Wednesday, 25 April 2012

Itu Dia yang Kami Cari!!



Kulit Kusam?? Pucat?? Tidak Berseri?? Kering??

Memang satu masalah BESAR!

Kulit merupakan antara aset terpenting bagi wanita. Setiap wanita mahukan kulit yang halus dan cantik, mulus dan lembut. Wanita yang wajahnya cantik, akan ternoda kecantikannya sekiranya mempunyai kulit yang pucat, kusam, kering dan kasar. Manakala bagi wanita yang kurang dari segi rupa, akan mempunyai bonus kecantikan sekiranya mempunyai kulit yang sihat dan cantik. Kulit yang cantik ini, bukan sahaja wanita yang perlu malahan juga lelaki. Tidak hairan jika kaum lelaki turut mempunyai deretan set penjagaan kulit & badan.


Kulit terdiri daripada 2 lapisan.

1. Epidermis - lapisan luar yang boleh dilihat dan disentuh

2. Dermis - lapisan bawah epidermis, mengandungi:-
               ~ nerve ending (saraf terakhir)
               ~ blood vessel (saluran darah)
               ~ sweat glands (kalenjar peluh)
               ~ oil glands (kalenjar minyak)




Peranan Makanan Tambahan Kepada Kecantikan Kulit

>>> Protein - untuk Ketegangan Kulit
- protein adalah 'elastic fiber' yang boleh memberi ketegangan kepada kulit
- ianya diperlukan bagi membina sel2 dalam badan untuk menegangkan kulit

Contoh: Wanita/ lelaki yang kehilangan berat badan, kulit mereka akan mengecut & menggeleber
        - memerlukan 2 hingga 3 gelas protein sehari, bergantung kepada keperluan badan


>>> B-Complex - untuk Kulit Licin & Bersinar
- membantu dari dalam
- menghilangkan garis2 halus pada kulit
- menolong menetapkan kalenjar thyroid dengan melicinkan/meratakan serta menegangkan kulit
- apabila kita kerap berjemur, badan memerlukan lebih banyak B-complex
- B-complex bertanggungjawab terhadap 'melanij' (pewarna) yang menjadikan kulit 'tanned' (perang/terbakar)
- ia juga perlu untuk menghilangkan stress. Stress boleh menyebabkan kulit berkedut & nampak cepat tua

>>> Vitamin E - Awet Muda
- kekurangan vitamin E dalam badan boleh dilihat di bahagian tangan (tompokan berwarna perang, panau dan sebagainya)
- lebihan toksik yang dipanggil radikal bebas boleh menyebabkan sel kulit rosak & menyebabkan kulit berkedut & liang roma tersumbat
- juga dikenali sebagai pemungut radikal bebas,yang akan mengurangkan serta menghilangkan tompokan yang terdapat pada kulit

>>> Vitamin C - Kulit Halus & Bersinar
- ia perlu kerana mengandungi kolagen
- kolagen mengukuhkan sel kulit
- kurangnya kolagen akan menyebabkan kerosakan kulit (kering, lembik & mudah lebam)
- vitamin C mudah rosak melalui udara dan air
- vitamin C perlu perlu diambil dengan kadar yang mencukupi


Untuk maklumat lanjut dan sesi konsultansi percuma, sila hubungi/sms saya Efie di 019-9890707.








Sunday, 22 April 2012

Set-set Makanan Tambahan yang Dicadangkan Untuk Ibu Menyusu

SET ASAS PENYUSUAN DENGAN ALFALFA

* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
* Sesuai untuk semua ibu (termasuk yang tidak menyusukan anak)
* Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
* Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
* Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain


 SET ASAS PENYUSUAN DENGAN KALSIUM

 
* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
* Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid .
* Alternatif kepada set B untuk ibu yang ada masalah dengan alfalfa.
* Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
* Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.


 
SET PENYUSUAN DENGAN ALFALFA & KALSIUM



* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
* Menambahkebaikan antara set B dengan set Eu Four Pack.
***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain



 SET PENYUSUAN DENGAN ENERGIZING SOY PROTEIN & KALSIUM

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium dan ESP, tanpa alfalfa.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan tapi alah dengan alfalfa.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation .

