Friday, 27 December 2013

Cara Berhenti Merokok Dalam Masa Seminggu!!

Kita memang sedia maklum rokok memang sangat-sangat memudaratkan. Tiada apa kebaikan yang dapat disumbangkan oleh sebatang rokok. Malangnya, rokok memudaratkan bukan sekadar perokok itu sendiri, malahan insan-insan di sekeliling perokok itu pun turut sama terkesan dengan kemudaratan yang dibawa oleh rokok. Mak ayah, isteri, anak-anak akan turut sama terkena kesan buruk rokok, malahan ada yang berpendapat golongan sekunder ini akan mendapat kesan yang lebih hebat lagi..

Saya bertuah, kerana insan-insan tersayang di sekeliling saya, memang tidak merokok.

Abang-abang saya, ayah mertua (ayah saya dah meninggal seusia saya 4 tahun) juga suami saya sendiri, memang tidak merokok. Syukur pada Allah..

Bagi isteri-isteri lain, yang mempunyai suami yang merokok, mungkin sudah pasrah kan. Ya, lah, suami terlebih dahulu kenal rokok daripada kenal kita kan.

Menyuruh suami untuk berhenti merokok adalah seumpama mencurahkan air ke daun keladi.
Mengimpikan suami berhenti merokok adalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Menunggu untuk suami berhen ti merokok adalah seperti pungguk merindukan bulan.

Chewahhhhhh..... Heheheh....

Namun, sebenarnya tiada yang mustahil untuk suami kita berhenti merokok.


Jom tengok perkongsian hebat ini...










 Subhanallah...

Hebat kan Vivix, dengan izin Allah...

Bukan sekadar dapat membuatkan perokok dapat berhenti merokok, namun dapat memberi banyak lagi nilai tambah dalam taraf kesihatan seseorang. Badan lebih cergas, bertenaga dan tidak lesu.

Nak tengok macamana rupa VIVIX??



resveratrol shaklee

 Jadi, memang rugi kalau masih lagi ragu-ragu untuk mencuba Vivix..

Badan akan berterusan sedikit demi sedikit rosak, tanpa ada sebarang usaha untuk memperbaiki diri. Bila tiba satu tahap yang tak dapat untuk badan bertahan, maka ia akan meletup dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Mari selamatkan diri kita, dan insan2 tersayang... Sementara masa masih ada!!

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)


Wednesday, 25 December 2013

Ketahui Punca Kurang Selera Makan

Susah hati kerana kurang selera makan?
Badan semakin melidi, namun makan tetap tak lalu?


Punca Hilang Selera Makan


Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah hilangnya selera kita terhadap makanan. Antaranya, bilamana seseorang itu sedang mengalami penyakit yang kronik (kanser sebagai contoh), sering mengambil ubat-ubatan moden, kurang/tidak selera memakan sayur-sayuran dan sering sembelit. Ubat-ubatan moden seperti kemoterapi akan mengganggu fungsi hati dimana hati ialah organ utama yang membantu tubuh untuk proses detoksifikasi.

Perubatan tradisional Cina percaya gangguan fungsi hati akan menyebabkan gangguan selera dan penghadaman selain mengganggu ketenteraman minda. Mereka yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami ganggu fungsi hati. Perasaan susah hati atau kemurungan juga menyumbang ke arah hilangnya selera makan.

Sesetengah orang yang mengalami demam selsema juga mudah mengalami kurang / hilang selera makan terhadap makanan. Selsema berpunca daripada keradangan menyebabkan seseorang kurang sensitifterhadap bau dan aroma makanan. Oleh sebab salah satu tarikan kepada selera makan adalah aromanya, maka selsema yang dialami dipercayai menyebabkan selera makan terganggu.

Penyalahgunaan dadah berjadual seperti amphetamine dan heroin juga boleh menyebabkan  hilangnya selera makan. Kekerapan mengambil ubatan seperti antibiotik dan kodein (terdapat dalam ubat batuk) juga boleh menyebabkan hilangnya selera makan.

Mereka yang mengidap penyakit HIV, hepatitis, Crohn (sejenis penyakit usus kerana keradangan) COPD (chronic obstructive pulmonary disease), sakit buah pinggang, nyanyuk, kegagalan jantung dan hipotirodism. Sesetengah wanita mengandung juga dikatakan boleh mengalami hilangnya selera makan.


Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?



