Kejadian Ikan Naik ke Darat

  • Tuesday, December 24, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Subhanallah...

Baru lepas menyaksikan video fenomena ikan tamban naik ke darat di Lahad Datu, Sabah pada hari ini, 24 Dec 2013.. Fenomena sama pernah berlaku pada tahun 2006 sebelum kejadian Tsunami pada 26 Dec, juga semasa kejadian ribut Greg pada 26 Dec 1996. Mungkin  sekadar kebetulan, ataupun ianya satu petanda wallahualam.

Kejadian berlaku di Kg Tambisan Lahad Datu. Menurut kata orang-orang tua di sana, ia mungkin membawa petanda tertentu.




Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora…

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini.


Apapun, semoga kita semua dilindungi dari segala mara bahaya... Moga Allah lindungi kita semua...

Amin...

You Might Also Like

0 comments