Khasiat Kacang Botor

  • Tuesday, February 11, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Walaupun saya ni pengamal vitamin Shaklee, namun tak semestinya saya tidak menitikberatkan corak pemakanan saya. Saya masih lagi makan nasi seperti biasa, ada lauk pauk, ada sayur, ada ulam-ulaman. Ye laaa, kadang-kadang ada jugak suara-suara sinis yang melabelkan pengedar-pengedar Shaklee seperti kami ni, macam kami ni jadikan suplemen tu sebagai pengganti makanan, jadi makanan ruji pulak.. Hahahah nak tergelak pun ada.. Nama pun suplemen kan ➛ makanan tambahan, bukannya makanan asasi..

Tapi kan, memandangkan dunia sekarang ni, nak makan sayur yang dijual kat pasar tu banyak-banyak pun rasa tak berapa nak sedap hati. Berapa banyak agaknya pestisid, herbisid, germisid yang ada pada sayur-sayur yang dijual kat pasar tu. Hohohoho menakutkan..

Jadi, lebih selamat untuk kita tanam sendiri apa yang termampu untuk kita tanam kan? Kat laman umah saya ni, dapatlah jugak menanam serba sedikit pokok-pokok tanaman seperti pokok cili, terung, pokok kacang botor, lengkuas, daun pandan, serai dan pokok limau purut. Yang ni yang dah boleh dituai hasil la.

Yang masih belum dapat dituai hasil, pokok buah-buahan seperti betik, manggis, rambutan, ciku, mata kucing dan pokok mangga. Memerlukan bertahun-tahun lagi kot untuk berbuah.
Pokok Kacang Botor

Pokok terung pada saat mula berbuah satu ketika dulu

Pokok Cili

Pokok 'tene' @ petola segi yang dahpun mati kat umah saya... hehehe.. ni gambar dulu2...


Khasiat Kacang Botor

Pokok kacang botor ni senang ditanam, mudah tumbuh, sedap dimakan. Yang penting tiada pesti/herbi/germi-sid; dan guna baja tahi lembu saja. Tapi saya tak bubuh baja pun sebenarnya heheheh... Kacang botor petik sendiri (tanam sendiri) ni rasanya lebih manis daripada yang beli di pasar. Kebanyakan yang jual kat pasar tu pulak dah keras /tua dah bila dipetik, jadi kuranglah kesedapannya itu.

Sebenarnya, kacang botor ni bukan sekadar kita boleh makan buahnya sahaja, tapi keseluruhan pokok kacang botor ni boleh dimanfaatkan.
  • Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.
  • Buah yang muda dan lembut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabu atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.
  • Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
  • Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam.
  • Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang. Ia amat digemari di Papua New Guinea dan juga amat popular di negara Myanmar sebagai juadah makanan.
  • Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum.

Dari segi perubatan pula, ramai berpendapat daun kacang botor boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci mata yang bengkak serta bisul dan kudis. Daun ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul. Daun dan biji kacang botor dimasak dan dimakan untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul dan ulser. Manakala akar direbus dan diminum untuk merawat penyakit vertigo. Namun, rawatan ini masih memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Buah kacang muda mengandungi 1-3% protein dan kaya dengan mineral besi, kalsium dan vitamin A. Ranting ubi pula mengandungi 8-10% protein, 30% karbohidrat, banyak fosforus dan kalsium. Daunnya mengandungi 5-7% protein dan banyak mineral, vitamin A dan C. Manakala bij masak mengandungi 11% air, 33% protein, 32% karbohidrat, 16% lemak dan 5% serat. Kandungan asid amino dalam kacang botor seakan-akan kacang soya tetapi kacang botor mengandungi lebih lisin dan leusin. Minyak kacang botor seakan-akan minyak kacang tanah, 67% minyak kacang botor adalah asid linoleik dan asid oleik. Kandungan tokoferol dalam minyak kacang botor juga adalah tinggi. Bahan lain dalam minyak kacang botor yang sederhana banyak ialah fosforus, kalsium, zink, sedikit mineral lain, sederhana banyak tiamina dan riboflavin.

Walaupun pokok kacang botor kat rumah saya cuma 1 pokok je, namun Alhamdulillah buahnya banyak dan tidak putus-putus berbuah. Sering menjadi rezeki tetamu atau anak-anak Shaklee saya yang bertandang ke rumah. Rezeki, harus dikongsi kan? So kalo korang rasa nak makan kacang botor free, jemputlah bertandang ke rumah saya... Hehehe...

Buah Kacang Botor

Memandangkan saya ni penanam kacang botor, maka setiap hari boleh dikatakan makan tengahari saya berulamkan kacang botor.. Hehehe...

Lunch saya tengahari ini... hehehe...


Ok lah, selesai kisah kacang botor...

Jumpa lagi dalam entry akan datang (>‿◠)✌

 ---------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)




You Might Also Like

0 comments