3 Sebab Saya Seronok Berniaga Online Dengan Shaklee

  • Saturday, February 08, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Saya percaya, kita perlukan 'passion' dalam apa yang kita lakukan, untuk membolehkan kita betul-betul berjaya dalam apa yang kita lakukan. Bukanlah nak kata sekiranya tiada 'passion' maka tiadalah kejayaan, bukan macam tu. Memang ada yang berjaya walaupun mereka takde passion, namun kejayaan itu hadir seiring dengan rasa tertekan  untuk berjaya, tiada kegembiraan dalam melakukan kerja, stress dan macam-macam lagi lah...

Kenapa saya seronok berniaga Shaklee??


Sebab utama macam saya cakap tadi lah... Sebab adanya passion...

Passion
saya dalam bidang perniagaan Shaklee ini lahir setelah saya melalui susah payah pahit getir dalam perniagaan-perniagaan sebelum ini. Perniagaan yang memerlukan komitmen yang sangat banyak. Masa yang kurang untuk bersama keluarga, kos yang tinggi mengalir keluar macam air paip, tertekan dengan saingan, kurang memahami citarasa pelanggan dan macam-macam lagi..

 Ya, dengan Shaklee pun banyak komitmen yang saya harus curahkan. Namun bukan komitmen-komitmen yang seperti tertulis kat atas tu. Tapi komitmen yang lebih kepada proses mendisiplinkan diri, sentiasa untuk tingkatkan potensi diri, sentiasa kena cari peluang untuk dalami ilmu pemasaran yang pelbagai dan lain-lain. Semua itu pun untuk kebaikan diri saya sendiri jugak...

Dalam Shaklee, kami dihidangkan dengan 3 corak pembelajaran, yang menjadikan saya begitu seronok untuk berniaga Shaklee ni..
  • kelas offline
  • kelas online
  • webinar

Kelas Offline

Kelas offline ni pun terbahagi kepada 2 jenis. Pertama, kelas yang pihak Shaklee sendiri anjurkan, biasanya diadakan pada hujung minggu. Manakala kelas yang kedua, adalah kelas yang dianjurkan oleh upline/mentor kami, juga seringkali diadakan pada hujung minggu. Kelas-kelas ini tidak diwajibkan, tapi sangat digalakkanlah untuk kami hadirkan diri. Biasanya kami belajar tentang produk, belajar tentang marketing, blogging dan pengisian-pengisian motivasi pun ada jugak..

Kelas offline semalam, belajar tentang cara-cara menguasai Google melalui blog


Kelas Online

Kelas online ni biasanya melalui private message kat Facebook, juga melalui grup WhatsApp. Sebarang isu-isu berbangkit, cadangan-cadangan ataupun permasalahan yang memerlukan tindakan yang segera kami bincang melalui mekanisma inilah. Juga, kat grup-grup eksklusif kami di FB, setiap hari kami disajikan dengan pelbagai tips dan teknik yang tinggal kita je nak aplikasikan.

Webinar

Mungkin ada yang tak pernah dengar perkataan webinar dan apa maksud webinar itu sendiri. Sebenarnya, webinar itu adalah seminar yang dilakukan secara online. Seminar yang boleh dihadiri oleh beratus-ratus orang, mempunyai penceramah juga boleh dilaksanakan secara forum (mempunyai moderator + ahli panel). Semua ini hanyalah dilakukan secara online. Biasanya jadual webinar kami adalah pada pukul 10 malam, dan berkahir kira-kira pukul 12 tengah malam. Kami bebas nak lipat kain ke, tidurkan anak ke, bancuh susu anak ke, ajar anak belajar ke terpulang. Menarik kan?

Best kan kerjaya saya?? Hehehe....

Dapat jana pendapatan, hanya melalui rumah. Tanpa perlu redah kesesakan jem, bayar kos minyak kereta yang makin hari makin naik kan, tanpa perlu bersusah payah terkeja-kejar tak cukup masa.. Alhamdulillah, Allah Maha Baik, rezekikan saya dengan pekerjaan seperti ini.

Menariknya, peluang pekerjaan ini tak terhad. Siapa-siapa sahaja layak melakukan pekerjaan ini, termasuk mereka yang dahpun mempunyai pekerjaan tetap di luar sana. Modal?? Cuma RM75, dahpun boleh bermula. Juga, ada cara untuk mula berniaga dengan ZERO MODAL.. Boleh juga rujuk disini tentang cara-cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee.




Nak tau?

Nak bersama kami?

Boleh hubungi saya Efie di 019-9890707.
 ----------------------------------------------------------

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)





You Might Also Like

0 comments