Friday, 22 November 2013

Kenapa Saya Memilih Shaklee Berbanding Yang Lain?

Saya tidak pernah merasai pengalaman bekerja makan gaji. Jika orang lain, lepas sahaja grad, pasti sibuk menghantar resume ke syarikat-syarikat bagi mencari pekerjaan. Menghadiri interview sana-sini. Namun saya tidak begitiu. Habis sahaja belajar, saya terus bekerja dengan syarikat milik abang ipar, bukan sebagai pekerja yang bergaji namun sebagai rakan kongsi.
4 tahun saya di sana, kemudian saya beralih arah. Membuka sebuah butik keperluan bagi ibu-ibu hamil dan menyusu, sebagai tanda sokongan saya yang tidak berbelah bagi terhadap dunia penyusuan susu ibu. Namun, cabaran bagi menguruskan sebuah butik ini besar, terutama bagi kita yang baru mula nak bertatih berniaga. Dengan overhead cost ribuan ringgit setiap bulan, belum dikira lagi kos pengubahsuaian butik yang menelan belanja puluhan ribu ringgit, maka ianya agak sukar untuk kita bertahan.

 

Kenapa Saya Suka Sangat Berniaga SHAKLEE?

 Perkenalan saya dengan Shaklee adalah secara dengan tidak sengaja. Bermula dengan meletakkan consignment suplemen untuk penyusuan, rakan saya telah mendaftarkan saya sebagai ahli Shaklee, memandangkan produk-produk Shaklee yang saya letakkan di butik saya melayakkan saya untuk mendapat keahlian Shaklee secara percuma. Alaaa, bukan banyak pun, hanya pembelian melebihi RM650, dahpun layak dapat free membership dah. Maka dari situlah, kecintaan saya terhadap Shaklee bercambah.
 Yang paling utama mengapa saya suka Shaklee, sebab saya dapat berniaga dengan tenang. Tanpa perlu risaukan overhead cost yang beribu-ribu sekiranya berniaga menggunakan premis fizikal. Kos yang perlu dibayar cuma kos elektrik dan internet, yang saya pasti kalau saya tak berniaga Shaklee pun, kos-kos ini memang tetap saya kena bayar.

Syukur
, saya dipertemukan dengan Shaklee.

Melalui Shaklee, saya mendapat sekurang-
kurangnya 3 perkara setakat ini.

CASH - dah setahun lebih shaklee beri saya bonus setiap bulan. Bermula hanya dari RM30, kini bonus saya dah dapat membiayai pinjaman rumah, persekolahan anak, makan minum setiap hari, belanja untuk mak ayah, adik beradik, bayar segala hutang piutang dengan bank dan lain-
lain lagi.

CAR BONUS - Alhamdulillah, pinjaman untuk kereta saya Toyota Wish memang saya gunakan dari bonus kereta Shaklee bagi.. & ada balance lagi, boleh simpan utk bayar maintainance kereta pulak..

CONVENTION TRIP - tahun ni saya layak 1 tiket ke Kota Kinabalu tajaan Shaklee pada bulan
September lepas..Untuk tahun depan, saya dah layak dapat 2 tiket untuk National Trip, dan sedang berusaha untuk dapatkan tiket International Trip.... jadi nanti, saya boleh pilih samada nak bercuti dalam negara bersama keluarga, ataupun nak menunaikan umrah / pergi ke US.. Yang tu kita pikir nanti... hehehe....

Hidup saya memang berubah dengan Shaklee... Berubah sepenuhnya... Samada dari segi kewangan, juga dari rohani insya Allah....

Bagaimana Ingin Menjadi Ahli Shaklee dan Berniaga Shaklee?

