Monday, 20 January 2014

Kenali Faktor Pencetus Kanser

Sungguhpun kanser dianggap sebagai penyakit genetik yang mudah untuk diwarisi, namun bukti menunjukkan hanya sejumlah kecil kanser diwarisi. 
Hakikatnya, KEBANYAKAN KANSER DIUNDANG, BUKAN DIWARISI.

Faktor Pencetus Kanser

 

Terdapat 2 jenis faktor yang menyumbang ke arah terjadinya kanser. Pertama, faktor di luar kawal manakala yang kedua adalah faktor yang boleh dikawal.

Faktor di luar kawal adalah faktor persekitaran yang boleh mencetuskan kanser seperti radiasi, bahan kimia industri, bahan mudah berjangkit, pencemaran dan lain-lain. Kita mungkin tidak dapat mengelak semua karsinogen persekitaran (bahan penyebab kanser) seperti asap tembakau, radiasi dan jangkitan. Betul kan?

Namun, faktor yang boleh dikawal  seperti makanan dan pemakanan, kegiatan fizikal dan komposisi tubuh juga amat penting tetapi sering dipandang ringan padahal ianya turut menyumbang ke arah pembentukan kanser. 

Bagaimana Ketiga-tiga Faktor Ini Mempengaruhi Risiko Serangan Kanser?

 

Diet Yang Buruk

Makan secara tidak teratur meningkatkan risiko kanser dalam 2 cara:

Menyebabkan sel kacau bilau

Kanser bermula dalam sel-sel yang menjadi blok pembina tubuh. Biasanya tubuh membentuk sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah mati.

Namun, kadangkala sel-sel baru membiak sekalipun tidak perlu semntara sel-sel lama pula tidak mati. Maka, sel-sel yang berlebihan ini membentuk himpunan tumor yang bersifat malignan (kanser) atau benign (tak bahaya)

Merubah dan merosak DNA.

Perubahan / kerosakan gen boleh menyumbang ke arah pembentukan kanser. Gen-gen adalah komponen DNA, justeru kerosakan DNA boleh memulakan kanser dengan mengganggu aturan sel normal. Kebanyakan kanser yang berkembang dengan cara ini dikenal pasti secara klinikal hanya bertahun selepas kerosakan awal DNA.

  Lemak Tubuh Berlebihan

Lemak tubuh menghasilkan bahan berlebihan seperti hormon seks dan insulin. Dalam keadaan biasa, ia merupakan bahan normal yang menyumbang kepada kimia tubuh semula jadi. Tetapi bagi yang gemuk, paras tinggi bahan-bahan kimia iniboleh menyebabkan sel-sel berkembang dan membahagi dengan cepat.

Tidak Aktif Secara Fizikal

Tahap aktiviti fizikal semakin menurun. Pekerjaan menjadi semakin santai. Lebih banyak duduk, ke mana-mana menggunakan kenderaan, sistem penghawa dingin manakala aktiviti berekreasi dahpun digantikan dengan menonton TV ataupun main komputer

Bagaimana VIVIX SHAKLEE Dapat Membantu?

 

Vivix merupakan satu2nya produk yang dapat melindungi dan memperbaiki sel badan di peringkat DNA lagi. Dengan ramuan yang hebat, dan cara Vivix bertindak maka tak hairanlah ramai yang memilih Vivix bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh.



Ajal maut penyakit semua datang dari Allah. Namun, tugas kita adalah untuk berikhtiar, agar segala yang buruk itu terhindar dari kita. Usaha sebaik mungkin, kemudian kita berserah pada Allah. Itu yang sebaiknya, kan?
-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Hubungi saya di 019-9890707. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
  

.

Monday, 13 January 2014

Krisis Penyembuhan @ Healing Crisis Selepas Mengambil Shaklee

Ramai yang mula mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan bagi diri sendiri, suami, anak-anak dan mak ayah. Pendek kata, untuk seisi keluarga termasuk adik beradik dan saudara mara.. Namun, ramai juga yang mengadu pening kepala, rasa nak pitam, nak demam, naik jerawat dan macam,-macam lagi setelah mengambil suplemen Shaklee.

Adakah itu maksudnya produk Shaklee tidak bagus?