 SET PALING LENGKAP ~SET TRIPPLE-M

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation  ***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain



**setiap set di atas adalah untuk memenuhi KEPERLUAN FISIOLOGI DALAMAN sahaja. Puan2 harus mengikuti konsep penyusuan (supply-demand) untuk penghasilan susu badan yang banyak dan mencukupi untuk di manja, dengan sokongan set-set kami.
**kami tidak menjamin keberkesanannya sekiranya Puan tidak mengepam susu badan mengikut jadual.




Set yang mana sesuai untuk anda??

Untuk maklumat lanjut dan sesi konsultansi percuma, sila hubungi/sms saya Efie di 019-9890707.

12 Golongan yang Akan Bangkit di Hari Kiamat


Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri kuliah Maghrib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Sebenarnya, sejak dah beranak pinak ni, amat jarang sekali saya berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu, tambahan pula suami saya tiada di sisi. So, memandangkan sekarang ni dia bercuti pertengahan semester selama seminggu, jadi kami tidak mensia-siakan peluang untuk membawa anak2 ke masjid. 'Jalan2 cari masjid', bak kata Sham Kamikaze.. Hehehe...

video


Jadi, saya nak berkongsi apa yang saya dapat dari kuliah semalam, iaitu 12 golongan yang akan bangkit dari kubur pada hari Akhirat kelak. Jom, sama2 kita renung2kan dan muhasabah diri kita bagaimana...

1. Golongan yang bangkit dalam keadaan kudung tangan & kaki
   ~ orang yang menyakiti jiran, saudara mara, sahabat handai

2. Golongan yang berupakan babi
   ~ orang yang meninggalkan solat 5 waktu

3. Golongan yang buncit perut berisikan ular & kala
   ~ orang yang enggan mengeluarkan zakat

4. Golongan yang perutnya begitu labuh
   ~ orang yang berdusta dalam jual beli

5. Golongan yang bersembunyi di belakang manusia lain, dan bau badannya lebih busuk dari bangkai
   ~ orang yang melakukan dosa secara bersembunyi (cthnya: rasuah, mencuri)

6. Golongan yang putus halkumnya (seperti lembu yang dosembelih)
   ~ orang yang menjadi saksi palsu

7. Golongan yang putus lidah, dan keluar dari lidahnya yang putus itu adalah nanah & darah
   ~ orang yang enggan menjadi saksi yang benar

8. Golongan yang kakinya di atas, kepalanya di bawah dan mereka berjalan dengan tangan, serta keluar darah dan nanah dari celah2 kemaluannya
   ~ orang yang melakukan zina

9. Golongan yang mukanya hitam legam, dan didalam perutnya penuh dengan bara api
   ~ orang yang memakan harta anak yatim

10. Golongan yang mengidap penyakit kusta & sopak
   ~ orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa

11. Golongan yang giginya besar seperti tanduk, bibirmulutnya terjulur hingga ke dada, lidahnya panjang terjelir keluar serta keluar air yang busuk dari mulutnya
   ~ orang yang meminum arak

12. Golongan yang mukanya cerah seperti bulan purnama, dan mereka melalui titian sirotolmustaqim lebih pantas dari kilat
   ~ orang yang beramal soleh, yang menjaga solatnya, patuh ibu bapa


Ya Allah,Kau pandulah kami ke jalan yang Kau redhai...
Semoga kami semua tergolong dalam golongan yang ke 12 itu... Amin....

Friday, 20 April 2012

Gout ~ Penyakit yang Tiada Ubat

Apa itu Gout?
- penyakit yang melibatkan sendi2 dan ia membuat sendi2 itu bengkak
- keadaan bengkak itu disebabkan oleh 'Uric Crystal' yang merosakkan tisu2 di sendi2


- gout terjadi akibat kegagalan pada sistem tubuh, iaitu gagal menyingkirkan asid urik dalam tempoh tertentu




Bagaimana Gout Berlaku?