Ada 4 pilihan.
1) Yuran pendaftaran RM75
2) Beli produk Shaklee berjumlah RM650, terus melayakkan anda untuk menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA
3) Beli 2 botol VIVIX
4) Beli 3 kotak Shaklee Collagen Powder
Yang bagusnya, keahlian Shaklee ini adalah untuk seumur hidup. Tak payah nak renew2 dah setiap tahun. 
Dan sekiranya anda berminat untuk berniaga Shaklee, menjana pendapatan bersama Shaklee maka anda harus mempunyai semangat yang kental dan sanggup belajar... Sekiranya anda mempunyai 2 ciri ini, anda memang LAYAK BERSAMA KAMI.. Selepas mendaftar dengan saya, saya akan masukkan anda ke dalam grup eksklusif kami, dimana banyak tips-tips marketing kita akan pelajari di sana, dan juga akan mendapat bimbingan yang berterusan. Tapi tu sekiranya daftar dengan saya la, kalau daftar dengan orang lain memang tak dapatla saya masukkan ke dalam grup eksklusif kami ini.
Jadi, pilihan di tangan anda. Jangan tunggu lama-lama, kerana masa itu lebih berharga dari emas kan?
Mari berubah, keluar dari zon selesa, demi ummah...
Gambar Master Lyna (upline saya) yang kini tengah mengikuti percutian bersama Shaklee di Paris & London. Yang bestnya, sebab boleh bawak mak ayah & anak2 sekali.


  -------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
 

 
 

Wednesday, 20 November 2013

Ahmad Ammar: Insan Hebat Pencetus Kebangkitan Jiwa Yang Mati

2 November 2013 
Tarikh pemergian Adik Ahmad Ammar, akibat kemalangan jalan raya di Turki.

Saya begitu terkesan dengan pemergian satu-satunya putera Tuan Haji Ahmad Azam, seorang tokoh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang juga merupakan pengasas Grup Pengkaji Tamaddun Dunia (GPTD), yang pernah saya sertai semasa masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, satu ketika dahulu. Walaupun tak sempat mengenali Ammar, tapi cukup dengan mengenali ayah ibunya, kakak dan abang iparnya membuatkan saya yakin, arwah memang seorang yang cukup hebat biarpun baru berusia hanya 20 tahun. Pemergiannya ditangisi dunia, namun pasti disambut gembira oleh penduduk langit. 

Bagi yang selalu mengikuti blog saifulislam.com, pasti mengetahui ada entry berkenaan pemergian adik Ammar ini yang turut dikongsikan kesedihannya oleh Us Hasrizal Ab Jamil.



Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana corak didikan Tuan Haji Ahmad Azam tehadap anak-anaknya, sehingga berjaya melahirkan insan sehebat itu. Berikut apa yang dapat dikongsikan, semoga kita dapat sama-sama mengambil nilai-nilai ini, untuk diterapkan dalam corak didikan kita terhadap anak-anak.



1. Dinamakan dengan nama yg menggambarkan satu cita-cita besar 
 2. Anak-anak mesti ditanam dengan visi ummatik sejak kecil, iaitu keazaman membuat perubahan demi ummah. Ini satu daripada 7 kualiti yg perlu dibentuk pada anak-anak kita untuk melahirkan anak-anak yang berkualiti khalifah yang sama-sama akan merubah sistem yang ada sekarang yang dikuasai kuffar. 
3. Adab kepada Allah, ibubapa, ulama2, guru2, jiran2 dan lain-lain 
4. Menguasai Al-Quran 
5. Mendirikan solat dan utk menjadi khalifah, mewajibkan solat tahajjud ke atas dirinya 
6. Menguasai ilmu2 kontemporari, ilmu pada zaman itu.
7. Menguasai ilmu diplomasi, menguasai paling kurang 4 bahasa (bagi org Melayu Islam bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan satu lagi) Anak-anak ini insyaa Allah akan menjadi khalifah di masa hadapan untuk mengeluarkan masyarakat, negara dan dunia daripada neo-imperialism.