Tidak ye, itu dinamakan krisis pemulihan atau lebih dikenali dengan nama healing crisis.

Apa itu Healing Crisis?


krisis penyembuhan shaklee


 krisis penyembuhan




 Jadi, jangan risau sekiranya anda mengalai simptom-simptom di atas. Ambil vitamin jangan berhenti, cuma kurangkan dos dan gandakan pengambilan air masak. Krisis penyembuhan ini akan berhenti. Berap lama ia akan berhenti itu bergantung pada individu, sebab setiap orang itu memang berbeza walaupun mengambil vitamin yang sama. 

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Hubungi saya di 019-9890707. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
 
 







Petua Wajah Anggun Berseri

Ok, kali ni nak cerita pasal produk Shaklee, yang tak pernah lagi saya cerita kat sini.. Biasa cerita pasal vitamin je kan, petua-petua tentang kesihatan dalaman, tips-tips menjaga kesihatan dari dalam agar terpancar ke luar dan lain-lain. Tapi  arini kita cerita pasal Set Penjagaan Kulit dari luar. Shaklee pun ada Skincare Set ni tau...


Bagaimana NutriWhite Shaklee Bertindak Menjaga Kulit?

Menghalang  ➭ kerosakan matahari dan alam sekitar dengan aktif melindungi kulit anda dari gelp kesan sinar cahaya matahari dan UV
Berkurangan  ➭ rupa pigmen gelap dalam kulit untuk mencegah nada kulit kusam
Menyekat  ➭ rupa pigmen gelap dari sel-sel kulit asas ke laisan kulit atas, membantutkan kemunculan tompok-tompok hitam
Mencerah  ➭ Naungan dari melanin yang sedia ada, membawa kepada wajah yang lebih rata dan nada kulit yang cerah
Memperbaharui  ➭ dengan cepat mengeluarkan sel-sel mati yang membawa kepada blotchiness, mewujudkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya

Perbezaaan NutriWhite Shaklee Berbanding Jenama Lain

  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat
    3 tahun masa diambil untuk membangunkan produk
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang ketat. Diperoleh dari 16 buah negara.
  • Ujian yang menyeluruh
  • Unik, pengwujudan eksklusif pelbagai densi pendekatan untuk pemutihan
  • Ramuan gabungan yang optimum
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti yang digunakan dalam formula kami untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunder
  • Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya.

Skincare Set Shaklee
Set Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee

NutriWhite Action Makeup Remover
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak dan kulit kita akan kelihatan lebih berseri


NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan menghilangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan


NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada PH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan


NutriWhite Daily Defense Whitening Essence
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit


NutriWhite Spot Whitening Treatment
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan dari Likuoris dan Peony, amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit, dan kulit lebih halus


NutriWhite DayTime Whitening Lotion
  • Licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari. Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap bertindak dari semua sudut. Melindungi daripada kesan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.


NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream

  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam, mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, kulit terasa gebu, halus dan cerah berseri

    Best kan?
Apa yang penting, produk-produk Shaklee TIDAK MENGANDUNGI bahan-bahan kimia yang membahayakan kesihatan kita. Jadi, tak perlu ragu-ragu untuk menggunakan set penjagaan kulit ini untuk tempoh masa yang panjang.


-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Hubungi saya di 019-9890707. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Friday, 10 January 2014

Makan Sikit Tapi Tak Kurus-kurus? Ketahui Penyebabnya Di Sini.....

Pelik, tapi BENAR...

Rasanya, makan dah sikit... Nasi sekali je sehari, kadang 2 3 hari baru jumpa nasi. Malam-malam memang langsung tak sentuh nasi. Dah jadi enemy. Tapi, tak jugak kurus pun. Tension betullll.....

Ok, sebenarnya macam ni... Tak makan nasi tak semestinya kita akan kurus, kalau makanan yang kita ambil tu, mengandungi kalori yang lebih tinggi dari kalori yang kita ambil bila makan nasi. Maksudnya, makanan yang kita makan tu kita rasa makanan ringan je, tapi rupa-rupanya makanan tersebut mengandungi kalori tersembunyi yang begitu tinggi.

Ok, jom kita tengok contoh kat bawah...

