Sunday, 21 December 2014

Rahsia Sebenar Gadis Ini Menderita 7 Tahun..

Dia telah melalui zaman suram yang begitu lama... 7 tahun, memang bukan satu tempoh yang singkat..

Di saat teman-teman seusia yang lain bergembira dengan kehidupan remaja mereka, dia seakan ingin menyorokkan diri dalam rumah.. kerana MALU...

Kenapa?

Jemput dengar luahan hati beliau sendiri di sini...



Dia adalah......

Tuesday, 16 December 2014

Bahaya Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Bagi sesetengah ibu, memang sudah sedia mempunyai beberapa penyakit, semasa memasuki alam kehamilan. Antaranya adalah tekanan darah tinggi dan kencing manis. Penyakit-penyakit ini adakalanya menjadi lebih teruk semasa mengandung. Bagi ibu-ibu yang mempunyai penyakit-penyakit sebegini, sebaiknya hendaklah memastikan ianya dalam keadaan terkawal, bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah semasa mengandung.

Penyakit kencing manis berbahaya, kerana ianya boleh mengakibatkan kecacatan kongenital sekiranya tidak dikawal dengan baik semasa peringkat 3 bulan pertama, iaitu semasa pembentukan organ-organ bayi. Darah tinggi semasa mengandung juga sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan ekslampsia.


seizures


Ekslampsia merupakan

Sunday, 14 December 2014

Pentingnya Asid Folik Sebelum Kehamilan Berlaku

Ramai yang beranggapan, segala vitamin-vitamin ni hanya perlu diambil, dan dititikberatkan hanya setelah proses kehamilan itu berlaku. Jangan begitu wahai wanita-wanita di luar sana. Vitamin-vitamin ni, sangat penting untuk diambil sebelum kehamilan itu berlaku, terutamanya asid folik / folate/ vitamin B9.



Para ibu yang merancang untuk hamil, disyorkan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 bulan sebelumnya. 

Kekurangan asid folik semasa hamil boleh mengakibatkan beberapa keadaan yang sangat serius seperti bayi yang lahir akan mengalami cacat semasa lahir. 

Beberapa kecacatan akibat kekurangan asid folik antaranya adalah:


Saturday, 13 December 2014

Abruptio Placenta:Keadaan Uri Lekang Yang Sangat Bahaya Semasa Hamil

Dalam artikel lepas, kita telah ketahui tentang Placenta Previa, iaitu kedudukan uri di bawah semasa hamil. Placenta previa ini boleh jadi merbahaya, boleh jadi kurang merbahaya bergantung kepada jenis Placenta Previa yang dihadapi.

Berlainan pula dengan Abruptio Placenta (uri lekang) ini, keadaan ini lebih serius. Biasanya ibu akan mengalami sakit pada abdomen dan terdapat pendarahan yang tidak terlalu banyak. Ini kerana pendarahan yang berlaku adalah di dalam rahim. Bayi akan lemas dengan cepat dalam keadaan ini kerana uri yang lekang akan menyebabkan bayi keputusan oksigen.





Siapakah Yang Berisiko?


Thursday, 11 December 2014

Plasenta Previa: Komplikasi Kehamilan Yang Wajib Anda Ambil Tahu!

Plasenta previa ini bermaksud kedudukan uri di bawah, yang menutup laluan keluar bayi semasa proses bersalin nanti. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim.

Placenta Previa merbahaya, kerana adakalanya boleh membawa kepada kematian bayi di dalam rahim.

Harian Metro: Bayi Meninggal Kerana Plasenta Previa


Perbezaan kedudukan uri normal dan uri di bawah

Bagaimana Uri Boleh Berada di Bawah?

 

Wednesday, 10 December 2014

Berita Gempar!!! Collagen Shaklee TIADA STOK SETAHUN Tahun Depan

Betul!
Ni bukan sekadar tajuk yang gempar, tapi memang betul Collagen Shaklee takde stok sepanjang tahun pada tahun depan.

Ni sms yang kami terima dari pihak Shaklee semalam..

" RM0.00 Shaklee: Due to Product Registration guideline change, Collagen will be unavailable for sale after Dec'14 pending re-registration which takes 9-12 mths. Hence Shaklee is offering a special Buy 3 Free 1 promo now to support our valued distributors with sufficient products till product registration is achieved."

Maksudnya...

Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Collagen akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari. Ini bermakna kita semua ada masa sehingga 31 Disember untuk beli Shaklee Collagen Powder ni.

Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada kita semua PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1..



Tak pernah-pernah lagi tau Shaklee buat offer macam ni... Sebelum ni kalo offer collagen ni cuma Beli 6 Free 1 je, tapi kali ni kalo Beli 6 Free 2 okayyyy...

Terkejut! Memang terkejut... Tambah-tambah bulan ni dah memang sedia ada 2 Produk Promo iaitu Vitamin C dan Vitamin E, so bila tambah Collagen ni jadi Tripple Promo bulan ni.. Maka lengkaplah Set Kulit Cantik Gebu Gebas jadi set promo bulan ni... 

 

Apa Yang Boleh Dapat Bila Beli Collagen Promo Ni?

 

GST: Sila Kumpul Stok Vitamin Anda Sekarang!

Minggu lepas, saya berpeluang untuk hadiri penerangan ringkas dari Shaklee berkaitan dengan GST. 

Ya lah, kita semua asal sebut GST je mesti resah gelisah kan, tapi nak buat cmane, memang di luar kawalan kita. Benda tu dah memang digazetkan akan dilaksanakan bermula 1 April depan, maka nak tak nak kalo umur panjang memang kita terpaksa hadapila kan?




Persoalan-persoalan yang mungkin timbul...


Apa kaitan GST dengan Shaklee?
Adakah Shaklee pun kena tempias GST?
Apa akan jadi bila GST dilaksanakan?
Adakah harga produk Shaklee meningkat?
Jawapannya..... 