- sel kita sering pecah dan digantikan (kecuali sel neuron). Setiap kali sel pecah, nukleus sel itu juga akan  pecah atau mati
- ia akan mengeluarkan hampasnya dalam bentuk nucleic acid
- bahan ini pula dijadikan asid urik yang perlu dikeluarkan dalam bentuk urea melalui sistem pundi kencing
- proses ini berlaku secara semulajadi jika sel2 mengandungi cukup zat galian dan vitamin
- jika ia berkurangan, asid urik tidak dapat diubahkan kepada urea dan asid urik akan terus mengalir di dalam darah
- di dalam darah, asid urik akan bercampur dengan sodium, dan percampuran itu akan menghasilkan 'uric crystals'
- uric crystals inilah yang akan tersendat di sendi2
- ia akan mencetuskan alahan yang menyebabkan terkeluarnya bahan radang yang membuat sendi2 itu bengkak. Gout telah pun berlaku, dengan kesakitan yang teramat.



Situasi Normal (Keadaan Sihat)

   Metabolisma tubuh -> nucleic acid -> uric acid -> urea -> melalui buah pinggang (ginjal) -> air kencing

Situasi Tidak Normal (Keadaan Gout)

   Pengumpulan asid urik berlebihan -> uric crystals -> bengkak sendi kaki -> siku -> lutut -> tangan -> lengan
   Bengkak, kemerah2an & mudah rasa sakit bila bersentuhan

Mengikut pendapat doktor, GOUT TIADA UBAT.
Pesakit gout, perlu mengambil ubat yang berfungsi sebagai kawalan semata2, seumur hidup.

Peranan Suplemen

>> Gout adalah masalah silap makan. Fungsi suplemen adalah untuk REVERSE THE CAUSE

Waspada Jenis Pemakanan Anda

Diet yang Perlu Diperbanyakkan

- Tingkatkan pengambilan sayuran
- Tingkatkan pengambilan buah-buahan
- Tingkatkan pemgambilan air ~ untuk singkirkan juzuk asid urik

Diet yang Perlu Dihindari
- Makanan yang TINGGI kandungan PURINE (Contoh: semua jenis daging sebab ia mengandungi kandungan purine yang tinggi)
- Lemak binatang (saturated fat)
- Organ2 dalaman binatang
- Alkohol
- Makanan laut
- Asparagus
- Cendawan
- Ikan bilis

Diet yang Perlu Dihadkan
- Minuman berkafein
- Karbohidrat, lemak dan gula yang telah diproses. Lemak tepu merendahkan pembuangan asid urik melalui air kencing.
  Manakala gula ringkas termasuk madu, sirap akan meningkatkan pengeluaran asid urik
- Telur, oatmeal, kekacang


Untuk maklumat lanjut dan sesi konsultansi percuma, sila hubungi/sms saya Efie di 019-9890707.
-

Wednesday, 18 April 2012

Berpantang dengan Vitamin ~ Memang Best!!

Tiada lagi jamu, yang ada hanya vitamin....

Anak jaundis?? Tiada lagi masalah seperti jamu, boleh terus amalkan pengambilan vitamin..
Lebih lancar pengeluaran susu, anak lebih cepat sihat..insya Allah...

Ramai yang telah amalkannya..

Anda, bila lagi??






 Alfalfa-bertindak sebagai milk booster





Vitalea (zat besi) -lengkap dengan 28 vitamin & mineral penting


Vita-C-mengandungi anti oksidan


B-complex-bertindak sebagai anti stress


 Zinc - baik membantu kuasa penyembuhan luka 


ESP (energizing soy protein)-meningkatkan penghasilan susu & memekatkan susu.

                   Juga, add on kalsium di dalam set berpantang anda.




Pasti berbaloi!!

Untuk maklumat lanjut dan sesi konsultansi percuma, sila hubungi/sms saya Efie di 019-9890707.

Kita Sememangnya Tiada Pilihan....

Mengapa pemakanan tambahan, tidak seharusnya dijadikan pilihan dalam kehidupan kita?