SUP


Ok, sup memang makanan yang menyihatkan. Tapi cuba kita tengok dulu, jenis sup yang macamana yang kita makan.
Hakikatnya, bukan semua sup mengandungi rendah kalori. Sup berasaskan binatang empat kaki (sup daging, sup kambing, sup ekor) mengandungi kalori yang tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini tidak menyihatkan, meskipun untuk mereka yang berniat untuk menaikkan berat badan.
 
BURGER  
 
Orang kata, jangan makan nasi, kerana nasi menggemukkan. Beralihlah kepada benda lain untuk makan malam, seperti burger ke. Tak pe, jangan risau, asalkan bukan nasi, awak tak gemuk punya!

Hakikatnya, tak nak sentuh jauh-jauh, cukuplah fokus kepada daging burger itu sahaja, ok? Sekeping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini datang daripada lemak tepu (lemak sapi), iaitu kira-kira sebanyak 14g untuk sekeping patty. Kebiasaannya daging burger ini digoreng menggunakan mentega/planta (mentega yang murah juga mengandungi lemak tepu), sekiranya dibeli di luar. Itu belum dicampur dengan mayonis, sos, keju, dan bun burger tu lagi, yang sesetengahnya juga dimasak dan disapu mentega.

 
YONG TAU FOO
Sama macam kat atas, orang kata asalkan awak tak makan nasi untuk makan malam, awak boleh kurus punya. Makan sesuatu yang rebus-rebus seperti Yong Tau Foo ke, dah cukup…

Hakikatnya, kalori tersembunyi Yong Tau Foo terletak pada kuahnya; tinggi kandungan gula, dan juga mengandungi minyak (namun ini bergantung kepada resepi yang digunakan si penjual). Bayangkan anda menuang sebotol sos cili keatas sehidangan tauhu rebus, rasa-rasanya berani tak nak menghirup kuah Yong Tau Foo tu? Aku pernah lihat ada individu yang menghirup kuah Yong Tau Foo apabila tauhu-tauhu dan bebola yang lain sudah habis (ini kes Yong Tau Foo kuah banjir).
JAJAN (SNEK RINGAN)
Orang kata, alahhh setakat satu pek besar macam Twisties tu ape lah sangat. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tonton TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan!
Hakikatnya, sebungkus pek besar Twisties mengandungi kira-kira 490kcal (suku daripada jumlah kalori purata yang kita perlukan dalam sehari). Dan siapa sangka, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak! Oh ya, perumpamaan mudah, disebabkan satu pek besar Twisties mengandungi kira-kira 20g lemak, jumlah tersebut sebenarnya bersamaan dengan kira-kira 2 sudu besar minyak masak. Maka secara teorinya menghabiskan sebungkus besar pek Twisties adalah bersamaan dengan menghirup 2 sudu besar minyak masak. Tak percaya? Terpulanglah.

CAPATI

Orang kata, kalau nak sihat ketika makan di kedai mamak, silalah makan capati, kerana capati ni kurang berminyak. Jangan makan roti canai, kerana roti canai banyak minyak. Tak percaya? Tengoklah yang kilau-kilau pada permukaan roti canai tu.

Hakikatnya, ramai yang tak tahu capati sebenarnya adalah ‘pembohongan’ paling berjaya oleh pemilik kedai mamak kepada mereka yang meluahkan kata-kata di atas. Ya, capati sememangnya mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah capati menggunakan minyak sapi (lemak tepu) disamping mentega, dan di situlah terletaknya kalori tersembunyi yang ramai mungkin tidak mengetahuinya. Untuk pengetahuan semua, sekeping capati (100g) mengandungi jumlah kalori yang hampir sama sahaja dengan sekeping roti canai (100g), iaitu 300kcal.

Jadi, dah tau punca kenapa kita tak kurus-kurus??

Heheheh, nak makan boleh, tapi berwaspadalah. Kira kalori dulu sebelum makan tau (✿◠‿◠)
Nak diet & slim bersama SET SLIM SHAKLEE?
Boleh baca kat sini....
-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Hubungi saya di 019-9890707. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
 

Sunday, 5 January 2014

Set Kurus Shaklee: Azam Slim 2014

Ramai yang nak kurus...
Ramai yang nak badan solid molid cantik menawan..
Ramai yang nak buang lemak berkilo-kilo dari tubuh...

