Tuesday, 18 December 2012

Shaklee Collagen Powder Tidak Selamat Untuk Ibu Menyusu??


Sejak Shaklee Collagen Powder dilancarkan pada Jun 2012, produk ini semakin hangat di kalangan pengguna-pengguna kolagen. Kelebihan kolagen Shaklee yang paling utama adalah terletak pada berat molekulnya, dimana berat molekul kolagen ini hanyalah 1000 Dalton (berat kolagen jenama lain kebanyakannya 300,000 Dalton), menjadikannya mudah diserap oleh badan, seterusnya kesan yang cepat akan dapat dilihat oleh pengguna. Dalam entry saya yang lepas, ada saya berikan testimoni seorang pengguna Shaklee Collagen Powder. Boleh lihat di sini.



Namun, ramai ibu-ibu menyusu yang waswas tentang pengambilan Shaklee Collagen Powder ini, dalam tempoh mereka menyusukan bayi mereka. Ada yang berpendapat boleh membahayakan bayi, susu badan akan merudum kesan pengambilan kolagen, dan pelbagai jenis pendapat lagi.

Kenapa?? Boleh ke tidak boleh???


Sebenarnya,antara kandungan yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder adalah ekstrak Pfaffia. Pfaffia adalah sejenis ginseng Brazil, yang apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica (sejenis lagi bahan dalam SCP), membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Lantaran ianya adalah sejenis herba, justeru itulah yang  dikatakan dapat membahayakan para pengguna di kalangan ibu menyusu.
 


Pokok Pfaffia

Hakikat sebenarnya, ibu menyusu cuma tidak digalakkan mengambil kerana kita tidak tahu kesuaian badan ibu selepas melahirkan. Memandangkan herba boleh membuatkan bayi terasa panas, justeru pengambilannya diragui. Namun, ibu boleh cuba ambil, dan sekiranya ibu dan bayi merasakan ianya adalah baik-baik sahaja, maka bolehlah diteruskan. Begitu juga dengan alfalfa dimana alfalfa adalah sejenis herba, jadi ibu memerlukan pengambilan air yang lebih supaya bayi tidak terasa panas.

Jadi, para ibu menyusu di luar sana, jangan takut untuk mencuba. Kandungan bahan-bahan dalam setiap produk Shaklee adalah semulajadi, tiada bahan yang merbahaya.

Perlukan maklumat tambahan mengenai Shaklee Collagen Powder?
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya....

EFIE MUHAMAD
ID: 869620
TEL: 019-9890707

Sunday, 9 December 2012

Cara Mudah Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin


Proses mengandung dan bersalin memang merupakan detik terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, kesan yang ditinggalkan merupakan igauan ngeri. Ya, stretch mark atau tanda regangan!

                 


Stretch marks marks merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan, pinggul, paha, punggung dan juga payudara.

Stretch mark terjadi adalah disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan, yang mana ianya terbentuk apabila terjadi regangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu-tisu kulit sehingga kulit mengalami regangan secara berlebihan.

Bagi wanita hamil, stretch marks yang muncul biasanya berwarna merah jambu dan agak lebar, lama kelamaan ia berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan. Selain faktor kehamilan, masalah ini juga terjadi akibat perubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada ubat gemuk atau asma. Pendek kata, kesan yang hodoh ini amat merisaukan sebahagian besar wanita.


Bagaimana ESP dan Vitamin E Shaklee membantu:-

 


1. Menghilangkan kedut, parut dan kesan rekahan. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.

2. Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.

3. ESP berupaya menghilangkan parut di kulit, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

4. Membantu mencegah pertumbuhan sel terutama kanser kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal.

5. ESP  Bertindak dengan kadar segera dan terus menyerap ke dalam darah. Ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Merupakan sumber protein lengkap untuk menyokong kesihatan sempurna.