1. Peningkatan penyakit berkaitan diet
  • serangan jantung
  • kanser- statistik menunjukkan angka 4:1
  • kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • artritis dan osteoporosis

2. Kekurangan zat
  • kehilangan nutrien semasa tuaian, mengangkut, menyimpan, memproses dan sebagainya

3. Pencemaran
  • udara, air, makanan mengakibatkan kemusnahan nutrien

4. Makanan dicemari bahan kimia
  • baja kimia
  • bahan pengawet

5. Cara hidup yang tidak sihat
  • makanan ringan dan tidak seimbang
  • kehidupan penuh stress
  • tiada masa untuk senaman

6. Cara simpanan dan cara penyediaan makanan
  • pembekuan melampau
  • pemanasan melampau
  • simpanan terlalu lama

Untuk maklumat lanjut dan sesi konsultansi percuma, sila hubungi saya Efie di 019-9890707.

Semulajadi atau Sintetik??

Terdapat 3 jenis vitamin.

1. SEMULAJADI
  • dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin & kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri
  • kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding sintetik
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti
  • kebanyakan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi, melainkan Shaklee (Rujuk: A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)


2. SINTETIK

  • nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal
  • bersumberkan tar arang batu
  • paling murah ~ komponennya bahan kimia
  • kebanyakan makanan tambahan adalah dalam jenis ini
  • walaupun secara kimianya ia semulajadi, tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza
  • biasanya melalui kehadiran pad silika gel dalam bekas
  • boleh dikenali melalui label - dilabelkan dengan huruf "l" berbanding huruf "d" bagi semulajadi (Rujuk: How toUnderstand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller)

3. ORGANIK

  • nutrien khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan tinggi atau
  • pelarut kimia yang kuat
  • ia tidak sama dengan nutrien semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • semasa pemprosesan, ia melibatkan:
           >>> produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrien
           >>> haba yang berlebihan

  • ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti

Mengapa Harus Memilih Semulajadi?

  • Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  • tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras menghalang penyerapan nutrien
  • penyediaan bahan mentah dari sumber semulajadi yang berkualiti
  • imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  • semulajadi adalah bio-kedapatan dan didimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik
  • semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya

Mengapa Elakkan Sintetik

  • tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh - struktur enzim kita adalah semulajadi, bukannya makmal
  • percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintetik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda
  • ke sarung tangan kiri
  • semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik - 42% lebih berkesan dari sintetik.

Jadi, anda boleh beli Shaklee dengan YAKIN!!!

Untuk maklumat lanjut dan sesi konsultansi percuma, sila hubungi saya Efie di 019-9890707.

Siapakah Yang Sangat Perlu kepada Vitamin??


1. Penghidap penyakit yang tenat


2. Orang yang memelihara diet makanan


3. Orang yang terlalu banyak alahan 'alergi' terhadap makanan harian


4. Kanak-kanak yang membesar


5. Remaja yang meningkat usia / pelajar sekolah


6. Ibu dan ibu yang hamil


7. Orang-orang tua yang lanjut umur


8. Ahli sukan


9. Mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang stress


10. Selepas pembedahan


11. Pekerja shift yang tidak menentu masa


12. Mereka yang mencari perlindungan kesihatan melalui pemakanan tambahan



Dapatkan vitamin terbaik ~ ianya semulajadi,dipilih dari bahan2 yang terbaik dan melepasi ujian klinikal.

Hubungi saya untuk konsultansi percuma vitamin yang anda perlukan di 019-9890707..

Tuesday, 17 April 2012

Meal Shakes: Hidangan Terbaik si Manja

Apa ada pada Meal Shakes??? 


 Hidangan yang bukan sahaja lengkap, malah lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Promosi April ~ tinggal beberapa hari sahaja lagi....

Hubungi saya di 019-9890707 atau email qayyumqaisa@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 13 April 2012

Protein: Daku perlukanmu...

Perkataan protein, adalah berasal dari perkataan Yunani ~ 'Protos' yang bermaksud ' pertama muncul atau mengambil tempat pertama'.

Boleh dikatakan keseluruhan tubuh kita terdiri daripada protein ~ tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ,plasma, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin (yang mengangkut oksigen ke sel-sel, sebahagiannya ialah protein), juga sel-sel yang anggaran jumlahnya ialah 60 trillion bergantung kepada protein untuk membina sel-sel baru, menggantikan tisu2 tua serta menggantikan tisu2 rosak & usang.

Bagaimana Protein Terhasil?