Tapi kenyataannya, NAK KURUS tinggal angan-angan...

Hakikatnya...

Badan naik macam dipam-pam...
Nak badan solid molid, tapi yang dapat badan macam belon kembang..
Nak buang lemak berkilo-kilo, yang dapat naik berkilo-kilo...

Sebab tu lah ramai yang AZAM TAHUN BARU nya TETAP SAMA, walau dah bertahun-tahun...

Heheheheheheh.....

Saya tak cakap kt orang lain, tapi cakap kat diri saya sendiri... hihihih....

Saya ni, memang tubuh berisi, sejak dari kecik2 lagi.. Lahir2 je pun berat dah dekat 5kg kot... Haaaa berat kan... Heheheh... Tak pernah kurus, sampailah sekarang.. Kecuali masa sekolah rendah, masa tu aktif sukan so badan AGAK OK la, walaupun TAK KURUS..

Bila naik sekolah menengah, duduk kat asrama. Sukan dah buang ke tepi, kecuali main bola tampar... Tapi main bola tampar takdela membakar kalori sangat kot, kalau nak dibandingkan dengan main bola jaring ataupun bola baling macam masa sekolah rendah..

Sekarang, bila dah beranak 2 ni, lagi la taktau nak cakap lah... Heheheh... Aritu, masa masih menyusukan Ajlaa' Qaisa, berat badan takdelah naik sangat. Ya la, menyusu kan. Tapi bila Ajlaa' dah agak kurang menyusu, kenaikan itu macam air paip mengalir.. Lajuuu je tak dapat ditahan2.. heheheh... Tambah2 bila Ajlaa' dah mula bersekolah ni (Ajlaa' umur 3 tahun sekarang), menyusu hanya pada waktu malam, lagi la rasa macam nak tutup mata je bila naik penimbang... kikikiki....

Jadi, bersempena tahun baru ni, saya seperti jugak orang lain, turut menyenaraikan AZAM UNTUK KURUS dalam senarai azam saya... Heheheh....

Kenapa Saya Nak Kurus?

 

Memanglah bila kurus ni nampak cantik kan. Bila badan gemuk ni, rupa paras yang cantik pun akan jadi kurang cantik kan? Tambah2 kalo yang tak berapa nak cantik tu lagi laaaa...hihihi...


Ok tu satu..


Tapi yang jaaaaauuuhhhh lebih penting dari itu, tentang kesihatan. Kita memang tak boleh nak nafikan, badan gemuk ni akan  mengundang pelbagai penyakit kronik bersarang dalam tubuh. Penyakit jantung la, darah tinggi la, kencing manis la dan macam2 lagi lah... Eiiii ngeri kan... 


Usia pulak makin meningkat, metabolisma badan makin berkurangan jadi makin patutla kita buat keputusan untuk jaga badan dan kesihatan bermula dari sekarang! Macam saya sendiri, tahun 2014 ni dahpun berusia 32 tahun (hohohoho dah tua rupanya guwe), kerja pulak mengadap laptop je langsung tak keluarkan peluh..

Jadi, masa untuk berubah adalah SEKARANG!!


Bagaimana Set Kurus Shaklee Dapat Membantu??

 

SET SLIM SHAKLEE
SET KURUS SHAKLEE


Lecithin


   Menyerap vitamin larut lemak- A,D, E dan 
   Menghalang enapan lemak dihati
   Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
   Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang
  Mencantikkan otot dan kulit, melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan
  Meringankan sembelit, meleraikan  toksin dalam usus.



Alfalfa


Mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dari badan, mencantikkan kulit dan otot.
✔ Penggunaan jangka panjang dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan kolestrol,                     mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol
Melegakan keletihan
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis dan hyperacidity
Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin, menjadikan badan terasa lebih ringan.