6. Mengecil dan mencerahkan kawasan areola yang biasanya akan menjadi besar dan gelap selepas bersalin. Kesannya, kawasan areola akan kelihatan pinkish seperti anak dara semula.

7. Membantu melancarkan peredaran darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan jantung anda.

8. Mendapat jolokan “Vitamin Cinta”, pengambilan vitamin E secara konsisten mampu meningkatkan keinginan seksual di kalangan lelaki dan wanita dan membantu menyelesaikan masalah kedinginan antara suami dan isteri.

9. Melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu daripada berlarutan.



Juga, saksikan video menarik ni, perkongsian daripada pengguna Set Bersalin Shaklee..


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?



Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan diskaun hebat untuk set ini.. Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja!

Hubungi saya di qayyumqaisa@gmail.com / 019-9890707..



Tips Cepat Kurus!!


Nak kurus?? Oh, takdelah susah sangat... Apa yang penting kena KONSISTEN!!

Ok, jom tengok bagaimana caranya untuk cepat kurus..



 



1. Jangan terlalu fikirkan masalah berat badan

Kadang-kadang, golongan yang obses untuk kurus ni terlalu fikirkan masalah berat mereka, hingga boleh mendatangkan penyakit lain. Contoh mudah: Stress, bulimia...ataupun bila dah stress tu lagila makan tak hingat...hehehh....Jadi jangan terlalu fikirkan. Isi masa terluang dengan perkara2 berfaedah.

2. Sibukkan diri

Ini merupakan cara terbaik. Sibukkan diri anda, jadi anda akan melupakan makanan yang enak2 itu. (Tapi jangan la pulak lepas tu pegi
melantak tak ingat pula ye)

3. Ambil sarapan pagi

Sarapan pagi penting. Kalau anda menahan diri dari mengambil sarapan, maka anda akan mengambil dua kali ganda pengambilan makan tengahari anda, berbanding yang sepatutnya. Percayalah!

4. Pastikan nutrisi makanan di label bagi makanan yang dibeli

Elakkan makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. Lebihkan serat.

5. Buat target

Target memang penting dalam setiap hal. Pastikan target anda realistik untuk dicapai. Janganlah pula target untuk turun 1kg sehari, itu memang tidak realistik.

6. Kira kalori

Haaa yang ni memang penting, kena tau kira kalori dalam diet seharian kita. Dah pandai kira, kena la tau kawal eh. Kita ni memang majoritinya perut Melayu kan, nak kena makan nasi setiap hari. Kalo tak makan melepek la jawabnya. Boleh tu boleh makan, tapi kena pandai la.Sekali makan, lebih kurang 800 kalori. Kalau dua kali makan, dah 1600 kalori. Tu dah lebih, so no no no.. Untuk kurus, kena ambil dalam 1500  kalori je sehari kan. Dan juga kena exercise tau.

Jadi.... ini cadangan saya...

 

>>> Konsep Untuk Kurangkan Berat

  • kontrol kalori
  • tinggi protein, rendah karbohidrat
  • pengambilan air 3liter sehari
  • workout/exercise

>>> Cadangan Pemakanan Harian


Pagi

Pagi elakkan nasi. Karbohidrat boleh ambil tapi jenis yang slow release

Apa tu slow release?

Contoh: oat,flaxseed, malt, whetgerm, barley, psyllium husk..

Jadi pagi mkn kenyang2,  tapi bukan fast carbohydrate dan juga bukan buah yang tinggi fructose

Lepas sarapan kena exercise sikit, katakanlah buat kerja rumah untuk tingkatkan metabolisme.

Lepas exercise kena ambil protin untuk elak muscle tear (sakit2 badan).


Makan Tengahari


Makan tengahari pun makan bagi kenyang. Lebihkan sayur dan lauk. Nasi sikit cukup.

petang minum teh tanpa gula untuk blok selera makan- teh biasa boleh, cinch tea boleh, teh alfalfa boleh.


