Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung

  • Friday, December 06, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Kencing manis merupakan salah satu masalah semasa kehamilan yang kerap berlaku di kalangan ibu hamil. Walaubagaimanapun, 70% di kalangan mereka yang menghidap penyakit ini semasa hamil, akan kembali pulih seperti sediakala selepas melahirkan. Namun, kerap juga di kalangan mereka yang akan menghidapi Diabetes Jenis Kedua di kemudian hari.

Boleh rujuk disini bagi mengetahui siapa yang berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung.

Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung


Berikut adalah komplikasi yang mungkin berlaku sekiranya kencing manis tidak dikawal dengan baik:-

➨ Kepada Bayi

  • Risiko tinggi untuk keguguran
  • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
  • Saiz bayi yang terlalu besar sehingga menyukarkan proses pelahiran
  • Bayi senang lemas terutama apabila menghampiri waktu jangkaan bersalin
  • Polyhydramniosis - air ketuban yang berlebihan didalam rahim > boleh merisikokan untuk kelahiran bayi pramatang / kematian
  • Bayi akan lebih mudah mendapat obesiti atau kencing manis bila dewasa
  • Bayi berisiko untuk hipoglisemia
  • Risiko tinggi untuk berlaku kecacatan kongenital terutama jika kencing manis berlaku dalam 3 bulan pertama




➨ Kepada Ibu

  • Risiko tinggi untuk mendapat pre-ekslampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan  protein dalam air kencing)
  • Risiko tinggi untuk dijangkiti vaginal moniliasis (jangkitan faraj)
  • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka semasa bersalin yang menyebabkan luka lambat sembuh
  • Risiko untuk mendapat Diabetes tahap Kedua selepas bersalin

Ibu-ibu yang mempunyai kencing manis mestilah melahirkan bayi pada minggu ke 38. Ini kerana salah satu komplikasi yang amat ditakuti adalah bayi tiba-tiba lemas dan meninggal di dalam perut semasa menghampiri waktu jangkaan bersalin, Selalunya, ibu-ibu akan di'induce' untuk tujuan ini.

Selepas dilahirkan, bayi perlu berada di bawah pemerhatian pakar kanak-kanak kerana bayi ini senang mendapat hipoglisemia atau kurang gula. Ini kerana semasa di dalam rahim, bayi ini sentiasa terdedah kepada glukos yang tinggi. Oleh itu, sistem pankreas bayi akan mengeluarkan insulin yang banyak untuk menangani glukos ini. Apabila dilahirkan, sumber glukos daripada ibu terputus sedangkan paras insulin adalah tinggi. Inilah yang menyebabkan hipoglisemia berlaku.

Kebiasaanya selepas bersalin, kandungan gula akan kembali normal. Selepas 6 minggu, ibu-ibu akan dikehendaki untuk menjalani semula ujian MOGTT untuk memastikan samada kencing manis aka berterusan atau tidak.



Bagaimana Suplemen Shaklee Dapat Membantu?     



shaklee untuk kencing manis semasa hamil



-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)


You Might Also Like

0 comments