Waspada dengan agenda Barat yg memecah belahkan umat Islam melalui:-


a) Membahagi negara-negara Islam kepada 4 kelompok dengan masing-masing diketuai sebuah negara dengan ketenteraan yg kuat utk membendung kebangkitan Islam (kelompok Arab, Turki, Melayu & Indo-Pak) .

b) Membahagi masyarakat Islam kpd 4 kumpulan - konservatif; modernis; sekuralis; dan fundamentalis - supaya mereka penat bertelagah sesama sendiri dan lupa isu global, negara dan masyarakat.

Semoga kita sama2 dapat jadikan panduan untuk mendidik anak dalam zaman yang serba mencabar ini. Anak yang mudah-mudahan bukan sekadar cemerlang akademiknya, malah jauh lebih penting dari itu, cemerlang akhlak dan sakhsiahnya dan hebat semangat juang untuk agamanya, insya Allah.

 Perginya seorang Ammar, moga akan membangkitkan 1000 lagi Ammar, suatu hari nanti. Insya Allah.
 Al-Fatihah buat Allahyarham Ammar, moga kini tenang di sisi bidadarinya.



-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-) 
 

Tuesday, 19 November 2013

Faktor & Gejala Penyakit Jantung

Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.

Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolestrol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolestrol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolestrol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Faktor Penyakit Jantung

 

Faktor risiko bagi penyakit jantung dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu faktor 'yang dapat diubah' dan faktor 'yang tidak dapat diubah'. Faktor yang tidak dapat diubah ialah kerana faktor genetik (keturunan), faktor jantina (lelaki lebih banyak terkena serangan jantung berbanding wanita), serta faktor usia (proses penuaan). Manakala faktor yang dapat diubah ialah merokok, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, kegemukan, stress serta kurang melakukan senaman.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr Yap Sau Peng, pembentukan kolestrol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit koronari. Proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. Pembentukan kolestrol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia. 

Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Gejala Serangan Jantung

 

Gejala-gejala serangan jantung bagi setiap orang berbeza-beza. Serangan jantung mungkin dimulakan dengan rasa sakit yang tidak jelas, rasa tidak selesa yang tidak jelas atau rasa sesak di tengah bahagian dada.
  • Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
  • Berat pada dada
  • Senak dada
  • Sukar bernafas; sakit akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.

Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:

  •  Stabil  ➽ mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti
  • Tidak stabil  ➽ mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.

Bagaimanapun, sesetengah pesakit tidak megalami gejala ini. Sebaliknya mereka mungkin mengalami
  • berpeluh-peluh
  • rasa lemah badan
  • sakit pada hulu hati
  • pening kepala
  • pengsan

 

Bagaimana Suplemen Shaklee Dapat Membantu?

✿ OmegaGuard
  • membantu mengurangkan paras kolestrol jahat (LDL) dalam darah
  • melancarkan darah dan menghalang pembekuannya yang boleh menyebabkan blockage

✿ BComplex
  • mengurangkan tekanan
  • membantu pengaliran darah yang lebih baik

CoQHealth Plus
  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah

VIVIX
  • mengandungi Elderberry yang boleh merendahkan tahap kolestrol & juga menghalang oksidasi kolestrol LDL
  • boleh  membantu mengurangkan stress
  • polyganum cuspidatum membantu merendahkan kolestrol

Hidup lebih bermakna dengan jantung yang sihat.
Sayangi jantung kita sebelum segala-galanya telah terlambat.

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-) 

Set Kesihatan Jantung Shaklee: Jaga Jantung Sebelum Ianya Berhenti Berdegup!

Organ jantung merupakan organ terpenting dalam tubuh kita. Organ yang paling kuat bekerja, tak pernah berhenti walau sesaat, semenjak kita belum lahir, masih lagi dalam kandungan ibu. Cuba bayangkan, kalau jantung kita rasa penat dan nak berhenti rehat barang seminit dua, agaknya apa akan jadi? Hehehe..

Setiap hari, jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunya tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96000 km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

3 Jenis Nutrien Yang Diperlukan Untuk Jantung Kekal Sihat & Bertenaga


Koenzim Q10 (CoQ10)

CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ianya kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolestrol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat.  Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. jadi, pengambilan suplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting dalam tubuh. 