DTX COMPLEX

Ektrak daripada dandellion, kunyit dan articok yang terdapat dalam DTX Complex dapat menggalak pengeluaran bendalir hempedu dan membantu fungsi penghadaman , melancarkan fungsi hati dan meningkatkan selera makan. 

Juga mengandungi cendawan Ling Zhi. Menurut masyarakat Cina, cendawan mengandungi sejenis karbohidrat yang bersifat merangsang fungsi sistem imun disamping pelbagai sifat lain yang bermanfaat.






 
 ❦ MEALSHAKES

Mealshakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. 

Diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein  yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari kanak-kanak hingga dewasa.

Rasanya juga vanilla yang sedap ;-)




Kesimpulannnya, kurang selera makan berpunca daripada pelbagai faktor.  Jika ia sekadar berpunca daripada pengambilan antibiotik atau sembelit, maka ia mudah untuk diatasi. Namun jika anda mengalami kurang selera makan secara berpanjangan tanpa diketahui penyebabnya, dan telahpun mengamalkan pelbagai tips dan suplemen, maka segeralah dapatkan pemeriksaan dari doktor.


-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
 
 


Tuesday, 24 December 2013

Kejadian Ikan Naik ke Darat

Subhanallah...

Baru lepas menyaksikan video fenomena ikan tamban naik ke darat di Lahad Datu, Sabah pada hari ini, 24 Dec 2013.. Fenomena sama pernah berlaku pada tahun 2006 sebelum kejadian Tsunami pada 26 Dec, juga semasa kejadian ribut Greg pada 26 Dec 1996. Mungkin  sekadar kebetulan, ataupun ianya satu petanda wallahualam.

Kejadian berlaku di Kg Tambisan Lahad Datu. Menurut kata orang-orang tua di sana, ia mungkin membawa petanda tertentu.




Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora…

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini.


Apapun, semoga kita semua dilindungi dari segala mara bahaya... Moga Allah lindungi kita semua...

Amin...

Monday, 23 December 2013

Cerita Tentang Anak

Alhamdulillah, tahun ini bakal berakhir dan tahun 2014 bakal menjengah tiba...

Anak2 saya, Ammar & Ajlaa' dahpun mula minggu orientasi di Little Caliphs Pasir Tumboh... Hehe nama orientasi macam dah masuk u kan.. Tapi memang macam masuk u pon, yuran pendaftaran pun beribu untuk 2 beradik ni.. Huhuhuhu botak kepala kami suami isteri... Tapi Alhamdulillah, puas hati dengan syllabus yang diterapkan dalam sessi pembelajaran untuk anak2...

Untuk 2013, hanya Ammar je yang bersekolah... Ajlaa' dok dengan saya kat rumah memandangkan dia baru 2 tahun... Untuk 2014, Ajlaa' dah berusia 3 tahun dan pihak sekolah dah mula mengambil pelajar yang berusia 3 tahun... Cuma syllabus yang diajar adalah berlainan.. Kalo 4-6 tahun, memang fully ikut program Little Caliphs & Teknik Al-Baghdadi, tapi kalo yang 3 tahun ni program Aulad Pintar... Apapun, saya tak kisah sebab saya tahu pihak sekolah pasti lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2..

Dalam kereta masa on d way nak ke sekolah (hari pertama)

Dalam playroom > assembly..

Hari ke 3, uniform pink pulak untuk student umur 3 tahun...

Benarlah kata orang, anak perempuan lebih cepat matang. Ajlaa', sesampai je kat sekolah masa hari pertama tu, terus bukak kasut dia susun atas rak, terus naik tangga. Ammar pulak, padahal dah sekolah kat situ jugak pun tahun lepas, masih pegang umi kemas2, menempel je kat umi.. Huhuhu anak lah anak... Anak2 oarng lainpun kebanyakan yang nangis adalah anak lelaki, bukan  perempuan.. Hehehehe... Syabas anak umi, Ajlaa' Qaisa kerana begitu matang sekali... Semoga Allah merahmati kamu berdua anak2ku, dan membesarlah kamu dalam iman, sebagai anak soleh & solehah yang membahagiakan hati kami orang tuamu... Bukan harta menggunung yang kami inginkan, tapi anak yang mendoakan kami bila kami dah tiada nanti.. Anak yang menjadi pejuang agama, anak yang menyumbang di jalan Allah.. Insya Allah...