Asid amino merupakan unsur asas bagi protein. Terdapat 22 jenis blok2 binaan asid2 amino, yang bercantum dalam pelbagai cara
untuk membentuk protein. Asid amino terbahagi kepada 2 kumpulan.

1. PERLU (ESSENTIAL)
- ada 9 jenis, dan badan kita tidak dapat membuatnya sendiri. Oleh itu kita perlu ambil daripada pemakanan.

2. TIDAK PERLU (NON ESSENTIAL)
- ada 13 jenis, boleh dibuat oleh badan daripada 9 asid amino yang PERLU tadi
( essential)


Bahaya Kekurangan Protein

Terdapat banyak risiko untuk kita menghadapi masalah berikut:-

- anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
- penyakit buah pinggang
- penyakit hati
- ulser perut & usus
- penglihatan kurang baik
- pengaliran darah yang tidak lancar
- kolestrol yang tinggi
- kandungan gula darh rendah
- tekanan darah rendah
- saraf tidak stabil
- kurang daya penyembuhan luka
- ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
- iritaliti
- kelesuan
- penat
- water retention

Malahan, jika berpanjangan, boleh menyebabkan kerencatan akal.


Kenapa MESTI Protein Shaklee??




- merupakan protein lengkap - terdapat 9 asid amino penting yang tidak dapat dibuat dalam badan
- daripada bahan terbaik - soya ( berbanding protein daripada daging - kandungan proteinnya hanya 22%, manakala lebihannya adalah lemak
- tanpa kolesterol
- lemak sangat minimum
- instant- kadar penghadaman tinggi/serap terus dalam darah
- tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna & pengawet
- tanpa laktosa
- mngandungi 5 vitamin B, 2 mineral & 8 gm karbohidrat untuk tenaga
- 'versitile', boleh dicampur dengan sebarang minuman kecuali kopi & teh





Untuk dapatkan Energizing Soy Protein Shaklee dengan harga istimewa, sila sms saya di 019-9890707.

Alfalfa - Zat Kurniaan Alam & Matahari

Alfalfa menjadi ramuan herba tradisional semnjak zaman India, China dan Sepanyol purba lagi. Orang-orang Arab menamakannya Al-fal-fa bermakna " raja kepada segala makanan".

Alfalfa merupakan sumber terkaya bagi kebanyakan vitamin dan mineral.

Merupakan makanan paling lengkap, dimana Alfalfa membekalkan 15 mineral, 10 vitamin gentian (fiber) dan protein.


Rahsia Alfalfa



Akarnya yang panjang boleh menjalar sejauh 20-30 kaki dalam tanah untuk mencari zat galian.




Daun alfalfa kaya dengan protein,kalsium, fosforus, magnesium dan meniral surih seperti zat besi, boron kromium, molibdenum, mangan dan kalium. Ia juga sumber beta karotene vitamin E dan K serta kumpulan vitamin C dan B yang larut air. Daun alfalfa juga terkaya dengan sumber klorofil (natural detoxifier dan natural deodorant)




Alfalfa membekalkan 8 enzim yang membantu penghadaman lemak karbohidrat dan protein.

Alfalfa terkenal untuk merawat 3A:~

- Arthritis
- Athsma
- Alergi

Merupakan sumber mikronutrien yang paling kaya - membuat sistem badan berjalan lebih lancar

Membantu melawaskan usus, mengurangkan sembab, kelesuan, masalah pencernaan, kekurangan selera dan ulcer.


Alfalfa Shaklee

- sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
- ditanam tanpa semburan bahan kimia
- anugerah terbaik hasil daripada bumi dan matahari
- 2 saiz botol - 330 biji dan 700 biji
- cadangan pengambilan: 5 biji, 2x sehari
- untuk membersihkan hati - amalkan 10 biji, 3x sehari selama 2 hari berturut2 dan rasakan perbezaannya


Juga terbaik untuk ibu yang menyusu!!!