Tuesday, 9 December 2014

Tips Kurangkan Pigmentasi Dengan Mudah, Selamat Dan Murah

Wajah yang cantik, tak bermakna sekiranya dipenuhi oleh pigmentasi-pigmentasi yang menjelikkan. Biasanya pigmentasi inilah yang akan menyumbang kepada pertumbuhan jeragat pada wajah. Semakin usia meningkat, semakin tinggi potensi untuk kulit muka semakin bermasalah.

punca pigmentasi

Punca Pigmentasi Pada Wajah


Saturday, 6 December 2014

Senaman Semasa Hamil Yang Dapat Membantu Memberi Stamina Semasa Bersalin

Mengandung = manja..

Sinonim kan.. Asyik nak melepek je kat katil.. Alasan, ibu hamil kena rehat banyak-banyak..

Betul, rehat tak salah tapi kalo terlebih rehat pun tak bagus jugak. Unless, kandungan kita ada masalah dan kita memang dinasihatkan doktor untuk 'bedrest'.

Selain itu, mari kita cergas-cergaskan diri..  Ibu-ibu mengandung digalakkan untuk berada dalam keadaan 'fit' untuk memastikan ibu-ibu mempunyai stamina yang cukup sepanjang tempoh kehamilan, terutama bila sudah memasuki trimester ke 3 nanti.



Senaman Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil


Wednesday, 3 December 2014

Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Wanita Hamil Elak HB Rendah

Hamil ni memang best.. Yang tak bestnya, bila asyik kena berulang ke klinik sekiranya ada masalah tertentu. Terutama kalau kat klinik kerajaan kan.. Fuhhhh penat sungguh berulang...

Masalah pulak boleh macam-macam..

Kena GDM laaa (kencing manis semasa hamil), tekanan darah tinggi laa, HB rendah laaa... macam-macam...

Bila ada masalah, biasanya kenalah ulang alik ke klinik lebih kerap dari biasa...

Contohnya, kalo kena kencing manis semasa hamil, kena buat BSP (blood sugar profile). BSP ni kena cek darah kat hujung jari tu, 4x sehari. Lepas tu, esoknya kena jumpa doktor untuk doktor buat review tentang result darah tu. Biasanya  BSP ni kena buat 2 minggu sekali. Kalo tak terkawal jugak, kenalah buat suntikan insulin.. Lagi laaa sengsara huhuhu...

Eh, sebenarnya nak cerita tentang HB rendah dalam artikel ni, tercerita panjang pulak tentang GDM.. Hehehe... 

Apa Itu Hemoglobin?

 


Vitamin E & Vitamin C Shaklee: Promosi Berganda December!

Berita baik untuk kita semua!

Bulan ni Shaklee bagi kita semua promosi berganda, iaitu 2 jenis produk pada bulan ni..

Sustained Release Vitamin C 500mg 
& 

Ramai yang seronok, sebab ramai sangat yang memang tak pernah miss setiap hari dok telan vitamin ni.

Kalo nak tau, Vitamin C Shaklee ni tersangatlahhh HOTTTTT sampaikan pernah OUT OF STOCK selama setahun tau, disebabkan permintaan yang luar biasa dari pengamal-pengamal vitamin C ni.

 Dan kalo nak tau juga, Vitamin C Shaklee ni memang sering di'rebrand' oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab, dan jual balik dengan harga yang berganda-ganda lebih tinggi.. Haaaa maka rugilah orang yang beli Vitamin C ni, dengan harga yang berganda lebih tinggi padahal kalo beli Vitamin C Shaklee ni harganya dalam 50 sen je sebiji... Kesian betul!


Harga kedua-dua jenis vitamin ni sangat berpatutan...

Saturday, 15 November 2014

AWAS!!! Cucian Kering Boleh Menyebabkan Anda Gugur

Perkara  yang biasa dilakukan seharian, boleh menjadi berbahaya apabila kita hamil. Contoh, tempat kerja kita turut boleh mengundang bahaya semasa hamil, sedangkan kebiasaannya ia selamat untuk kita. Isu inilah yang kita ingin ketengahkan dalam tulisan kali ini, iaitu khusus buat mereka yang bekerja di mana-mana kedai cucian kering (dry cleaning).



Lelaki Berusia... Benarkah Masih Subur?

Sekiranya dalam artikel sebelum ini, kita telah bincangkan tentang betapa tahap kesuburan wanita merosot secara mendadak setelah berusia 35 tahun, maka kita turut tertanya-tanya apakah tahap kesuburan lelaki tidak menurun sebagaimana wanita. Benarkah lelaki berusia, masih berpeluang untuk menghamilkan wanita?

Jawapannya.......

YA & TIDAK!

Ya, kerana lelaki masih berpeluang untuk menghamilkan wanita walaupun di usia 60 tahun.

Tidak, kerana walaupun masih subur, tapi tahap kesuburan turut menurun seiring dengan usia.



Kenapa Wanita Yang Berkahwin Di Usia 35 Tahun Sukar Hamil?

Pada zaman sekarang ni, bilangan wanita yang berkahwin agak lewat semakin bertambah. Banyak faktor yang mendorong kepada perkembangan sebegini, antara yang paling utamanya ialah untuk menamatkan pembelajaran terlebih dahulu, menstabilkan kedudukan kewangan kemudian barulah memikirkan untuk berumahtangga. Kesannya, kebanyakan daripada kita mempunyai bayi dalam usia yang agak lewat. Majoritinya dalam usia 30-an. 

Permulaan yang lewat ini bakal mengundang risiko. Paras kesuburan wanita mulai menurun. Mengikut kajian, wanita sangat subur pada usia mereka 20-24 tahun, namun pada usia 35 tahun, tahap kesuburan kita jatuh mendadak sehingga kurang separuh berbanding ketika usia kita 25 tahun.


Semakin lama kita menunggu, 
semakin sukar peluang kita untuk hamil!!!

 

 Faktor-faktor Kesuburan Yang Berubah Bila Semakin Berusia

 

Sunday, 9 November 2014

Kisah Ajlaa & dan Asthma

Bulan ni bulan promosi Omega Guard kan..