Herblax

✔ Membersihkan najis yang tersekat, melawaskan sembelit
✔ Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam badan
✔ Mengempiskan perut
✔ Membersihkan najis yang tersekat, melawaskan sembelitMembantu memberi kepejalan kepada perut


Cinch Shake


Indeks glisemik rendah – 22; sesuai untuk pengidap kencing manis dan mengekalkan tahap gula darah yang normal dan kekalkan tenaga
Mengandungi Cinch Pro- campuran ekslusif protein diperkayakan dengan leucine-asid amino 
       >> Leucine dapat memelihara otot semasa menurunkan berat badan
       >> Kesan pada mereka yang telah mengambil cinch ialah kehilangan lemak, berat, inci pada masa yang sama masih mengekalkan otot mereka.
Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral
Tinggi protein (24g setiap hidangan) memberikan anda rasa puas dan kenyang
Tinggi serat (6g setiap hidangan)
 Rasa yang sangat enak, memberikan kepuasan semasa menurunkan berat, datang dengan 3 perisa hebat coklat, cafe latte dan vanila.

Tapi tapi tapi.....

Pengambilan SUPLEMEN SAHAJA TIDAK CUKUP!



Untuk kurus, dapat berat ideal, dapat kesihatan yang baik maka kita hendaklah JAGA PEMAKANAN & LAKUKAN SENAMAN SECARA KONSISTEN.

Kalo amek suplemen berbotol-botol pun, tapi makan tak jaga senaman pun takde dok melepak depan TV ke laptop ke takde guna jugak ye... Sesia je habis duit beratus2 beli suplemen kan...

Jom KURUS DENGAN SIHAT bersama saya jom....


-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Hubungi saya di 019-9890707. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.




Saturday, 4 January 2014

Set Resdung Shaklee: Ubat Resdung Semulajadi

Resdung memang meresahkan.

Pagi-pagi, bersin sampai bergegar rumah, dengan volume yang tinggi sehinggakan jiran-jirang yang selang 4 5 buah rumah boleh dengar kot.. Sengsara bukan? Begitulah yang dialami oleh suami saya satu ketika dulu.. Suami saya merupakan penghidap resdung yang agak kronik, sehinggakan hampir2 kena operate dan pernah masuk wad gara2 sakit kepala yang amat teruk akibat resdung..Namun Alhamdulillah, sekarang masalah tersebut dah pun beransur pulih. Tiada lagi bersin2 tanpa henti pada waktu pagi...


Apa Itu Resdung?


Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung iaitu frontal sinus, sphenoid sinus, ethmoid sinus, septum dan maxillary sinus.

Tanda-tanda Seseorang Itu Menghidap Resdung

✎ Hidung selalu tersumbat
✎ Lendir dari hidung dan tekak
✎ Sakit atau rasa berat pada muka terutama kawasan di antara mata
✎ Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
✎ Demam atau rasa tak sihat berpanjangan
✎ Gatal hidung, kerap bersin dan sebagainya


Bagaimana Resdung Terjadi?

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil yang dinamakan 'ostium' ke dalam rongga hidung. Apabila 'ostium' tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.


Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari. Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat. Ini kerana mukosa hidung dilengkapi dengan sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.


Petua Mencegah Resdung

√ Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
√ Elakkan daripada menggunakan cadar atau selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
√ Selalu bersihkan karpet dengan menggunakan vacuum cleaner
√ Pakai penutup hidung semasa hendak membersihkan rumah
√ Banyakkan meminum air
√ Jagalah kebersihan muka
√ Elakkan memakan makanan yang mengundang pada alahan (contoh: makanan laut)



 CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK RESDUNG




Alfalfa Complex

❤ Dapat bertindak mengurangkan keradangan akibat kesakitan resdung
❤ Kaya dengan sumber klorofil

B-Complex

❤ B6 yang terdapat dalam B-Complex, penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
❤ Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati.
❤ Memelihara sistem saraf dan sebagai anti-stress

Vitamin C Sustained Release

❤ Bertindak sebagai anti-histamin tanpa kita perlu mengambil drug anti-histamine
❤ Menstabilkan pengeluaran histamin dari badan
❤ Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophagel ( fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
❤ Meningkatkan penyembuhan tisu



So, kepada penghidap2 resdung di luar sana, saya memang sangat sarankan anda mencuba set resdung Shaklee ni.. Yang penting, suplemen Shaklee SELAMAT dari bahan2 kimia berbahaya, juga tanpa sebarang dadah. Hanya dari bahan2 semulajadi yang diselidik dan diuji secara klinikal oleh Shaklee.

Suami saya dah sembuh. Anda bagaimana???

Nak order Set Resdung Shaklee boleh klik di SINI..

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.