Dapatkannya segera dengan sms saya di 019-9890707

Wednesday, 11 April 2012

Anak Saya Tidak Sihat

Ajlaa' Qaisa, anak kedua saya didiognas positif menghidap asma selepas kali kedua dimasukkan ke wad sewaktu umur dia 9 bulan. Kali pertama diwadkan, juga kerana sebab yang sama iaitu sebulan sebelum itu. Saya pasrah, kerana saya tau antara penyebab terjadinya asma adalah kerana faktor genetik (dimana kedua-dua belah keluarga umi & abinya menyumbang faktor tersebut). Anak pertama saya, Ammar Qayyum, juga pernah diwadkan seawal usia 3 bulan, juga kerana sebab yang sama.Ahamdulillah, cuma sekali sahaja dia kena,sekarang tidak lagi.

Kini, Ajlaa' Qaisa berusia 1 tahun 2 bulan. Alhamdulillah, selepas saya konsisten mengambil suplemen dalam diet harian saya, anak saya tidak lagi mudah diserang penyakit (saya mengamalkan fully breastfeeding). Iya, dia masih lagi kena selsema. Namun, kalau dahulu selsemanya mengambil masa sehingga hampir sebulan untuk sembuh (saya tidak suka bagi ank saya ubat jika sekadar selsema biasa), namun sekarang sekadar 3 hari sahaja, hingus dia sudah kering!! Saya begitu senang dengan situasi itu.

Namun, sebagai manusia kadang2 saya juga diserang rasa malas untuk memakan suplemen secara konsisten. Hehe... Jadi, yang terbaru anak saya kena selsema lagi, dan kali ini agak lama. Tapi saya buat derk je. Hehe. Tunggu baik sendiri. Namun keadaan sebaliknya, makin parah. Siap dengan batuk n ada bunyi wheezing (seakan nak kena asma lagi). Ini memang tidak boleh dibiarkan. Rasa tak sanggup saya untuk berumahtangga kembali di hospital. Memandangkan dia sudah berusia setahun, saya memberi Ajlaa' Omega, secara konsisten selama 3 hari.



Alhamdulillah, kesannya amat baik. Tiada lagi wheezing, batuk sudah kurang, hingus juga hampir kering. Semua itu berlaku dengan izin Allah, atas kebaikan produk Shaklee.

Kini, saya semakin tertarik dan percaya dengan segala kebaikan yang ada pada Shaklee. Syukur pada Allah.



Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 10 April 2012

Menyusukan Bayi Lebih Mudah dengan Set Tripple-M

Menyusukan sendiri bayi, adalah impian setiap ibu.

Namun, ianya tidak semudah A B C. "Fully breastfeeding' bayi anda, memerlukan ilmu yang mendalam, kesabaran yang tinggi,pengorbanan masa yang tidak sedikit serta pelaburan yang agak tinggi (namun berbaloi serta menjimatkan dalam kesan jangka
masa panjang).

Bagi ibu2 yang berkerjaya, cabarannya adalah berkali ganda lebih hebat. Perlukan masa untuk mengepam di celah2 kesibukan tuntutan kerja di pejabat, pengorbanan waktu tidur yang calang orang boleh lakukan (samada untuk susukan bayi juga untuk mengepam), serta mengurus hasil tuaian anda (yang kadangkala rasa agak membosankan...hehe)

Namun, jangan lakukan semua itu berseorangan. Ayuh, berikan juga peranan untuk suami anda. Libatkan dia dalam perkara-perkara yang dia boleh hulurkan bantuan. Contohnya, dalam urusan mengurus hasil tuaian (membekukan stok ebm juga membasuh segala kelengkapan pam). Justeru, kerja anda akan lebih ringan, serta bapa juga akan rasa tidak dipinggirkan.

Apapun, segala pengorbanan tersebut, akan memberi kesan yang menakjubkan dalam hidup anda. Percyalah!! Anda akan dapati bayi anda akan lebih sihat, hubungan jiwa (spiritual bonding) yang lebih erat antara ibu & anak, juga bila anda tidak lagi
menyusukan bayi anda (anak sudah besar), kenangan tersebut akan menjadi kenangan terindah dalam hidup anda.

Selain daripada itu, berikan juga yang terbaik untuk tubuh anda, dimana tubuh anda sedang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk bayi anda.

Set triple M atau 3M Shaklee, is more than milk booster.