Tumbuhan Polifenol

Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksida tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankan pengambilan diet dalam tumbuhan polifenol kerana ianya berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit akibat kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). Salah satu polifenol yang kuat adalah Resveratrol, dimana ia terbukti dapat melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Tumbuhan polifenol kuat yang lain seperti asid fenolik, ellagitannins, anthocyanins dan proanthocyanidins juga didapati dapat memberi kesan positif terhadap lajut usia pada tahap selular. Polifenol-polifenol ini banyak terdapat dalam Polyganum Cuspidatum, Murcadine Grape, Elderberry Eropah dan Purple Carrot.

Asid Lemak Omega -3

Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak Omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah Dacosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA). Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan triglycerides (lemak dalam darah), meningkatkan HDL (kolestrol baik), mengurangkan plak-plak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik. Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau suplemen.

Produk Shaklee Untuk Kesihatan Jantung

 suplemen shaklee untuk jantung

 

Menampilkan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10, dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis utnuk memberikan bioketersediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya didalam kapsul CoQHealth Plus Shaklee dirumus untuk memastikan penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.



Vivix merupakan satu penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix mengandungi campuran botanikal unik yang terdiri daripada Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Purple Carrot yang kaya dengan polifenol tumbuhan.


OmegaGuard

Mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan laut dalam. Ia menyalurkan lebih banyak EPA & DHA daripada pilihan jenama lain. Satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA & EPA. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul 3 peringkat bagi memastikan ketulenan dan potensi asid lemak omega-3 didalam tubuh kita. 

 

Jadi, macamana?

Bersedia untuk mula jaga jantung dari sekarang??

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

ejen shaklee pasir tumboh


Monday, 18 November 2013

FAQ Tentang VIVIX Shaklee

VIVIX merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No 1 makanan tambahan di Amerika Syarikat. 

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular, dimana Vivix dapat membantu memperbaiki kerosakan DNA, mengawal genetik, menjana tenaga sel dan melambatkan pembentukan protein AGE.


Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim berkaitan dengan Vivix Shaklee.


Bilakah Masa yang Sepatutnya Untuk Mengambil Vivix?
 Ambil Vivix setiap hari, disarankan diambil selepas sarapan ataupun makan tengahari. Goncang dahulu sebelum minum. Hanya sesudu teh sahaja untuk setiap hari.


Bolehkah Sekiranya Ingin Mengambil Lebih Dari 1 Sudu Teh?
Berdasarkan kajian terkini, tiada faedah tambahan sekiranya kita mengambil lebih dari yang disarankan iaitu 1 sudu teh setiap hari.


Bolehkah Saya Mengambil Vivix Bersama Suplemen Shaklee Yang Lain?
Ya boleh. 


Adakah Patut Mengambil Langkah Berjaga-jaga Bila Mengamalkan Vivix?
Sebenarnya, tiada bukti sebarang interaksi antara Vivix dan suplemen yang lain. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, adalah disarankan untuk mereka yang mempunyai apa-apa penyakit atau sedang mengambil ubatan hospital, untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


Adakah Vivix Mengandungi Alkohol?
Vivix tidak mengandungi alkohol.


Kenapa Saya Perlu Simpan Vivix Didalam Peti Selepas Membukanya?
Penyejukan adalah diperlukan untuk membantu mengekalkan kesegaran, warna dan kadar maksima polifenol di dalam produk.


Kenapa Vivix Tidak Disejukkan Semasa Proses Penghantaran?
Berdasarkan ujian yang dilaksanakan, termasuk penghantaran sebenar di seluruh negara dan pengangkutan simulasi di bawah suhu yang melampau dan keadaan kelembapan, telah mengesahkan bahawa produk yang berkualiti tertinggi dikekalkan dalam semua keadaan.


Bolehkah Saya Mengitar Semula Pembungkusan Vivix?
 Ya, boleh.