Ok, jumpa lagi dalam next entry... (✿◠‿◠)

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
 
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)



Friday, 20 December 2013

Cara Makan Set Kurus Shaklee

Set kurus Shaklee merupakan antara set Shaklee yang paling glemer selain set penyusuan. Ramai orang yang dah berjaya kurus, hasil bantuan dari pengambilan set kurus Shaklee. Bukan sahaja dapat badan yang kurus, dalam masa yang sama masih lagi dapat makan nasi (perut melayu katakan), juga dapat bonus badan yang sihat, bertenaga, otak yang cerdas juga kulit yang cantik glowing2 gitu...  Tak ke best macam tu? Bukan setakat 2 dalam 1, tapi macam2 bleh dapat dalam satu set suplemen...






Best kan kalo boleh dapat macam diorang ni..

Tapi tak mustahil pun sebenarnya.. Asalkan kita konsisten dan berdisiplin macam diorang, insya Allah boleh...

Sebelum kita mula berdiet, kita kena tau berapa nilai kalori yang patut kita ambil setiap hari, dan berapa yang kita perlu kurangkan sekiranya ingin kurus, juga nilai-nilai kalori makanan yang kita ambil. Cmane cara nak kira?? Haaa boleh rujuk sini.. Orang yang nak kurus, sepatutnya kena kurangkan lebih kurang 500 kalori dari yang sepatutnya nilai kalori harian beliau. 


Cara Makan Set Kurus Shaklee


 


Herblax
4 biji setiap hari pada minggu pertama
4 biji sekali seminggu

Alfafa  
5 biji alfafa selepas breakfast  
5 biji sebelum tidur

Lecithin
3 biji selepas lunch
3 biji selepas dinner

Cinch Shake
1 scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atau plain water atau ESP. Guna shaker.
Untuk permulaan ambil sekali sehari sebagai meal replacement.nak biasakan badan dengan pengmbilan cinch shake sebagai meal replacement. Samada breakfast,lunch atau dinner. Apabila habis 1 canister. Ambil 2 kali sehari.. kesan penurunan lagi cepat..ambil bfast-lunch, bfast-dinner atau lunch -dinner.
Pastikan sehari mesti minum air paling sikit 2 liter. Boleh minum air segelas setiap sejam
 

Ingat ya, kena kawal kalori pemakanan setiap hari. Ambil makanan berkhasiat. Elakkan makanan deep fry serta bergoreng.. Blh guna minyak zaitun sebagai ganti minyak masak utk menumis. Exercise secara berkala dan jangan lupa  berdoa kepada Allah untuk menunaikan hasrat dan impian kita. 

Suplemen bukan "ubat magik kurus". Tapi, suplemen dapat membantu kita untuk kurus, dengan syarat kita konsisten bersuplemen, jaga pemakanan dan gaya hidup kita.

Jom kurus dengan sihat!!!



-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
 



Thursday, 19 December 2013

Cegah Diabetes Sebelum Terlambat!

Malaysia sememangnya terkenal sebagai syurga makanan. Sebut sahaja apa jenis makanan, baik makanan Cina, makanan India, makanan Arab, makanan Indonesia dan sah-sahlah makan Melayu tentunya semuanya ada kat Malaysia. Kalau tak percaya, cuba kita ke luar negara dan tanya mereka di luar sana, apa yang mereka tau tentang Malaysia.. Pastilah jawapannya, antaranya adalah makanan yang pelbagai dan sedap.

Justeru, tidak hairanlah jika rakyat Malaysia juga menjadi lubuk bagi segala penyakit bersarang. Bukankah, kita adalah apa yang kita makan? Tentulah makanan yang kebanyakannya jenis yang berasid, menyumbang kepada bersarangnya pelbagai penyakit dalam tubuh rakyat Malaysia. Berangkai-rangkai, bukan hanya satu jenis penyakit. Salah satu penyakit yang paling glemer adalah DIABETES.

Diabetes merupakan satu keadaan dimana bacaan gula dalam darah terlalu tinggi.


Seseorang itu dikatakan menghidap Diabetes apabila bacaan gula dalam darahnya adalah 6.5 dan ke atas, PreDiabetes 5.7 - 6.4 manakala bila bacaannya adalah sekitar 5 ianya dikategorikan sebagai normal.

Bagaimana Diabetes Terjadi?

Makanan yang kita makan menghasilkan tenaga dalam bentuk glukos. Glukos ini akan bergerak ke seluruh sel badan melalui salur darah. Pankreas akan merembes insulin bagi membantu sel badan menyerap glukos. 


Jenis-jenis Diabetes


Jenis 1: Organ pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi. Pesakit akan memerlukan suntikan insulin untuk mengawal gula dalam darah.