Makan Malam

Makan malam pun jangan ambil karbohidrat. Sebabnya malam kita tak pakai tenaga sngat kan. Jadi, metabolisma rendah. Boleh ambil esp kemudian boleh amik sup sayur.

Lepas makan malam jangan terus tidur! Buat kerja sikit, mengemas ke, jalan kat taman ke..

Dan kalau lapar lagi malam. amik fiber jer.. contoh oat supaya perut penuh.

Ok selamat mencuba. ;-)












Cadangan Suplemen Untuk Kurus

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak anda
ESP tinggi kandungan protein, juga berfungsi sebagai penambah tenaga
Cinch sebagai meal replacement, tinggi kandungan leucine dan fiber



Jadi apa tunggu lagi. Mulakan azam tahun baru 2013 untuk kurus, dari sekarang!! Hehe...

Boleh hubungi saya Efie untuk order / konsultansi di 019-9890707.



ID : 869620

Sunday, 18 November 2012

Hilangkan Jeragat dengan Shaklee Collagen Powder

Jeragat ~ merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita, tak terkecuali lelaki. Namun memandangkan kebanyakan lelaki tidak ramai yang mementingkan penjagaan kuit mereka, jadi masalah jeragat ini lebih sinonim dengan wanita.

Tak dinafikan memiliki kulit cantik memang menjadi idaman semua orang. Justeru, tak hairanlah banyak syarikat berani melabur dalam mengeluarkan produk kecantikan. Namun..... kita sebagai pengguna harus berhati-hati. Tak semua produk yang ada di pasaran ituselamat untuk digunakan. Bukan sedikit yang kita dengar, wanita yang begitu teruja untuk cantik, tiba-tiba menjadi semakin hodoh akibat dari penggunaan produk yang bukan sahaja tidak berkesan, malahan membawa kemudaratan. Ada juga produk yang menggunakan bahan kimia yang memberi kesan yang cepat, tapi kesan sampingan juga banyak....

Shaklee Collagen Powder





Cantikkan kulit pengguna Shaklee Collagen Powder ni...

Shaklee Collagen Powder, bersumberkan bahan2 semulajadi yang mana salah satu kandungannya adalah sisik ikan merah. Boleh tengok kandungan collagen di sini (klik sini)

Kolagen Shaklee dengan berat molekulnya sekitar 1000 Dalton adalah amat mudah diserap oleh tubuh, menjadikan kesannya dapat dilihat dengan cepat. 

Apa yang paling penting disini, kolagen yang semulajadi ini pastinya SELAMAT dan BERKESAN.

Jadi mengapa takut untuk membayar lebih untuk kecantikan dan kesihatan anda?? 
Itu jauh lebih baik dari anda terpaksa membayar lebih akibat membuat pilihan yang salah, kan???

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 019-9890707.










Friday, 16 November 2012

Tingkatkan Sistem Imun dengan Nutriferon


Persekitaran sekarang TIDAK SELAMAT!!

Itu adalah hakikat yang mesti kita akui. Kita sentiasa terdedah kepada beribu2 jenis mikrob setiap hari, melalui pernafasan (penhawa dingin,asap, virus udara, habuk), melalui sentuhan sesama manusia, sentuhan dengan objek (perabot, hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air)
makanan dan pelbagai lagi yang tak termampu untuk disenaraikan.

Bagaimana MIKROB ini boleh menjejaskan kita?


Apabila banyak mirob menyerang kita, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel2 imun, kita akan cepat keletihan dan stress, senang dijangkiti flu, alergi, asthma dan lain2. Sel2 yang teroksida dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakbatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain2.

Nutriferon Shaklee

 

 


  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari ~ ianya adalah satu2nya interferon semulajadi didunia. Interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh.  
  • Melawan kanser dan tumor ~ interferon mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel2 tumor dan kanser
  • Melindungi dari influenza ~ melindungi badan daripada respon kepada alergi persekitaran seperti habuk yang akan menyumbang kepada lu,selsema, inflamasi
  • Meringankan stress dan kelesuan ~ meringankan kemudaratan akibat daripada kelesuan, stress dan gaya hidup yang sibuk
  • Melambatkan penuaan ~ merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, justeru sel2 badan menjadi lebih sihat
Jom semua.. Kita tinggalkan ANTIBIOTIK, pilih yang semulajadi...