Saya ni, bila cerita pasal Omega je mesti saya teringatkan kisah Ajlaa' Qaisa, anak dara saya yang sekarang dah nak masuk 4 tahun tu..

Masa Ajlaa' umur 8 bulan, first time diwadkan gara2 Bronchitis dan Pneumonia.. huhu sedih sangat kan sebagai ibu.. anak masih lagi sangat kecik, tak sanggup tengok dia kena nebulizer setiap 4 jam sekali.. bukan setakat tu, setiap hari kena amek darah lak tu.. huhuhu..

Lepas 5 ke 6 hari alhamdulillah boleh discharge.. tapi gembira kami tak lama, sebulan lepas tu diwadkan balik atas masalah yg sama.. lepas beberapa hari, doktor bagi keluar dan sambung makan antibiotik kat rumah.. yang ni pun masalah jugak, sebab dia suuuuusahhhhh sangat nak makan ubat.. huhuhu.. dahla bila start antibiotik memang kena habiskan, kan.. fuhhhh, memang mencabar!


Ajlaa' masa kena warded dulu... si bam bam saya...


Photo cover majalah PAMA tu nak macam Ajlaa' kan? Especially tang rambut tu..heheh

Kisah sedih ni, bagaimanapun dah lama tak berulang.. Alhamdulillah, asthma dia telah pun dapat dikawal... 

Bagaimana?

Jom baca...

Thursday, 6 November 2014

2 Hari Bersama Cinta Hati

Cinta hati saya, semestinya keluarga saya..

Saya ni merupakan anak bongsu dalam keluarga.. yang lebih special, jarak usia saya yg jauh membuatkan saya seperti anak kepada adik beradik saya, bukan sebagai adik dah.. hehe.. best kan..  

Saya mempunyai 6 beradik..


 Kakak sulung (62 tahun)
Abang no 2 (dah meninggal 14 tahun lepas, kalo masih ada usianya dah 59 tahun)
Abang no 3 (56 tahun)
Abang no 4 (53 tahun)
Kakak no 5 (50 tahun)
Saya (baru 32 tahun)

Haaaa unik kan.. bestnya jadi saya..ehehheh

Minyak Ikan OmegaGuard: Promosi Shaklee Bulan November 2014

Alhamdulillah, sekali lagi bersua muka pada bulan yang baru...
Bulan ni, ada kelainan sikit pada promosi Shaklee.. Kalo macam bulan lepas, ada 2 jenis produk kan iaitu  Mealshakes dan ESP. Bulan sebelumnya pun 2 produk, Mealshakes dan Shaklee Collagen Powder.. Tapi bulan ni, cuma 1 jenis produk sahaja iaitu Omega Guard (minyak ikan Shaklee), tapi ada 2 jenis promo.
Beli 6 botol  Free 1 botol
Ataupun..
Beli 2 botol pada harga diskaun (less 5%)
Haaaa best ni, especially untuk sesiapa yang taknak beli banyak-banyak sekaligus, ataupun sesiapa yang ada bajet yang terhad, tak mampu nak beli 6 botol sekaligus bolehla beli pilihan kedua tu.

Untuk Apa Omega Guard ni?


Saturday, 25 October 2014

Resepi Nasi Hujan Panas Yang Simple Dan Sedap!

Semalam hari cuti sambutan Maal Hijrah. Setahun lagi dah berlalu, kini kita dahpun masuk ke tahun 1436 Hijrah.Setiap hari yang berlalu, memaksudkan usia semakin meningkat, baki usia semakin berkurangan. Bila-bila masa, kita akan dijemput pulang. Maka bersedialah setiap ketika...

Sekian tazkirah ringkas, untuk peringatan bersama....

Sebenarnya, artikel ni nak share resepi sebenarnya... heheh... resepi yang saya buat semalam, bersempena hari cuti Maal Hijrah.. anak-anak saya suka makan ni...

Nasi Hujan Panas

Yummehhhh....

Cara Mengawal Kencing Manis Semasa Hamil

Dalam artikel Kencing Manis Semasa Hamil, kita telah ketahui tentang ibu-ibu yang berisiko untuk menghidapi kencing manis atau juga lebih dikenali sebagai GDM (Gestational Diabetes Melitus) semasa hamil, walaupun sebelum mengandung ibu-ibu ini langsung tidak mengahadapi masalah ini. Antara ibu-ibu yang berisiko adalah ibu yang mempunyai sejarah keluarga terdekat yang mempunyai kencing manis, juga ibu-ibu obes yang mempunyai berat badan melebihi 80kg.


Cara Mengawal Kencing Manis

Wednesday, 22 October 2014

40 Detik Kehamilan Yang Penuh Bermakna

Tempoh 9 bulan kehamilan adalah detik yang sangat membahagiakan buat semua pasangan suami isteri. Menyaksikan perkembangan pembesaran janin, walaupun dari dalam rahim sangat mengujakan. 

Nak tengok pertumbuhan yang menakjubkan ini? Jommm...


Hari Bertuah Buat Saya....

Weekend yang penuh, dan menyeronokkan!
Hari Jumaat, sehari suntuk saya menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee, bertempat di Holiday Villa Hotel, hotel yang baru beroperasi belum sampai setahun terletak di tempat paling femes di Kelantan iaitu Wakaf Che Yeh..
Kami hadir bertiga, saya, Jazilah (cucu Shaklee), dan piut miut Shaklee saya Kak Ila yang datang all the way from Penang semata-mata dengan misi untuk menuntut ilmu, dalam menjadikan diri sebagai seorang SID yang berilmu. Kami tak main-main dalam bisnes ni.. bukan sekadar menjual je ye, tapi sentiasa ambil peluang untuk menambah nilai pengetahuan kami dalam produk-produk Shaklee.



Oh ya malam tadi sempat belanja kak ila dinner.. cuba tengok kak ila ni.. memang terperanjat saya bila tau umur beliau.. cuba teka berapa? Hehehe...