Jenis 2: Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel tidak bertindakbalas dengan insulin sebaiknya.

Diabetes Gestasi: Terjadi kepada wanita hamil


Faktor Terjadinya Diabetes

✔ Obesiti
✔ Pemakanan
✔ Gaya hidup tidak sihat
✔ Faktor penuaan (menyebabkan protein AGE berkumpul dan menyebabkan komplikasi diabetes. AGE terbentuk apabila gula bertindakbalas dengan protein dalam badan)


Gejala-gejala Diabetes

➣ Kerap buang air kecil
➣ Kerap berasa haus
➣ Sentiasa lapar
➣ Cepat letih
➣ Luka lambat sembuh
➣ Kekejangan di tangan atau kaki
➣ Penglihatan menjadi kabur


Komplikasi Besar Disebabkan Diabetes

➽ Saraf dan salur darah rosak
➽ Buta
➽ Serangan jantung
➽ Strok
➽ Kegagalan fungsi buah pinggang
➽ Pemotongan kaki
➽ Penyembuhan luka lambat
➽ Mati pucuk



Bagaimana Merawat Diabetes?


☂ Ubatan
☂ Suntikan insulin


Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?





VIVIX

☑ Mencegah penghasilan AGE protein (gula berlebihan + protein atherosclerotic, sel mati)
Vivix Shaklee 10x lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja

ESP
Keistimewaan ESP Shaklee adalah disebabkan soyanya yang non-GMO, mengandungi 9 asid amino perlu dan rendah glycemic index (GI)
GI yang rendah dapat mengekalkan tahap gula yang sihat dalam badan
Dapat menggalak penghasilan hormon insulin

GLA COMPLEX
Berasaskan bunga borage, dimana kadar gla nya adalah tinggi
Mengandungi asid lemak Omega-6, yang merupakan agen anti-keradangan
Membantu mengurangkan kesakitan saraf yang dialami oleh pesakit diabetes

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS

Berasaskan jagung, potensi tinggi 500mg vitamin C, mempunyai molekul yang sama dengan buahan sitrus
Keistimewaan Shaklee adalah sistem penyerapan  berterusan selama 5jam
Ditambah dengan 120mg bioflavanoids, yang dapat meningkatkan keberkesanan fungsi penyerapan vitamin C
membantu meningkatkan sistem imun
membantu mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol
membantu meningkatkan sistem imun 
membantu mengurangkan penghasilan katarak, retinopati & neuropati

VITALEA
 kekurangan chromium biasa terjadi kepada pesakit diabetes Jenis 2,  dan menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif
 
ALFALFA
 ☑  kandungan mineral yang tinggi membantu menyahtoksik bahan yang tidak diperlukan dalam badan
 
ZINC 
 bagus untuk penyembuhan luka pesakit diabetes

Jom cegah sebelum ianya semakin parah! Hadiahkan buat insan2 tersayang, tanda kita prihatin dengan kesihatan mereka....
-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
 
 

Wednesday, 18 December 2013

Cara Detoks Secara Semulajadi

Dunia kita sudah tidak selamat! Bukan sahaja tidak selamat dari segi kadar jenayah yang makin meningkat, namun tidak selamat juga dari segi udara yang kita hirup, makanan yang kita makan, air yang kita minum dan pelbagai lagi. 


Dalam dunia moden kita hari inui, lebih 5 billion lbs bahan kimia dilepaskan ke kawasan persekitaran menyebabkan segala-galanya sudah menjadi tidak selamat lagi. Makanan yang kita makan, mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.

Organ terbesar dalam tubuh kita, iaitu HATI berfungsi sebagai kilang memproses segala bahan-bahan yang berbahaya ini. Maka tidak hairanlah, hati merupakan tempat segala sisa toksin berkumpul, dan menjadi organ tubuh yang paling bertoksin. Amat perlu untuk kita jaga hati kita, bersihkan hati dari segala bahan-bahan yang berbahaya ini.





BAHAN-BAHAN UNTUK DETOKS HATI


Milk Thistle
✿ Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
✿ Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
✿ Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
✿ Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
✿ Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema


Artichoke
✿ Membina semula sel-sel hati
✿ Merangsang pengaliran hempedu


Dandellion
✿ Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundis
✿ Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
✿ Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
✿ Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi - melawan anemia
✿ Melawan tumor dan kanser
✿ Merendahkan paras gula dalam darah


Kunyit
Mengandungi curcumin; bahan antioksida
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

Ling Zhi Mushrooms

✿ Membina imun - membantu mencegah atau merawat kanser
✿ Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
✿ Merawat sindrom keletihan yang kronik
✿ Membantu mencegah penyakit jantung

Schizandra
✿ Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan antioksida
✿ Ia juga berkaitrapat dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi dan memperlahankan pembentukan toksin


BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN SEMUA BAHAN INI?

