Anak Saya Tidak Sihat

  • Wednesday, April 11, 2012
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Ajlaa' Qaisa, anak kedua saya didiognas positif menghidap asma selepas kali kedua dimasukkan ke wad sewaktu umur dia 9 bulan. Kali pertama diwadkan, juga kerana sebab yang sama iaitu sebulan sebelum itu. Saya pasrah, kerana saya tau antara penyebab terjadinya asma adalah kerana faktor genetik (dimana kedua-dua belah keluarga umi & abinya menyumbang faktor tersebut). Anak pertama saya, Ammar Qayyum, juga pernah diwadkan seawal usia 3 bulan, juga kerana sebab yang sama.Ahamdulillah, cuma sekali sahaja dia kena,sekarang tidak lagi.

Kini, Ajlaa' Qaisa berusia 1 tahun 2 bulan. Alhamdulillah, selepas saya konsisten mengambil suplemen dalam diet harian saya, anak saya tidak lagi mudah diserang penyakit (saya mengamalkan fully breastfeeding). Iya, dia masih lagi kena selsema. Namun, kalau dahulu selsemanya mengambil masa sehingga hampir sebulan untuk sembuh (saya tidak suka bagi ank saya ubat jika sekadar selsema biasa), namun sekarang sekadar 3 hari sahaja, hingus dia sudah kering!! Saya begitu senang dengan situasi itu.

Namun, sebagai manusia kadang2 saya juga diserang rasa malas untuk memakan suplemen secara konsisten. Hehe... Jadi, yang terbaru anak saya kena selsema lagi, dan kali ini agak lama. Tapi saya buat derk je. Hehe. Tunggu baik sendiri. Namun keadaan sebaliknya, makin parah. Siap dengan batuk n ada bunyi wheezing (seakan nak kena asma lagi). Ini memang tidak boleh dibiarkan. Rasa tak sanggup saya untuk berumahtangga kembali di hospital. Memandangkan dia sudah berusia setahun, saya memberi Ajlaa' Omega, secara konsisten selama 3 hari.



Alhamdulillah, kesannya amat baik. Tiada lagi wheezing, batuk sudah kurang, hingus juga hampir kering. Semua itu berlaku dengan izin Allah, atas kebaikan produk Shaklee.

Kini, saya semakin tertarik dan percaya dengan segala kebaikan yang ada pada Shaklee. Syukur pada Allah.



Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You Might Also Like

0 comments