Wednesday, 15 October 2014

Nilai Sekeping Kertas Oren

Rasanya 2 tahun lepas kot, saya join grup Rich Moms Poor Moms (closed group) kat fb.. grup ni dipelopori oleh Kak Cery (mamafaiz.com), dan terbuka untuk semua. Basically, grup ni bertujuan untuk membentuk ibu-ibu muda supaya celik perihal kewangan..

Dalam grup ni la saya belajar tentang menabung.. menabung bukan sebarang menabung, tapi menabung nilai RM yang sama.. contohnya RM1 ke, RM5 ke, RM10 ke dan seterusnya.. contoh nya, bila kita pilih untuk menabung RM5, maka bila ada wang kertas yang bernilai RM5 dalam purse kita, maka asingkan siap-siap.. jangan guna..

Tapi, masa tu tak terus apply pun.. hehehe.. 
(kalo apply dari 2 tahun lepas, dah beribu-ribu lemon gamaknya duit simpananku huhu)
Sayang kan, ilmu bila tak digunakan akan tak bermakna la kan.. sia2 je.. berkarat.. takde makna..

Maka, baru dalam 4 5 bulan lepas kot, saya mula apply konsep ni.. nilai yang saya pilih 
si kertas oren..

Apa tu?

Haaaa betul... Wang kertas RM20..


Watercolor Homemade: Mudah Je Sebenarnya...

Semalam, balik sekolah anak-anak mintak watercolor.. nak mengecat katanya.. diorang berdua ni memang macam tu, ada je benda yang nak dibuat, tak boleh duduk diam agaknya.. tapi saya suka sebenarnya, daripada diorang dok mengadap TV ke gajet ke jauh lebih baik diorang bereksperimen kat rumah.. Sepahkan rumah pun takpela, nanti kita suruh diorang kemas balik... heheheh....

Malas nak keluar beli kat kedai, saya decide untuk cuba buat sendiri.. biasala, menggugel la cari resepinya.. hehe..

Terus decide untuk cuba resepi ni.. bahan-bahan pun senang je, benda-benda yang biasa ada kat dapur je..

Jom saya share..

Wajibkah Minum Air Gula Semasa Hamil?

Bagi saya la kan, minum air gula masa hamil ni memang tak best.. huhuhu.. tapi best tak best pun memang kena hadap jugak.. takleh nak lari dah.. ibu-ibu lain pun rasanya begitu, mesti saat kena minum air gula tu adalah saat paling tak menyeronokkan semasa hamil..kan?



Sebab apa kena minum air gula?


Sunday, 12 October 2014

Resepi Nugget Buat Sendiri (Homemade Semestinya!)

Dulu-dulu, suka sangat makan nugget. Memang selalu beli. Kalo tak beli yang cucuk-cucuk jual tepi jalan tu, mesti beli yang kat supermarket pastu balik goreng kat rumah. Heaven! Sambil-sambil tengok tv minum teh petang-petang kan...

Tapi, semenjak-menjak agak prihatin dengan nilai kesihatan diri, makin kurang dah beli benda-benda yang tak berapa bagus macam tu. Insaffff.... huhuhu...

Rasa kehilangan, sebab kita suka makan kan. Tapi terpaksa berkorban, kesihatan bukan nilainya seringgit dua.. Mahal wooooo... Tak sanggup korbankan kesihatan demi kesedapan yang sebentar cuma.. Chewahhhh... hahahah...

Lepas tu, baru je 3 hari lepas terbukak hati nak cuba buat sendiri. Bila buat, terus ngappp panas-panas.. Tak sabar.. Muahahahaa... Guess what??? Wahhhhhh sedapnya... Betul ke aku yang buat ni... Hahahhaah...



Ada member cakap, takde rupa nugget pun.. Rupa macam goreng pisang ada laaa... heheheh... Mungkin sebab bread crumb tu kot.. Jenis bread crumb yang besar sikit, so jadi macam goreng pisang ahahaha... Pedulikan.. Yang penting rasa sedap hokayyy...

Cmane nak buat? Senang saaaaaangat.. Tak sangka pun sesenang ni rupanya nak buat nugget.. Jom, saya share resepi kat sini...

Petua Atasi Anemia Semasa Hamil

Ramai wanita yang mengalami sedikit masalah anemia sebelum hamil. Ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi yang terdapat dalam tubuh wanita. Masalah ini perlu dirawat dengan segera, seboleh-bolehnya sebelum kehamilan kerana proses kehamilan dan kelahiran memerlukan lebih banyak zat besi dari tubuh.



Bagi wanita hamil khususnya, anemia sgt bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah anemia juga bahaya kepada bayi yg dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan.

Monday, 29 September 2014

Kenapa ESP Penting Untuk Wanita Hamil?

Biasanya, set asas semasa hamil yang dicadangkan untuk ibu-ibu hamil adalah B-Complex, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix. ESP tidak termasuk dalam set asas yang dicadangkan. Namun begitu,ini tidak bermakna ESP tidak penting, malah ianya sama pentingnya dengan vitamin-vitamin yang lain.

Protein adalah bahan binaan (building blocks) yang diperlukan untuk membentuk  tubuh bayi. Otot, daging, kalenjar dan cecair tubuh  hampir semua terbentuk daripada protein. Daging dan ikan adalah sumber protein yang utama. Sesetengah kekacang dan bijirin juga mengandungi protein yang disebut sebagai protein tumbuh-tumbuhan.

Protein terdiri  daripada rangkaian asid amino. Terdapat lebih 20 jenis asid amino dan 13 daripadanya boleh di bina oleh tubuh badan sendiri. Terdapat 9 jenis asid amino yang hanya diperolehi melalui pemakanan. Asid amino ini digelar ‘essential amino acids’.



Sunday, 28 September 2014

Bahayakah Keputihan Semasa Hamil?

Kebanyakan ibu mula mendapati mereka mula mengalami keputihan sejak mula-mula mengandung, walaupun sebelum ini masalah tersebut tidak pernah berlaku. 