SMS saya di 019-9890707 untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 7 November 2012

PERADUAN POSE BAYI PALING LUCU


Cara Penyertaan:

 

1. Muatnaik foto bayi anda ke dalam blog anda

2. Masukkan ayat di bawah ke dalam entri tersebut

" Peraduan ini dianjurkan oleh Blog vitaminsaya bagi meraikan anugerah yang paling indah dalam kehidupan kita"

* Sila masukkan URL Blog Vitamin Saya sebagai hyperlink (http://vitaminsaya.blogspot.com/)

3. Copy link entry blog anda dan masukkan di wall Mom 2 Moms (https://www.facebook.com/pages/Mom-2-Moms/175477302520815)

4. LIKE page Mom 2 Moms


Syarat penyertaan:


1. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia
2. Usia bayi hendaklah dari 0-12 bulan
3. Peraduan ini akan berakhir pada 20 November 2012
4. Pemenang akan dipiliholeh juri yang telah dilantik oleh pihak penganjur
5. Pemenang akan diumum pada 21 November 2012
6. Pemenang akan menerima hadiah berupa set PlayGym bernilai RM79.90

Sekadar Ilustrasi


Ahahahah.... Best kan???
Cara penyertaan MUDAH, hadiah BEST!!!
Apalagi...jom jom jom......

Sunday, 14 October 2012

Kenapa Diet Gagal???


Ramai orang yang diet, tetapi gagal di pertengahan jalan. Hasil yang diharap-harapkan, tidak jua kunjung tiba. Duit dah banyak habis, harapan yang menggunung tinggi untuk kurus hancur berkecai.

Hakikatnya, keinginan untuk diet segera ini, harapan untuk kurus yang membuak2 menyebabkan ramai yang mengambil langkah yang salah. Akibatnya, mereka mengamalkan pemakanan yang kurang nutrisi, meletakkan target yang terlalu tinggi hingga sukar untuk diikuti, tidak sabar dengan hasil yang lambat, kandungan dalam program diet yang tidak selamat dan juga diet yang merendahkan kadar metabolisma masing2 menyumbang ke arah kegagalan utnuk kurus secara sihat. Hakikatnya, dalam program diet yang salah ini, kita akhirnya hilang kesabaran, kepercayaan dan harapan...



Kitaran Diet Yang Ditakuti


Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan akan merendahkan kadar metabolisma anda.

                                      Otot = Metabolisma

Apabila anda tidak lagi meneruskan diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya berat badan anda akan bertambah berat.
Kitaran ini akan berulang setiapkali anda meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.

Kenapa Cinch Berkesan?


  • Cinch kekalkan jisim otot tanpa lemak
  • Pengambilan Cinch dapat menghilangkan berat dari lemak, bukan otot
  • Keberkesanan Cinch telah terbukti secara klinikal
  • Cinch diperkasa dengan leucine

Jadi, secara ringkasnya, pengambilan Cinch dapat membantu mengawal rasa lapar, meningkatkan tenaga, menyokong metabolisma dan memberi kepuasan kepada pengguna.

Jadi..........

KEEP MUSCLE U HAVE
BURN FAT U DON'T NEED
LOSE INCHES U DON'T WANT


Bertindaklah sekarang!!!

Order Cinch dan dietlah secara yang BETUL!!





Hubungi saya di 019-9890707 untuk maklumat lanjut atau tempahan.











Friday, 12 October 2012

Kurus Dengan Alfalfa



Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak dari 2500 tahun yg lalu. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Alfalfa untuk Kurus


Alfalfa, juga berfungsi dalam menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka masa panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol,  mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang mnyerap kolesterol.





