Kesan Gadget Terhadap Anak-anak: Baik @ Buruk?

  • Wednesday, February 26, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Memang, dunia kita sekarang takleh nak dibandingkan dengan zaman kita kecik-kecik dulu.. Dulu-dulu mana ada Tab, Note, Ipad, PlayStation semua tu.. Paling2 pun tengok TV je, citer Gaban la, Kesatria Baja Hitam laaa.. Hehehhe saya la tu yang dok layan citer2 ni kecik-kecik dulu.. Lagi satu, citer Cun, yang main bola tampar tu.. Ohhhh Maero Attack namanya... Best sangat...

Ok, tu bab cerita TV la... Yang lebih menarik, kita zaman kecik2 dulu memang selalu main 'selambut', 'dekcok', 'coh', 'bola katok', 'lompat getoh', 'tudung botol', 'polis sentri'... heheheh sori ai speaking klate here... Lupa dh nama permainan2 ni dalam bahasa standard... Tapi meman g best kan main ni zaman kecik2 dulu.. Permainan yang melibatkan aktiviti berkumpulan.. Bukan main sorang2 je.. heheh.. Kalo nak tau lebih lanjut tentang permainan-permainan ni bleh tengok kat sini.

Selambut a.k.a batu seremban 

Dekcok a.k.a tengteng

Lompat getah

Yang pastinya, susah sangat dah nak jumpa kanak-kanak zaman sekarang bermain ni. Boleh dikatakan hampir TIDAK ADA LANGSUNG. Anak-anak saya Ammar & Ajlaa' tu pun tak tau tentang permainan ni. Sedih sangat kan. Apa yang diorang tau, GADGET!! Saya hampir yakin sepenuhnya, anak2 lain pun begitu.

Duduk bersama, hakikatnya masing2 bersendiri

Anak-anak kita zaman sekarang

Takde yang salah. Kita memang kena terima hakikat, dunia berubah dan kita mesti seiring dengan perubahan itu. Gadget ada baiknya, dan ada juga buruknya. Apa yang penting, PEMANTAUAN dari kita sebagai ibu bapa. 

Bukan sedikit kes-kes yang melibatkan anak-anak terjebak melayari laman-laman lucah, dan yang lebih menyedihkan mereka mempraktikkan terhadap adik beradik atau kawan-kawan. Juga, pernah terjadi, kes seorang remaja yang membunuh diri, semata-mata kerana tak tahan dengan perlian akibat fitnah yang dilontarkan di Facebook oleh kawan yang dengkikannya. Itu tak masuk lagi bab anak-anak menjadi cepat pemarah, pendendam, perengus dan sukar dibentuk akibat dari pengaruh tak langsung yang mereka dapat dari apa yang mereka tonton. Otak jadi penat, minda jadi lembap.

Zaman sekarang dah kembali ke zaman Jahiliah.. Bezanya, kalo zaman Jahiliah, pembunuhan, fitnah kena lakukan secara fizikal. Namun, dunia sekarang, cuma sekadar dalam bilik, menggunakan laptop sahaja fitnah dah bleh tersebar. Hanya sekadar di hujung jari sahaja.

Jadi apa yang harus kita lakukan??


PANTAU!!!

PANTAU!!!

PANTAU!!!

HADKAN!!!

Kita kena amek tau apa yang mereka buat. Kena sentiasa awasi kot-kot mereka terklik ke laman yang tak sepatutnya. Juga kena hadkan masa mereka beronline. Tak boleh ikut mereka, mereka yang kena ikut keputusan kita.

Alhamdulillah, anak2 saya sekarang saya cuma benarkan mereka menonton YouTube cuma pada hari cuti sekolah. Itupun cuma sejam pada waktu pagi, dan sejam pada waktu petang.  Kalo dulu2, memang agak tak terkawal. Asyik pegang tab je diorang. Kita pun kurang kesedaran lagi masa tu. Alhamdulillah, Allah bagi kesedaran awal pada kami, sebelum segalanya dah terlambat.

Takpelah anak nak sepahkan rumah main masak-masak 2 beradik tu pun, rumah tunggang langgang macam kapal pecah, asalkan mereka beraktiviti secara betul. Biar mereka meneroka, bereksperimen. Takpe. Alaaaa lagipun lepas tu memang saya suruh diorang kemas balik... Heheheh... Walaupun tak perfect pun diorang kemas, tapi biar mereka ada sense of responsibility atas apa yg diorang buat. Petang-petang balik sekolah bagi mereka main kat laman, naik basikal ke, siram pokok ke, main bola ke, cuci kereta ke. Libatkan dengan aktiviti fizikal. Tapi ofkos la kita kena ada sama dengan diorang kan. Zaman sekarang macam-macam hal boleh jadi. Malam-malam, mengaji dan baca buku pastu tidur.  
No more gadget on schooldays.

Rajin sangat tolong umi lipat kain..hehe
Main pondok-pondok

Balik sekolah tolong cuci kereta
.
Joint d dot jugak yang dipilih

Lagi best, kalo kita dapat kenalkan balik pada diorang dengan permainan kita dulu-dulu tu kan? 
Mesti seronok!!!
Boleh cuba ni......

So, siapa pun  kita, anak-anak adalah amanah kita, tanggungjawab kita. Jaga mereka sebaiknya, didik mereka seeloknya. Merekalah saham untuk kita, bila kita dah tiada nanti. Sebelum kita disoal kelak, baik kita beringat. Berteknologi tak salah, apa yang salah adalah kita salahgunakan teknologi. Kan??


-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
 


You Might Also Like

0 comments