Keputihan ini biasanya berwarna putih kekuningan dan pekat seperti dadih. Ianya biasanya menyebabkan kegatalan pada bahagian vagina dan adakalanya mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

Hampir semua keputihan yang berlaku ketika mengandung adalah disebabkan organism yis yang diberi nama candida. Ia sering berlaku ketika mengandung kerana perubahan yang berlaku disekitar vagina. Kawasan vagina yang menjadi lebih panas dan lembap menggalakkan lagi pertumbuhan organism ini.

Rawatan


Friday, 26 September 2014

Anugerah Dari Allah

Lama dah nak tulis entry berkenaan ni sebenarnya, tapi entah mengapa tak tertulis.

Jadi, walaupun agak lambat, takpela ye.. Layan je.. entry ni lebih kepada kenangan di masa depan, mengenai kandungan saya yang ketiga ni.. Maklumlah 2 kandungan yang lepas, masa tu takde blog lagi so kali ni kita jadikan kenangan ya..

Period last saya aritu pada 12 Jun 2014, iaitu beberapa hari selepas pulang dari menghadiri National Conference Shaklee di Sunway.. Julai tu merupakan bulan puasa.. Masa dah lewat beberapa hari tu, macam agak pelik jugaklah sebab biasanya period saya tak pernah lewat, namun saya tak terfikir pun rupanya saya hamil.. Bila dah dekat 2 minggu lewat (20th ++ Julai), barulah saya agak saya hamil.. Suami cakap tunggu birthday dia, 4 Ogos baru cek.. Kira macam hadiah besday la.. heheheh…

So, masa 4 Ogos tu, kami cek.. Ya Alhamdulillah, walaupun samar-samar tapi nampak la jugak double line tu.. So, kalo ikutkan minggu, kiraan dari last period maka masa tu dah dekat 8 minggu.. 2 3 hari selepas tu, kami pergi cek kat klinik, scan untuk sahkan.. Dan Alhamdulillah, memang positif.. ≧◠◡◠≦✌

Samar-samar masa buat UPT kat rumah

Tuesday, 23 September 2014

Perlukah Episiotomi Semasa Proses Melahirkan?

Apa itu episiotomi sebenarnya?


Mungkin ramai lagi bakal-bakal ibu, terutamanya yang sedang hamil buat kali pertama yang tertanya-tanya tentang apa yang dimaksudkan dengan episiotomi..

Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia lebih mengenali episiotomi sebagai 'gunting di bawah'. Kedengaran amat menakutkan, bukan? Maka tak hairanlah ada ibu-ibu yang lebih takutkan episiotomi daripada proses melahirkan itu sendiri.



Sunday, 21 September 2014

Himpunan Testimoni Herbal Blend Krim Pelbagai Guna

Ramai ibu bapa, yang anak mereka mengalami masalah kulit seperti kering, ruam, gatal-gatal dan ekzema. Kadangkala, kulit yang terlampau kering ini, bila digaru akan boleh menyebabkan sehingga luka dan berdarah, serta boleh menyebabkan jangkitan.


merawat ekzema
Ekzema

Anak saya juga tidak terkecuali, terutama Ajlaa’. Ammar bila dah besar ni nampak macam dah ok dh kulitnya. Ajlaa’ memang kesian.

Wednesday, 17 September 2014

Hati-hati Dengan Pendarahan Semasa Trimester 2 & 3

Pendarahan semasa hamil pasti menimbulkan perasaan bimbang bagi bakal ibu yang mengalaminya.  Bimbang ianya akan menjejaskan keselamatan janin dalam kandungan. Namun, biasanya yang sering kita dengar adalah pendarahan semasa awal kehamilan, iaitu trimester 1. Namun, sebenarnya terdapat juga pendarahan yang berlaku pada trimester 2 & 3.

Terdapat beberapa punca

Tuesday, 16 September 2014

Cara Mudah Tingkatkan Hemoglobin Semasa Hamil

Setiap kali buat 'check-up’ kat klinik, biasanya kita diambil sedikit darah pada hujung jari untuk tujuan memeriksa kandungan hemoglobin (HB) dalam badan kita. Kandungan hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan anemia. Ibu yang mengalami anemia akan cepat berasa letih dan dalam keadaan yang lebih serius, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Jangan ambil ringan ya para ibu…

Sunday, 14 September 2014

Senarai Semak Barang Keperluan Bayi Sebelum Bersalin

Bakal ibu bapa baru, pasti teruja untuk menyediakan kelengkapan awal untuk bayi. Ada yang sejak awal-awal kehamilan lagi, dahpun menyediakan kelengkapan bayi dengan secukupnya. Namun ada juga yang menunggu sehingga detik-detik akhir, barulah mula membeli keperluan bayi. Mungkin kerana mengikut kepercayaan orang-orang tua, kelengkapan bayi seeloknya tidak disediakan dalam tempoh terlalu awal. Wallahualam.

Apapun, yang pasti masing-masing bakal ibu bapa pasti tertanya-tanya apa yang perlu dibeli bagi menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga, terutama bagi yang bakal menjadi ibu bapa buat pertama kali. 



Apa Perkara Penting Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Hamil?

Sesetengah makanan, mu ngkin membawa risiko kepada kehamilan. Mungkin risikonya terlalu kecil, dan kadang kala tidak meninggalkan kesan kepada kita ataupun bayi kita jika kita termakannya. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kita lebih prihatin, dan tidak mengambil makanan berisiko tersebut.

Makanan Yang Perlu Dielak Semasa Hamil

Wednesday, 10 September 2014

Cara Elak Kejang Kaki Semasa Hamil

Sesiapa yang pernah hamil, pasti pernah alami keadaan ni.

KEJANG KAKI / CRAMP!!!

Sakit kan? Sakit sangat rasanya.. Sampai esok siang pun, masih lagi terasa sakitnya.

Pengalaman mengandung Ammar dan Ajlaa' dulu pun sama,

Wednesday, 3 September 2014

Promosi Berganda Shaklee: Bulan Ni Je Tau...

