Sejarah Berulang Kembali

  • Tuesday, February 18, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sejarah 3 tahun lepas, kini berulang kembali.

Surat tawaran sambung belajar abi

Alhamdulillah, cita-cita abi ingin menyambung pelajaran tercapai... Kali ini, menyambung pengajian peringkat Master dalam bidang Perumahan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Sebelum kami bernikah lagi, saya tau suami saya ni mempunyai cita-cita yang besar dalam bidang pendidikan ni. Bermula dengan Diploma, dia ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat PHD, insya Allah.

3 tahun lepas, Januari 2011, semasa saya sarat mengandungkan anak kedua kami Ajlaa' Qaisa, suami memulakan pengajian peringkat ijazah secara sepenuh masa di UiTM Shah Alam. Sepanjang 2 tahun pengajiannya itu, suami pulang setiap hujung minggu ke Kelantan. Kesian dia, mesti penat kan, tapi tanggungjawab terhadap kami memang tak diabaikan.

Kini, Alhamdulillah suami saya dahpun memulakan pengajiannya di USM Pulau Pinang. Sejarah 3 tahun lepas berulang kembali. Suami hanya akan pulang pada hujung minggu sahaja. Cuma, jadual master ni taklah pack macam masa degree aritu. Sekarang ni, kelas cuma 3 hari seminggu. Mungkin lebih banyak kena buat research la kan.


USM Pulau Pinang

Saya doakan suami saya diberikan Allah ketajaman & kecerdasan minda, kekuatan fizikal, keutuhan semangat supaya dia dapat menamatkan pelajarannya dengan cemerlang dan seterusnya dapat melanjutkan ke peringkat PHD insya Allah.

Mohon semua sahabat-sahabat pembaca blog saya yang baik hati ni pun doakan sekali ye...(✿◠‿◠) Sesungguhnya, doa kita untuk sahabat kita yang tidak tahu didoakan insya Allah dimakbulkan, kan? Amin amin amin ya Allah...

Tak sabar nak pegi jalan-jalan ke Pulau Pinang..
Nanti boleh jumpa anak-anak buah Shaklee saya yang kat sana..

So kalau ada pembaca saya ni dari Pulau Pinang, dan nak join Shaklee, haaaaa boleh call saya ye.. Banyak faedah jadi ahli yang kita boleh dapat melalui apa yang Shaklee tawarkan ni.. Memang lumayannnnn.... Best sangat!

Call saya Efie di 019-9890707..

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

0 comments