhur & Asar, destinasi seterusnya adalah ke Bukit Bendera. Yeahhhh.... Bawak anak-anak naik train. Memang teruja sangat diorang!


Ni abi yang teruja lebih  ni... eheheh

Dalam train menaiki Bukit Bendera
Naik kuda betul takut, naik patung kuda jelaaaa....
Kau kunci cintaku di Bukit Bendera...
Lepas kunci cinta, anak kunci tu buang kat tempat ni..
Periuk kera ni eh namanya? Lupa dahh....
Kawan dengan burung hantu...
Excited 2 beradik ni...
Dah dalam train turun dah... Dok seat depannnnnn sekali...

Turun je Bukit Bendera, pegi makan roti canai pulak kat kedai mamak dalam USM jugak...

Roti canai telur + teh tarik sorang satu...

Lepas makan, ke masjid untuk mandi dan Solat Jamak Maghrib & Isyak... Lepas tu terus bergegas untuk naik bas pukul 8.15 malam untuk balik ke Kelantan. Kereta tinggal je kat USM untuk kegunaan abi kat sini. Naik bas 2 tingkat, dok seat paling depan jugak. Excited sungguh anak-anakku.


Maka lengkaplah sudah perjalanan kami 2 hari 2 malam untuk 2 beradik ni.. Selesailah misi nak bagi diorang rasa naik feri + train + bas. Semoga perjalanan ini memberi pengalaman yang indah untuk diorang. Kalo diorang lupa pun sebab kecik lagi kan, nanti diorang besar boleh baca balik kat blog ni insya Allah..

Anak-anak adalah amanah Allah, yang dipertanggungjawabkan ke atas kita sebagai ibu bapa. Semoga mereka membesar sebagai anak soleh, dan menjadi khalifah Allah yang menegakkan Islam di muka bumi ini insya Allah... Amiiinnnn....

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)


No comments:

Post a Comment