Promosi BERGANDA dari Shaklee untuk September 2014!

Ya, buat julung-julung kalinya, Shaklee mengadakan promosi berganda bagi produk Shaklee.

Biasanya, 1 bulan 1 produk, tapi pada bulan ini, 2 PRODUK iaitu MEALSHAKES & SHAKLEE COLLAGEN POWDER. Haaaa memang best! Tak pernah-pernah lagi Shaklee buat macam ni...

Wednesday, 20 August 2014

Anda Perlukan B-Complex Bila.............

Ramai orang tak sedar bahawa dia sememangnya perlukan B-Complex, sebagai makanan tambahan seharian. Bila dah tersedar, hakikatnya masa tu dah mungkin agak terlambat. Suplemen ni bukan ubat. Ubat diambil semasa sakit, namun suplemen seharusnya diambil semasa badan masih sihat, untuk mengisi lompong-lompong kekurangan vitamin yang diperlukan oleh badan.





Tanda-tanda Kekurangan B-Complex

Khasiat B-Complex Shaklee Untuk Tubuh

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavalaibility) yang sangat tinggi dan berkualiti, Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak  mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis komponen penting yang perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin B dalam tubuh.

B1, B2, B3, B6, B12, Asid Folik, Biotin, Panthotenic Acid. 


Adat Menyambut Kelahiran: Antara Syafaat & Khurafat

Masyarakat Melayu khususnya, punyai pelbagai adat yang kadangkala bertentangan dengan ajaran agama Islam. Adat-adat ini diamalkan secara turun temurun, sehinggakan sekiranya kita sebagai ibu bapa muda enggan melakukannya akan dianggap derhaka dan menolak adat warisan. Serba salah jadinya....

Namun, hakikatnya kita memang kena kembali kepada ajaran agama. Apa yang tidak bertentangan, maka bolehlah kita ikut namun sekiranya sah-sah ianya menyimpang dari ajaran Islam maka wajarlah untuk kita menolak.

2 Amalan Kebiasaan Orang Melayu


Tuesday, 19 August 2014

Kelebihan & Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint Ginger Plus Shaklee merupakan kombinasi 4 herba dari Timur dan Barat, dan ianya dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Secara klinikal, ianya sangat membantu dalam merawat atau mencegah  masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan masalah penghadaman.



Manfaat Utama Peppermint Ginger Plus


7 Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Anda hamil???

Tahniah!!!!

Hamil itu indah, tapi ramai yang rasa trauma dengan alahan teruk yang dihadapi semasa hamil, terutama pada peringkat awal kehamilan iaitu trimester pertama. Muntah yang kerap, badan lemah longlai tak bermaya, alah dengan bau (biasanya bau minyak wangi dan bau menumis), dan pelbagai lagi alahan yang berbeza-beza, dihadapi oleh ramai ibu hamil. Namun, ada juga ibu-ibu yang memang tak kena alahan ni (morning sickness) dan mereka memanglah saaaaangat beruntung...

muntah


Kali ini, kita cuba amalkan beberapa tips seperti di bawah. Mana tau, dapat juga bantu untuk kurangkan rasa loya dan alahan kita ketika hamil.

Let's check it out!

Monday, 4 August 2014

Cara Makan GLA Shaklee Untuk Hamil

Pengambilan GLA Complex, untuk hamil ada caranya. Dan cara ini bergantung kepada individu masing-masing. Setiap orang tak sama. Salah cara makan, mungkin tak mendatangkan hasil yang diinginkan. 

Jadi, jom kita cek, cara makan GLA Complex bagi mereka yang ingin hamil.


Tips adalah seperti berikut:

Sunday, 3 August 2014

Kombinasi Vitamin Shaklee Untuk Kulit Cantik Dan Gebu

Kulit cantik merupakan idaman semua orang. Bila kulit cantik, keyakinan diri pun akan secara otomatiknya akan meningkat. Kita takkan rasa segan nak jumpa orang, rasa lebih berkeyakinan. Rupa paras yang cantik, tapi kalau kulit kusam pun tak guna jugak kan?

set kulit shaklee

Banyak faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kulit kita, selain genetik. Persekitaran dan pemakanan turut memainkan peranan yang tak kurang hebatnya. Persekitaran merupakan faktor yang di luar kawalan kita, namun pemakanan merupakan sesuatu ya ng kita boleh kawal. Ambillah makanan yang baik untuk kesihatan kulit. Nak tau apa makanan yang baik untuk kulit, boleh baca di 5 Rahsia Kulit Cantik Macam Aishwarya Rai.

Saturday, 2 August 2014

Ketahui Bagaimana GLA Dapat Membantu Pesakit Diabetes

Kadar pesakit kencing manis, atau penghidap diabetes semakin meningkat di Malaysia. Graf yang semakin menunjukkan peningkatan yang ketara ini  mungkin berpunca dari pola pemakanan yang amat tidak seimbang di Malaysia. Rata-rata gemar menikmati nasi lemak, roi canai, teh tarik, makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan mi serta pengambilan minuman bergula / berkordial / berkarbonat hampir setiap hari.


graf pesakit diabetes

Friday, 1 August 2014

Gla Shaklee: Faedah Dan Kebaikan Untuk Semua

Alhamdulillah, hari ni merupakan Hari Raya Aidilfitri hari yang ke 5, juga merupakan hari pertama dalam bulan Ogos. Seperti biasa, hari pertama setiap bulan menjadi debaran bagi kebanyakan para Pengedar Bebas Shaklee, juga tak ketinggalan para pengguna tegar suplemen Shaklee. Ya lah, hari pertama merupakan hari pengumuman produk apakah yang menjadi produk promo untuk bulan itu. Jadi, masing-masing tertunggu-tunggu.

Dan.... promosi bulan ini ialah......

