Banjir Kuantan & Kemaman; Ayuh Hulurkan Bantuan

  • Saturday, December 07, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Musim tengkujuh tiba lagi..

Hujan lebat yang tidak berhenti beberapa hari telah menyebabkan bencana banjir di beberapa negeri di pantai timur dan kawasan selatan tanahair. Daerah Kuantan & Kemaman mencatatkan bencana banjir antara yang terburuk dalam sejarah, kini berada dalam keadaan kritikal dan serba kesulitan.






Petikan dari Astroawani 
>> 4 Disember 2013

KUALA LUMPUR: "Ibu bapa terpaksa ikat perut bagi memberi makanan lebih kepada anak-anak".

Itulah gambaran yang diberi oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Kuantan, Datuk Abdul Manan Ismail susulan kejadian banjir teruk yang melanda Kuantan beberapa hari lalu.

Menurut beliau, simpanan makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir memang sudah sedia ada.

Walaubagaimanapun, dengan keadaan banjir yang tidak diduga ini, stok-stok ini tidak mencukupi untuk menampung semua permintaan.

"Keadaan semakin teruk pagi ini dan setiap pusat pemindahan dipenuhi mangsa banjir sehingga beribu orang. Sebagai contoh di Bukit Rangin serta kawasan Pandan terdapat seramai 1,500 mangsa banjir masing-masing.

"Keadaan ini tidak kami jangka. Ini menyebabkan bekalan makanan, selimut dan tilam yang ada tidak mencukupi. Makanan memang tidak mencukupi dan kami kini sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk semua mangsa banjir," kata Abdul Manan.

Beliau menambah, air pasang dijangka berlaku pada malam ini dan jika ini terjadi, keadaan mungkin akan kembali teruk seperti awal pagi tadi.

"Air yang naik sekarang ini hanya surut sedikit sahaja berbanding pagi tadi. Jika terjadi air pasang besar malam ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk surut," tambah beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, operasi menyelamat masih diteruskan disamping memastikan makanan serta keperluan lain dapat dibekalkan secepat mungkin kepada mangsa-mangsa banjir.

"Terlalu ramai yang terpaksa di pindahkan. Beberapa pusat pemindahan ada yang mencecah kepada 3,000-4,000 orang. Keadaan agak kucar-kacir dan jika ada air pasang malam ini, pemindahan kali kedua terpaksa dilakukan.

"Saya harap orang ramai beri kerjasama. Ada yang degil tidak mahu berpindah walaupun rumah sudah dimasuki air. Keutamaan kami adalah untuk memastikan semua mangsa selamat dan mendapat segala jenis bantuan yang cukup," tambah Fuziah.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar membuat aduan terus kepada beliau jika terdapat kekurangan makanan atau bantuan agar aduan tersebut dapat terus dimaklumkan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Bagaimana Ingin Menyumbang?

 

 Ada banyak badan yang mengutip sumbangan bantuan untuk mangsa banjir..

Antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)..

Jom tambahkan saham akhirat kita dengan hulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Insya Allah..



-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

0 comments