Kita sedar,ketika mengandung kita perlukan segala jenis vitamin dan mineral untuk pertumbuhan anak kita, tapi mengapa kita pilih untuk menghentikan pengambilan vitamin dan mineral tambahan selepas anak dilahirkan??

Ibu yang menyusukan memerlukan lebih vitamin & mineral berbanding ibu yang sedang mengandung. Set triple M yang juga dikenali sebagai set optimum akan membantu ibu melaksanakan penyusuan ibu dengan berjaya. Set 3M ini mengandungi:


~ bertindak sebagai milk booster



~ lengkap dengan 28 vitamin & mineral penting


~ mengandungi anti oksidan


~ bertindak sebagai anti stress



~ kalsium lengkap



~ meningkatkan penghasilan susu & memekatkan susu.

Insyaallah dengan set 3M ini akan membantu ibu-ibu yang menyusukan mendapat kesihatan yang optimum. ini kerana perkara yang paling penting dalam menjayakan penyusuan adalah kesihatan ibu. jika ibu sihat, ibu pasti gembira & susu akan terhasil dengan mudah & banyak.

Untuk dapatkan harga istimewa boleh sms efie di 0199890707 atau emel ke qayyumqaisa@gmail.com

Ayuh, kita kembali ke tuntutan Islam untuk menyusukan bayi dengan penyusuan sempurna iaitu genap 2 tahun!!

Sunday, 8 April 2012

Anak Saya Dirasuk??

Ammar suka mengamuk. Itlah kenyataan yang saya perlu hadapi sekarang. Tension, stress, tertekan.... situasi tepat yang boleh menggambarkan perasaan saya sekarang. Dan semua itu, saya harus hadapinya berseorangan... Ohohoho.....

Tapi, saya harus tabah.. dan saya tau saya MEMANG kena tabah. Itulah cabaran menjadi ibu, membesarkan anak berseorangan. We are only become a complete family, during weekends, since my husband sedang sambung pelajaran dia di UITM Shah Alam.
Orang yang mengalami 'PJJ' ini tau la macamana perasaannya kan? Hehe... Tapi saya beruntung, walaupun saya berseorangan,tapi saya masih lagi dikelilingi oleh keluarga terdekat - keluarga sendiri n keluarga mertua, sentiasa di sisi saya
bila saya memerlukan. Bunch thanx to my all my luvly families.. Huhu..


Kenapa Ammar suka mengamuk sekarang?


Saya dapat merasakan diri dia tertekan oleh beberapa faktor.

1. Faktor Rumah

~ sebelum ini, saya tinggal bersama keluarga mertua. Jadi di sana, Ammar sebagai cucu sulung mendapat perhatian sepenuhnya oleh tok ayah, nenek, tok, n bapa saudara n mak saudaranya. Jadi, boleh dikatakan Ammar mendapat apa saja yang dia perlukan.
keadaan tersebut menjadikan dia seorang anak yang manja, dan suka mengarah2 orang untuk melakukan apa yang dia nak.

~ keadaan ini berubah bila kami berpindah. Ammar tidak lagi mempunyai orang2 yang memanjakan dia ( since saya seorang yang agak tegas...heheh). Apa yang dia nak, dia kena lakukan sendiri, dan dia juga agak kesunyian lantaran tiada lagi orang yang boleh melayan dia bermain.

2. Faktor Sekolah

~ bermula bulan ni - April, Ammar saya hantar ke sekolah. Sebelum ini, dia di rumah pengasuh, jadi tiada peraturan dan kawan2 pun tidak ramai. Jadi, di sekolah baru, suasana baru,kawan baru, ada cikgu ~ semua itu memberikan nilai tambah
dalam perubahan hidup Ammar sekarang.

Justeru, saya amat berharap agar Ammar dapat mengatasi segala perubahan itu dan menerimanya sebagai proses peralihan dalam hidupnya sekarang. Saya juga, sebagai ibu sentiasa mencari jalan dalam membantu mengatasi krisis kekeliruan Ammar
ini, dengan memberinya apa yang dia suka sekadar yang saya termampu.


Antaranya...


>>> Pelukan
~ ni memang saya biasa lakukan, sebab saya percaya cas2 positif akan mengalir dalam dirinya, kerana dia tau kita sayangkannya..