Dapatkan PRODUK TERULUNG Shaklee ini, dengan harga berganda2 murahnya, bersempena PROMOSI NOVEMBER 2013. Pembelian 2 botol VIVIX melayakkan untuk KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA!!

Jangan lepaskan peluang!!


Berminat??

Resepi ESP Shaklee Yang Marvellous!!

Ok, hari ni kita cerita pasal resepi sikit. Bukan resepi masak memasak ye, tapi resepi untuk hasilkan bancuhan minuman ESP yang MARVELLOUS!

Memandangkan ada juga di kalangan pengguna yang tidak mampu untuk menerima rasa soya ESP, jadi muncullah pelbagai resepi olahan. Takde masalah, asalkan tips2 berikut kita patuhi..

Tips:
1. Jangan campurkan ESP dgn air panas - NO NO NO...! Protein rosak (denaturasi) pada suhu tinggi
2. Jangan campurkan dengan bahan berasid- contohnya perahan lemon, limau nipis, limau kasturi....Protein rosak juga.
3. Shake dalam bekas bertutup rapat- mudah larut dan tekstur lebih cantik :) 
4. Campo 2, 3 ketul ais untuk menambahkan kelazatan ESP.
5. Minum air kosong sebanyak 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan anda
6. Senyum banyak-banyak....lapangkan hati...pasti kecantikan hati anda terpancar di luar.Hati senang...parut hilang! Ehhh...hihihi

Mari sini semua...inilah resipinya!

ESP CREMO STRAWBERRY LASSI

2 sudu makan ESP

3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 

- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar


ESP & PD Manggo Nata de Coco

2 sudu makan ESP

1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.

- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.


ESP & PD Kurma Ice Blended

2 sudu makan ESP

1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur

- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air


ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh


ESP VICO Shake with Mixed Nuts

2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat


ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur


Mudah & Sedap bukan??

Cubalah!!!  ≧◔◡◔≦


Berminat untuk mencuba ESP SHAKLEE??




Carotomax: Rahsia Vitamin Untuk Mata Rabun

Semakin meningkat usia kita, semakin berkurang kadar penglihatan mata kita. Lagi-lagi kalau ingin memandu pada waktu malam, memang mencabar sungguh kan?

Ada yang bertanya, ada ke suplemen untuk kurangkan masalah rabun ni?

Jawapannya, ya memang ada. Carotomax!

Jom kita kenal dengan lebih lanjut mengenai Carotomax.

Carotomax mengandungi 6 jenis karotena, yang diekstrak dari sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, epal, kentang dan banyak lagi.

Carotomax ni bukan hanya berfungsi untuk memperelokkan kadar penglihatan mata kita, namun sebagai suplemen anti-oksidan yang tinggi banyak lagi manfaat-manfaat lain yang boleh kita dapat dari Carotomax ini.

Manfaat Utama Carotomax

 

 Lebih Selamat Dari Vitamin A
✒ Pengambilan vitamin A secara berlebihan akan mengakibatkan toksisiti. Walaubagaimanapun, beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

Mempertingkatkan Penglihatan
✒ Menghasilkan 'visual ungu' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Elok bagi yang ada masalah nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bag dan gegelung hitam bawah mata.

Meredakan Penyakit Kulit
✒ Dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, rambut gugur, jerawat & akne.

Melawan Kanser & Oksidasi
✒ Pengambilan beta karotena dapat mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser payudara & paru-paru. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Menghalang Infeksi
✒ Merangsang enzim pembunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema

Mengapa Carotomax? 

 

Kerana Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membaran mukosa.

Alpha Carotene
     > Untuk penglihatan malam, mata sihat dan menghalang degenerasi penglihatan

Beta Carotene
     >  Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka
     >  Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat

Lycopene
     >  Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ
     > Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun
     > Mengurangkan penyakit kalenjar prostat

Astaxanthin
    >  Pigmen didalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun Shaklee menuai karotenoid axtaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

Lutein
    > Menyekat katarak, penyakit makular berkaitan umur, glaukoma

Zeaxanthin
   > Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya
   > Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks


Berminat? Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.
................................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)