Segala bahan-bahan di atas, disatukan, diformulasikan dan dipatenkan dan terdapat dalam produk Shaklee iaitu DTX Complex.




-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)


Monday, 16 December 2013

Penawar Buasir Secara Semulajadi

Rasanya buasir ini bukanlah sesuatu yang asing bagi kalangan rakyat Malaysia.Ramai yang mengalaminya. Yang membezakan hanyalah tahap masing-masing, samada serius ataupun tidak. Ada yang pada peringkat teruk, sehingga memerlukan pembedahan dilakukan.

Jom kita tengok, apa maksudnya buasir...

Apa Itu BUASIR?

BUASIR adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ia akan menyebabkan luka apabila ada najis keras yang bergesel dengan buasir.




Siapa yang Selalu Terkena BUASIR?

• Sesiapa yang melakukan pemaksaan yang terlalu kuat (bahasa mudah-meneran) ketika membuang air besar.

• Sesiapa yang duduk pada mangkuk tandas untuk jangka masa yang terlalu panjang.

• Sesiapa yang mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara.

• Sesiapa yang berkait rapat dengan kegemukan atau obesiti.

• Wanita mengandung - Ini kerana janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir

• Wanita selepas melahirkan bayi - Wanita dalam pantang mungkin juga terdedah dengan BUASIR kerana ada sesetengah mereka ini tidak menjaga pemakanan mereka semasa tempoh berpantang.

 



❇ OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

❇ OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

❇ ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Jadi, kepada anda-anda yang mengalami masalah buasir yang amat tidak selesa ni, apa kata kita cuba suplemen Shaklee yang terjamin selamat, semulajadi tanpa dadah dan insya Allah akan berkesan.

Ibu-ibu yang tengah berpantang pun, senang kena buasir disebabkan sembelit yang dialami.. Saya cadangkan untuk amalkan Set Pantang Shaklee ni, untuk kesan yang SUPERB!


Jom tengok video ni... 


Teruja tak? Kalo nak berpantang dengan best, haaaa boleh la try Set Pantang Shaklee ni ya...
-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
 

Wednesday, 11 December 2013

Makanan Beralkali vs Makanan Berasid

Kita adalah apa yang kita makan...

Ungkapan ini sering kita dengar, tapi sejauh mana kita praktikkan untuk kesihatan tubuh kita sendiri?

Adakah kita semua tau, bahawa makanan yang kita makan akan meninggalkan kesan samada asid atau alkali dalam tubuh kita. Mengikut pengamal perubatan, kita sepatutnya mengambil 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid dalam diet seharian kita. Namun, sebaliknya yang telah berlaku, 80% untuk makanan berasid dan hanya 20% untuk makanan beralkali.

Adakah penting asid-alkali ni? 

Ya sangat penting kerana ia memberi kesan besar kepada kesihatan.
Darah kita adalah sedikit beralkali, pH 7.4 dan ia harus kekal begitu untuk memastikan kita terus sihat. Jika pH darah kita menurun, maknanya jadi berasid, tandanya kita sedang sakit.

Apakah kesan buruk badan berasid??

tubuh berasid
 
Hohoho sangat ngeri okeh.....
 
Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan keadaan di atas berlaku?
 
makanan beralkali vs makanan berasid
 
 MAKANAN YG TINGGAL KESAN BERASID

- daging
- ayam
- tiram
- roti
- kacang tanah
- gajus
- marjerin
- gula
- madu
- bahan pemanis
- kicap
- sos tomato
- cuka
- kopi
- teh
- makanan dalam tim
- makanan mikrowave
- jus buah yg diproses

  MAKANAN YANG TINGGALKAN KESAN BERALKALI

- sayuran & buah-buahan
- sayuran ubi
- kacang almond
- produk soya (ohh ada dalam ESP & Lecithin)
- biji matahari, biji labu (biji labu bahan utama dalam Nutriferon)
- minyak zaitun
- minyak borage (haaa ini ada dalam GLA Complex)
- minyak ikan (of course la OmegaGuard, minyak ikan terbaik di dunia)




Sebelum kondisi tubuh kita semakin parah, mari kita amalkan pengambilan makanan beralkali, dan juga suplemen Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi kita.

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)