>>> Pujian
~ ini juga, terutama bila dia dah buat sesuatu yang baik memang terus saya puji. Kadang-kadang puji untuk mintak tolong pn ada... (bodek..hehehe)..

>>> School time
~ Ammar sangat suka dengan buku.. so saya sentiasa pastikan akan ada buku baru untuk dia..
(sila abaikan background view tu ok...heheh)







>>> Tolak troli (shopping...heheheh)
~ kami anak beranak memang suka shopping!! huhuhu...

Apapun, yang paling penting, saya percaya kelemahan rohani penawarnya juga adalah dengan menguatkan kembali rohani itu.. seboleh mungkin, saya akan ajak dia bersama2 semasa solat, mengaji bersama, berdoa bersama.. Besar harapan saya, agar dia menjadi anak soleh, yang membanggakan umi & abi dengan akhlaknya dewasa kelak...

Amin...


Tuesday, 3 April 2012

KECEWA SEORANG IBU

Hari ni merupakan hari kedua menghantar Ammar ke taska berhampiran rumah. Taska ini dipilih setelah melakukan beberapa tinjauan ke taska2 berdekatan yang lain. Selepas timbang tolak beberapa aspek, so taska ini menjadi pilihan. Antara sebab kenapa taska ini saya pilih, antara lain adalah kerana taska ini menyediakan kelas untuk pelajar yang berusia 3 tahun.
Kebanyakan nursery, kelas hanya untuk pelajar yang berusia 4 tahun ke atas.

Oh ya, sebelum ini Ammar dihantar ke rumah pengasuh. Oleh sebab saya sudah berpindah rumah,dan rumah pengasuh agak jauh dari rumah baru ini, so saya memilih untuk menghantar Ammar ke taska, dan adiknya akan bersama saya di kedai.
Selain dari faktor lokasi tersebut, saya juga berharap dengan persekitaran baru yang Ammar akan hadapi di taska, akan memungkinkan dia lebih berdikari, serta tidak lagi menjadi terlalu manja.

Saya begitu berharap......

Namun, agak kecewa, bila hari kedua Ammar di taska, semasa menjemput Ammar pulang, dengan secara tidak sengaja pekerja taska tersebut memberitahu mereka memberikan Ammar Twisties. Saya betul2 terperanjat. Sangat tidak sangka. Alasan mereka, Ammar menangis. Oh, sangat simple nye alasan itu. What a reason!!! Saya terus bagi warning, macamana Ammar menangis sekalipun, jangan bagi Ammar makan apa jua jenis junkfood. Kita betul2 jaga pemakanan anak, dia senang2 pula nk bagi.
Memang saya sangat kesal....


Mengapa Makanan Ringan Tidak Baik??


Senang sekali jawapannya....ini kerana makanan ringan langsung tidak mempunya zat atau khasiat sama sekali. Langsung tidak ada.
Ibaratnya, macam makan kapur. Huhu... Dahla tu, kalori tinggi, garam dan gula pula ibarat bekas garam or gula tu bocor, sangat la banyak. Langsung tiada nutrisi. Kebnyakannya, pewarna dan perisa tiruan sahaja. Malahan, mengandungi MSG yang juga teramatla banyak. Lemak dan garam, senjata utama yang murah juga mudah untuk 'menyedapkan' makanan.

MSG - Monosodium Glutamatat, adalah gabungan daripada asid amino + glutamat + sodium. Glutamat di dalam MSG ini memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak. Menurut Lis Elliot di dalam bukunya ' What's Goping on in There: How The Brain and Mind Develop in the First Five Years of Life' menerangkan bahawa, glutamat jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan kerap boleh membunuh sel-sel otak.

Jumlah glutamat yang memasuki badan orang dewasa cuma sedikit jika dibandingkan glutamat yang meresap ke dalam badan anak2 yang masih kecil. Jadi, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, ajarlah dan berilah anak anda sesuatu yang berguna untuknya. Ya, bukan sampah (bak kata Wardina dalam bukunya - Mama, Saya Lapar)




Ammar, dengan seragam sekolahnya ;-)
Caaayang ank umi...