Tuesday, 15 July 2014

4 Cara Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Kehamilan memang sesuatu yang sangat indah. Namun, bentuk badan yang terhasil sepanjang proses kehamilan, boleh menjadi igauan ngeri buat ramai kaum ibu. Ramai yang mengadu, rata-rata mereka dahpun 'lost shape' selepas bersalin. Menggeleber, selulit di sana sini. Badan yang persis model semasa zaman anak dara hanya tinggal kenangan. Sebab itu, ramai yang mencari cara dan petua untuk kuruskan badan selepas bersalin.

cara kuruskan badan selepas bersalin

Cara Untuk Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk turunkan berat badan selepas bersalin....                           

Monday, 14 July 2014

Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat!

Bulan puasa, bulan yang terbaik untuk kita ambil peluang untuk kuruskan badan.. Ya lah, bulan-bulan lain, waktu siang tu agak tak boleh nak tahan nafsu makan kan? So, memang agak kerap la ke laut diet kita tu.. heheh... Tapi bulan puasa ni, nak tak nak memang lah kita tak makan waktu siang tu.. Jadi inilah peluang terbaik untuk kita untuk tampil kurus di hari raya. Bukan sahaja untuk kurus, malah dapat bekalkan tenaga berpanjangan walaupun sedang berpuasa. Takdela nak melepek je...


Bagaimana Shaklee Dapat Bantu Kuruskan Badan Dengan Cepat?


Wednesday, 9 July 2014

Mari Menyumbang Untuk Gaza

Rasanya Muslim yang prihatin pasti dah tau kan semenjak 2 hari ni, Gaza kembali bermandi darah (walau hakikatnya memang sentiasa bermandikan darah sejak ratusan tahun dahulu lagi). Sedih sangat, sayu hati, hampir menitis ari mata bila tengok gambar-gambar saudara kita di sana yan g terbunuh dan cedera parah. Di saat kita di sini bermewah-mewah dengan hidangan iftar memenuhi meja, namun saudara kita di sana sahurnya di dunia namun iftarnya sudahpun di syurga.
Innalillah...

Tak sanggup rasanya untuk kongsikan gambar-gambar mereka di sini.. Namun kalian boleh tengok di merata-rata tempat, ramai yang kongsikan kesengsaraan dan penderitaan mereka..

Cuma satu yang saya ingin kongsikan di sini...

Rangkaian Set Shaklee Pilihan Ramai

Produk Shaklee ni, ada banyak sangat cadangan-cadangan yang telah diatur, bersesuaian dengan apa yang kita perlukan. Contohnya, set yang digabungkan bagi merendahkan kolestrol dalam darah, set untuk mengawal kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes, set untuk membantu ibu-ibu dalam penyusuan bayi dan macam-macam set lagi yang ada.

suplemen shaklee


Untuk order, Shaklee sekarang menyediakan shopping cart,

Saturday, 5 July 2014

Tutorial Mudah eSell Untuk Pengedar Sah Shaklee

Assalamualaikum semua kawan-kawan pengedar Shaklee..

Memandangkan sistem eSell ini baru je dilancarkan oleh pihak Shaklee, saya rasa mungkin ramai lagi yang belum berkesempatan untuk meneroka dan menggunakan sistem tersebut. Jadi di sini, saya kongsikan tutorial mudah buat semua.. Semoga dapat membantu ;-)

Friday, 4 July 2014

Ketahui Cara Membeli Sendiri Produk Shaklee Tanpa Perlu Jadi Ahli Dengan Menggunakan eSell

Alhamdulillah... Berita baik buat semua...

Kini, kalian tak perlu jadi ahli dan tak perlu mencari-cari mana-mana pengedar Shaklee untuk membuat belian mana-mana produk Shaklee.. Kini, anda dah BOLEH ORDER SENDIRI.. Caranya adalah dengan menggunakan aplikasi eSell, satu aplikasi yang baru dilancarkan oleh pihak Shaklee..

shopping cart shaklee

Saturday, 28 June 2014

Ramadhan Madrasah Terbaik Untuk Kita

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan lagi usia untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini... Semalam Alhamdulillah, kami sekeluarga merasmikan terawih di Masjid Baru Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh.. Dekat je dengan rumah, 3 minit je naik kereta.. Gambar takde, sebab phone tak bawak malam tadi.. so, tengok gambar ihsan google je la ye ;-) Masjid ni sederhana je luasnya, di atas bangunan shoplot.. apapun, anak-anak seronok sebab ramai rakan-rakan sebaya dengan diorang datang masjid ni.. Solat kejap je, pastu sibuk nak main... hmmmm budak-budak katakan...

Yang nampak kubah bahagian depan, itulah masjid.. unik kan?

Monday, 23 June 2014

DIY : Resipi Mudah Buat Sosej Sedap & Bebas Pengawet


daging ayam

Entry kali ni, saya share resepi. Actually resepi ni saya amek dari blog adik beradik Shaklee saya, Anida Ae (mom-station.com). Sebab utama saya masukkan resepi ni dalam blog sendiri supaya senang nak refer nanti2.. Anak saya Ajlaa' Qaisa tu suka sangat makan sosej, tapi saya jarang sangat beli sebab tau tak bagus kan makan makanan terproses ni selalu... So bila dah ada resepi sosej secara homemade ni, memang kena buatlah untuk anakanda tercinta..

Saturday, 21 June 2014

Vitamin E Sebagai Antioksidan yang Hebat Melawan Radikal Bebas

90% masalah kesihatan atau penyakit adalah angkara radikal bebas.

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah merupakan suatu molekul atau atom yang sangat tidak stabil karena memiliki satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan. Elektron tak berpasangan tersebut akan berusaha mencari electron lain untuk menjadi pasangannya. Jika elektron yang diambil menjadi pasangannya adalah electron dari molekul dalam sel-sel tubuh kita maka terjadilah perubahan dan penyebab kepada proses penuaan, atau lebih merbahaya lagi menjadi sel-sel kanser. 