Hubungi saya di 019-9890707 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 9 October 2012

Kepentingan Vitamin E untuk Reproduktif Lelaki


Cahayamata~ merupakan anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan pasangan yang berumahtangga. Namun atas sebab-sebab tertentu, banyak pasangan yang masih dalam penantian dan masih mencari cara nak dapat anak.

Mungkin ramai yang tidak sedar, betapa pentingnya Vitamin E dalam kehidupan kita. Pengambilan Vitamin E dapat mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Ini berdasarkan kajian pada tahun 1924, yang mana mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan sistem reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Berikut adalah petikan dalam sebuah artikel yang termuat dalam jurnal antarabangsa.

Journal : International Journal of General Medicine. 
Author : Mohammad K Moslemi, Samaneh Tavanbakhsh
Published Date: Jan 2011 Vol 2011:4 Pages 99-104



Kajian ini melibatkan 690 lelaki TIDAK SUBUR dengan idiopathic asthenoteraspremia yang menerima tambahan harian selenium dalam kombinasi vitamin E untuk sekurang2nya 100 hari. Hasil kajian menunjukkan:-

  • 52% ~ Mutu sperma lebih baik
  • 11% ~ Kehamilan spontan
  • 37% ~ Tiada respon

Justeru, kesimpulan yang boleh diambil adalah tambahan selenium dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada motilitas sperma.

Kenapa Mesti Pilih Vitamin E Shaklee??

 

Dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan antioksidan dan melindungi retina.






Hubungi saya di 019-9890707 untuk pembelian atau maklumat lanjut.

 



Sunday, 7 October 2012

Santai Bersama

Alhamdulillah, pada Sabtu lepas kami telah berjaya berkumpul ramai2 kat Tasik Shah Alam.

Objektif utama perjumpaan pada kali ini, selain daripada makan kek birthday Hafiy (heheheh) adalah untuk menyuntik semangat di kalangan bapa2 Shaklee (suami2 para Muslimah Jutawan)

Sedikit perkongsian perjumpaan:-

~ tips bagaimana menjana pemasaran secara online
~ tips bagaimana suami boleh menyumbang terhadap kejayaan seorang isteri
~ target yang boleh dicapai dalam masa tertentu (bergantung atas individu)

Apapun, ini hanyalah permulaan. Insya Allah, hasil gabungan mantap suami isteri, dibantu oleh mentor2 yang dahpun Master, kami semua insya Alah akan bergelar Master jua suatu hari nanti.

Kami para Jutawan Muslimah, insya Allah

Tulang belakang kami, penguat semangat kami, penajam minda kami, segala2nya buat kami

Mentor kami, Mommy Lyna




Anda mahu sertai kami?? 


Bersama menjana pendapatan sehingga 5 angka, dengan hanya bermodalkan RM75 atau anda juga boleh dapatkan keahlian percuma.

Hubungi saya, Efie di 019-9890707

Thursday, 20 September 2012

Set Kesuburan: Anak Permata Hati


Anak ~ merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai, tidak boleh dibandingkan dengan harta walau setinggi gunung sekalipun. Namun, tidak semua pasangan yang berkahwin, bertuah terus mendapat anak. Ramai yang terpaksa berusaha, berikhtiar di merata tempat untuk mendapatkan anak.

Apapun, soal anak ini sememangnya adalah hak Allah. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah berikhtiar, berdoa dan bertawakkal. Terdapat beberapa jenis suplemen, yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Cadangan Set Kesuburan Shaklee









Vita-Lea

Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.





B Complex 

Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma






Vitamin C 

Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab >>>  akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.






Vita E & Selenium  

Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.






GLA Complex 

Membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Juga dapat membantu menormalkan kitaran haid anda.




Zinc  

Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma



Alfalfa 

Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan


Dapatkan konsultansi percuma dengan hubungi saya di 019-9890707.

Tuesday, 11 September 2012

Vivix: 4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular


Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

 4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular


1. Kerosakkan DNA


Setiap hari, tubuh kita terdedah kepada serangan oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Pengawalan Genetik


Pengawalan genetik menytumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular

3. Pengeluaran Tenaga yang Kian Menurun oleh Sel-sel


Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan penjana tenaga ini menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Penimbunan Protein AGE


Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur

Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Juga, dengan pengambilan Vivix menolong membantu menjaga dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.

Dapatkan Vivix anda pada hari ini!!!





Sunday, 9 September 2012

Shaklee: Halal??

Ramai yang gundah gulana, tak tidur malam pikir halal ke Shaklee ni...heheh...

Shaklee semestinya halal, tak perlu ragu2 ye..

Jadi kepada sesiapa yang nak tengok sijil halal Shaklee, boleh klik pada link ini ye..

Sekian terima kasih ;-)

Vivix Yang Glamour!!

Vivix - memang dah glemer.. Tambah2 bila bulan promosi ni, lagi la bertambah keglemeran itu...huhu..

Jom kita tengok, bagaimana Vivix boleh jadi glemer...

Jom kita baca apa kata anne yang memberikan vivix pada emaknya...

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.

Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.


Testimoni Puan Ummu Ainan (ibu beliau) mengenai VIVIX...

"Assalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan.."
Alhamdulillah....

Harga Vivix secara runcit RM470 (agak mahal kan).. Tapi demi kesihatan insan tersayang, insya Allah kita sanggup berkorban..

Dapatkan Vivix dengan harga yang jauh lebih rendah, sempena promosi September.. Anda pasti terkejut dgn harga ini..






Hubungi saya di 019-9890707 untuk konsultansi PERCUMA!!!!

Monday, 3 September 2012

Vivix: Khasiat yang Tak Ternilai

Dalam entry lepas, saya telah menerangkan tentang ramuan yang menghasilkan Vivix, dimana menggunakan 4 jenis ramuan yang tinggi khasiatnya.



Bagaimana Vivix bertindak?


Vivix bertindak melalui 4 cara.

1. Mempertahankan sel (cell defense)

2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)

3. Memperbaiki sel

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)



Siapa yang memerlukan Vivix?


Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.


Dapatkan vivix Shaklee hari dengan harga yang pasti berbaloi, memandangkan bulan ini merupakan bulan PROMOSI VIVIX!

Bukan itu saja, kami juga menawarkan special offer, especially sekiranya anda berhasrat nak menjana pendapatan dari rumah

Beli 2 unit Vivix dan dapatkan KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA!

PERHATIAN : Vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung.

Hadiahkan Vivix Shaklee kepada yang tersayang – suami, isteri (kecuali yang mengandung), ibu, ayah, mentua.. malah kepada diri sendiri.. taknak ke jadi cantik dan sihat macam Ayu Raudhah :>



ayu raudhah vivix



Cepat, jangan lepaskan peluang!

Ajlaa': Kerana Antibiotik


Ajlaa' demam. Bermula hari khamis. Saya menjangkakan hari Sabtu sembuh demam dia, memandangkan biasanya dia demam 3 hari. Namun sebaliknya, hari Ahad dia masih demam dan nampak sudah tidak berapa aktif. Dia juga batuk yang teruk, dan setiapkali batuk pasti muntah. Mungkin itulah sebabnya dia dah kurang aktif, sudah letih penangan muntah.

Saya mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik. Di sana, doktor mengatakan demam Ajlaa' disebabkan pneumonia, lung infection. So, wajib bagi antibiotik, sampai habis dos.

Saya susah hati. Ajlaa' sangat susah untuk makan ubat. Nampak syringe je dia terus muntah. apatahlagi bila ubat tu dh kt dalam mulut, lagi la komfem dia akan muntah. Biasanya kalau demam, saya masukkan ubat ikut punggung dia je. Selain tu, saya cuma ikut petua tradisional je, basahkan badan dengan air asam jawa je.