Thursday, 19 June 2014

Perkongsian Forum di Karnival Hijrah Negeri Kelantan

Kat Kelantan sekarang ni tengah ada program Karnival Hijrah, bertempat di Balai Islam Lundang. Tapi, arini last la.. Hehehe... Bermula 11 Jun aritu, dan berakhir arini 17 Jun...


Semalam saya sempat join program Bicara Sakinah: Forum yang bertajuk Keluarga Mithali Impian kita.. Forum ni jemput 2 orang ahli panel, iaitu Ustaz Dr Izhar Ariff Mohd Kashim dan Ustazah Zawiah Hassan. Alhamdulillah banyak sangat ilmu yang saya dapat, dan ingin saya kongsikan dalam entry blog ini apa yg saya mampu.

Perkongsian Intipati Forum

Monday, 16 June 2014

National Conference Shaklee 2013/2014 di Sunway Pyramid Convention Centre

Pada setiap tahun, Shaklee akan mengadakan National Conference. National Conference ni macam Perhimpunan Agung Tahunan la kan, lebih kurang. Biasanya National Conference Shaklee ni akan diadakan pada awal Jun setiap tahun. Contohnya, pada tahun ni diadakan pada 7-9 Jun lepas, untuk meraikan kejayaan pada cycle 2013/2014. Cycle Shaklee ni bermula Mac setiap tahun, dan akan berakhir pada Februari berikutnya. 

Shaklee National Conference ni diadakan untuk menghimpunkan seluruh (takde la seluruh pun sebenarnya, sebab kalo seluruh memang tak muat hall la heheheh) Pengedar Bebas Shaklee seluruh Malaysia. Masa conference inilah, para SID yang dah berjaya memenuhi criteria yang Shaklee tetapkan akan naik ke pentas untuk menerima award masing-masing. Bukan award je tau, tapi ada juga yang terima cash bermula dari RM2500 sehinggalah RM50,000. Tengok kategori lah… Cewah, macam ABPBH pulak ku rasa berkategori kategori ni....

Tuesday, 10 June 2014

Percutian 5 Star 3 Hari 2 Malam Tajaan Penuh oleh Shaklee di Sunway Resort Hotel & Spa

Alhamdulillah, untuk cycle Shaklee yang lepas, saya berjaya mendapatkan 1 keping tiket percutian Shaklee ke US ataupun 3 tiket percutian di Sunway Resort Hotel & Spa. Kena pilih, mana satu yang kita nak. Lepas perbincangan dengan suami, saya mengambil keputusan untuk memilih percutian di Sunway Resort.







Percutian ini diadakan serentak dengan National Conference Shaklee 2013/2014 yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre. Alhamdulillah, kali ni saya dapat bawak seluruh ahli keluarga, iaitu suami dan anak-anak serta mak sekali...

Anak-anak tak payah cakaplah kan, memang seronok sangat lah especially bila dapat mandi kolam. Diorang ni memang pantang jumpa kolam. Berendam 5 6 jam pun takde masalah diorang ni. Hehehe... Satu lagi part diorang paling excited sebab kami ke KL dari KB naik flight, balik ke KB balik pun dengan flight jugak.. Memang saja nak bawa diorang naik flight, tak pernah lagi sebelum ni diorang naik flight kan... hihihi...

Monyok tunggu flight delay...hehehe...
Tak suka pakai seat belt....
Makan biskut secara overexcited....

Ammar tidur dah...


Awan memutih macam kapas...

Ajlaa', masa on d way pergi, dia cakap takut. Banyak soalan dia tanya saya.. "Nape kapal terbang naik bukit lah (masa take off), nape kapal terbang berhenti la (masa kat atas), takut kapal terbang jatuh dalam air la (masa nak touch down).. Hehehe... Ammar ok je, memang excited padahal masa tu dah dekat 12 tengah malam.. Masa on d way balik, Ajlaa' kata dia takut sikit, tak takut banyak dah.. Ammar pulak tidur... hmmmmm....

Masa kat Sunway tu tak sempat nak amek gambar banyak-banyak kat hotel sebenarnya.. Sebab aktiviti agak pack dengan National Conference Shaklee.. Apapun jom lah layan mana yang ada gambarnya....












Untuk hari ke 3, sepatutnya kami masuk ke Sunway Lagoon Theme Park secara percuma. Main lah apa-apapun free je. Siap dapat elaun makan lagi, Shaklee bagi RM50 sorang. So, dapat beli apa-apa makanan dalam tu guna elaun ni lah..

Tapi, saya tak dapat join program hari ke 3 ni sebab suami dah start exam akhir sem di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Dia ke Penang terus, kami balik ke KB. Takpelah, takde rezeki la tu maknanya untuk kami bergembira di Sunway Lagoon.. Insya Allah, bila Allah izinkan suatu hari nanti kami akan sampai juga ke sana, walaupun time tu kena bayar dh la kan.. Heheheh..

Trip dengan Shaklee ni memang best.. Semua free, duit poket pun dapat, welcoming gift pun dapat jugak. Asal balik bilik malam-malam je mesti ada hadiah kt atas katil. Best kan? Ni hadiah malam pertama, hadiah malam kedua lupa nak snap...huhuhu...



Untuk next year, percutian ke luar negara adalah ke Italy. So, kita target untuk ke sana pulak ok ;-)

Anda nak bersama kami untuk grab segala offer menarik yang Shaklee tawarkan? Mudah je, caranya dengan daftar jadi ahli dulu la... Tak mahal pun, cuma RM75 seumur hidup, ataupun boleh dapat keahlian percuma tapi ada syaratnya lah... 

Boleh baca di  SINI...

Ataupun SINI...

Ataupun SINI...

Dan juga SINI...

Anda memang boleh menjana pendapatan melalui Shaklee... Boleh baca di SINI...

Nak tau kenapa saya suuuukaaaa sangat berniaga Shaklee? Boleh tengok di SINI...

Jangan buang masa lagi... Cepat-cepat buat keputusan... 

Be Part of  The Shaklee Effect!


Boleh call saya sekarang!!

iR Efie Muhamad 
ID Shaklee: 869620
019-9890707