Segala cara untuk saya bagi dia makan antibiotik gagal. Bagi terus, muntah. Masukkan dalam air, setitik je dia minum terus reject. Ohoho, anak daraku, memang sungguh susah. Ummi dah habis cara dah.

Jadi, di sinilah kami malam ni. Bertapa di wad Hospital Pakar Perdana Kota Bharu, masukkan ubat ikut drip. Dan instead of pneumonia, doktor cakap Ajlaa' kena acute bronchitis.

Ajlaa'... Ajlaa'...


Ajlaa' rindukan abang Ammar, sehari tak jumpa..


Semoga puteri kesayangan saya ni cepat sembuh..

Amin....

Saturday, 1 September 2012

Vivix: Apa itu Vivix?



Vivix merupakan minuman campuran botani, dan merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan.

Fakta Nutrisi Vivix      







Jom kita mengenali bagaimanakah rupa asal campuran botani ini..

Purple Carrot
Muscadine Grapes
Plyganum Cuspidatum
Elderberry



 
 Hasil ekstrak dari buah-buahan ini, maka terhasillah........................






Dapatkannya sekarang!!!!!

Hubungi saya di 019-9890707..

Friday, 31 August 2012

Gout: Penyakit yang Sakit




Hehe, dah nama penyakit, konfemla sakit kan......;-)

Apa itu Gout??

Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:

  •     Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
  •     Stress dan tekanan perasaan
  •     Pengambilan protein yang berlebihan
  •     Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Ada beberapa jenis vitamin yang boleh membantu meringankan penderitaan pesakit gout ini.


  •  ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal  alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
  • PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox. 
  • OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.
Berikut adalah testimoni oleh Puan Aula..

Condition gout mama mmg terukk…….Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die… It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry…
So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..( I tak sure about it nanti i post semula k!)..
Anak mane yang tak sedih kan?!!!! So looking at the positive effects on me after taking SHAKLEE suppliments.. So I try the pack suggested for GOUT by SHAKLEE;

My mum starts consuming it.. And the very next day NO JOKE… die cakap sengal2 dah kurang tapi sakit2 masih ada..

Alhamdulilah with GOD’s will…AFTER 1 WEEK… she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit…. sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..

AFTER 2 weeks… ramai la puji dia ” Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri”. Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!!

Sedih jugak i dengar sebab selama nie saya tahu my mum sakit tapi tak buat ape2.. Sekarang saya bersyukur saya belikan SHAKLEE pack for her.. Dulu kalo she tengok TV, die takleh bersimpuh or seangkatan dengannye and the good news.. “SHE CAN BEND HER KNEES only after TWO WEEKS!!!”
Sumer nie dengan KEBESARANYA dan usaha untuk try other alternatives SHAKLEE. It might be small to some but to her sangat bermakna means she can be more active to be with her cucu…
Tapi kalo korang nak tahu hah ade BONUS TAMBAHAN dalam mengambil suplemen di atas… Mulanya I tak perasan then selepas seminggu mama cakap tak cungap2 she can talk calmly and her BREATH dah tak berbau….
YEap dats right dulu mama ade masalah mulut berbau because of the medication she’s taking due to her asthma… hah panjang la cerita die nie hehe:) PAsal mulut berbau nie nanti I post special entri k!!
SO Itula testimoni mama saya… selepas mengambil nya almost 2 bulan dah ALHAMDULILAH perubahan positif pada mama.
Sebab nilah Aula suka sangat SHAKLEE suplemen, it provides alternative for healing besides prescription drugs. Aula bersyukur sangat

Jadi, inilah yang saya nak syorkan kepada pesakit gout, supplement semulajadi dari Shaklee selain dari menjaga diet harian.

Bagaimana nak dapat dapatkan vitamin untuk gout ni? Hubungi saya dengan SMS ke 019-9890707 :)